Analisis: Belanda Tampilkan Peningkatan Pada Setiap Perlawanannya

Belanda turun dalam kejohanan Piala Eropah dengan isu Virjil van Dijk tidak sempat pulih sepenuhnya selepas mengalami kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL).

Namun pertahanan terbaik dunia ini tetap dibawa untuk memberi motivasi kepada para pemain Belanda.

Frank de Boer juga mempunyai masalah untuk menurunkan barisan pertahanan terkuat dimilikinya.

Matthijs de Ligt tidak cergas sepenuhnya sebelum perlawanan menentang Ukraine pada perlawanan pembukaan.

Hampir dikejutkan Ukraine

Belanda hampir dikejutkan dengan kebangkitan luar biasa yang ditunjukkan oleh anah buah Andriy Schevchenko.

Trio pertahanan Stefan de Vrij-Justin Timber-Daley Blind gagal mempamerkan aksi cemerlang. Maarten Stelenburg juga menunjukkan aksi terburuknya pada perlawanan tersebut.

Namun prestasi hambar di unit pertahanan diselamatkan oleh persembahan luar biasa dari Denzel Dumfries.

Belanda tidak mempunyai masalah di unit tengah, Giorginio Wijnaldum dan Frenkie Je Jong mempamerkan aksi solid dalam semua perlawanan.

Memphis Depay juga sentiasa rajin mengutip bola dari bawah dan menggerakkan ke hadapan.

De Ligt kembali

De Boer menarik nafas lega apabila pertahanan Juventus ini kembali.

Matthijs de Ligt mudah untuk menyesuaikan diri dan terus menjadi tulang belakang pasukan Belanda.

De Ligt bersama Dumfries, Frenkie De Jong dan Memphis Depay merupakan pemain terbaik Belanda ketika menumbangkan Austria 2-0 pada perlawanan ke-2.

Sementara itu, Dumfries mengulangi magis pada perlawanan pertama apabila sekali lagi menjaringkan gol untuk Belanda.

Baca juga

Prospek Belanda Di Piala Eropah 2020

Belanda semakin sempurna

Belanda menamatkan kumpulan C dengan merekod kemenangan 100% apabila mudah menewaskan negara paling lemah dalam kumpulan tersebut, Macedonia.

Prestasi menarik yang ditunjukan oleh Donyell Malen pada perlawanan sebelumnya meraih kepercayaan De Boer. Pemain ini diberi kesebelasan utama menentang Macedonia dan dia membalas kepercayaan itu.

Ketika Wout Weghorst memberi kelabihan fizikal kepada skuad Belanda dan Malen menawarkan kelajuan.

Dalam jaringan pendahuluan Belanda menentang Macedonia, cetusan larian dari Malen mengejutkan anah buah Igor Angelovski. Malen muncul sebagai pemain terbaik dalam perlawanan tersebut.

Unit pertahanan Belanda pula semakin kukuh, tanpa bolos pada 2 perlawanan terakhir selepas kembalinya De Ligt.

Wijnaldum semakin menikmati kebebasan berkarya di unit tengah ketika De Jong bertindak sebagai first man to defend, first man to attack.

Rumusan

Selepas mengharungi 3 perlawanan peringkat kumpulan, Belanda menunjukkan peningkatan konsisten dalam perlawanan demi perlawanannya.

Prestasi mengejut dari Dumfries ketika pasukan agak gusar dengan barisan pertahanan menutup masalah itu.

Kehadiran De Ligt menyaksikan gawang Belanda mula kebal, Austria dan Macedonia gagal menjaringkan gol selepas Ukraine melakukannya 2 kali.

De Jong dan Wijnaldum semakin serasi menguruskan kerja bertahan dan menyerang Belanda. Malen mula memberi option kepada De Boer, bagaimana jurulatih ini mahu membentuk barisan serangan.

Apa seterusnya?

Dengan kemenangan 3 kali, menjuarai kumpulan C, Belanda bakal bertemu dengan pasukan tempat ke-3 dari kumpulan D, E atau F.

Terdapat kemungkinan besar Belanda bakal bertemu dengan pasukan besar.

England, Sepanyol dan Jerman atau Portugal bakal menamatkan peringkat kumpulan F di tempat ke-3. Malah Perancis juga boleh berada disitu.