Analisis: Belgium, Segalanya Tentang De Bruyne Dan Lukaku

Belgium muncul sebagai pasukan ke-3 yang menamatkan peringkat kumpulan dengan 3 kemenangan (100%) selepas Itali dan Belanda.

Skuad bimbingan Roberto Martinez menewaskan Finland 2-0 pada perlawanan terakhinya. Sebelum itu Belgium mudah tumbangkan Rusia 3-0 di gelanggang lawan.

Belgium mengalami sedikit kesukaran pada perlawanan ke-2 namun masih mampu menewaskan Denmark melalui aksi pintar dari Kevin De Bruyne.

Romelu Lukaku wira perlawanan pertama

Lukaku merupakan wira pada perlawanan pembukaan apabila menyumbang 2 gol ketika membenam Rusia di Stadium Krestovsky, Saint Petersburg.

Walabagaimanapun, Belgium juga dibantu dengan 2 kesilapan yang dilakukan oleh penjaga gol lawan, Anton Shunin dan Andrey Semenov.

Selepas mendahului 2-0 seawal setengah jam permainan, Belgium menunjukkan ‘sifat’ bergelut sebelum Lukaku menjaringkan gol ke-3 pada baki 2 minit perlawanan.

Baca juga

Itali Lebarkan Rekod Dengan Kemampuan Minima Dan Permainan Sederhana

Kevin De Bruyne menyusul

Belgium kembali dengan watak buntunya seperti yang berlaku pada pertengahan permainan lawan Rusia. Belgium buntu sepanjang separuh masa pertama ketika bertemu Denmark.

Kemasukan De Bruyne mengubah skrip permainan Belgium. Pemain ini pantas menyumbang 1 bantuan dan 1 gol untuk memadam pendahuluan yang dilakarkan Denmark.

Belgium meningkat secara drastik pada babak ke-2 dan menutup kelemahan yang berlaku di barisan pertahanan terutamanya prestasi buruk Jason Denayer yang mengisi peranan Dedriyck Boyata yang tidak dapat diturunkan.

De Bruyne x Lukaku

Roberto Martinez melakukan rombakan besar pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan. Leandro Trossard, Nacer Chadli, Jeremy Doku dan Eden Hazard diberi peluang untuk berada dalam kesebelasan utama.

Namun ia tidak menjadi kesukaran dengan kombinasi baru itu kerana De Bruyne dan Lukaku terus memberi sumbangan besar kepada pasukan ranking no.1 dunia itu.

Malah kehadiran Eden Hazard meningkatkan statistik percubaan dari sebelah kiri pasukannya, dari 14% (lawan Denmark) kepada 54% (lawan Finland)

Lukaku menjaringkan gol ke-3 dalam kejohanan kali ini dan De Bruyne mencetak bantuan ke-2 selepas bermain 1 setengah perlawanan.

Lukaku dan De Bruyne merupakan nadi utama Belgium dalam perjalanan mereka merekod 3 kemenangan di peringkat kumpulan.

4 dari 7 gol (1 jaringan sendiri dari lawan) hadir melalui De Bruyne dan Lukaku. 2 dari 4 bantuan gol yang dicipta oleh Belgium datang dari De Bruyne.

Rumusan

Tiada rumusan tetapi ada 1 persoalan, bolehkah Belgium merakam 3 kemenangan di peringkat kumpulan tanpa 2 pemain ini?

Berpotensi bertemu pasukan besar

Selaku juara kumpulan B, Belgium akan dijadualkan bertemu dengan pasukan best 3rd place dari kumpulan A, E atau F.

Switerzerland sudah menempatkan tempat sebagai pasukan nombor 3 kumpulan A.

Sepanyol berpotensi menjadi pasukan tempat ke-3 kumpulan E dan antara Perancis, Jerman atau Portugal dijangka berada di tempat ke-3 kumpulan F.