Itali Lebarkan Rekod Dengan Kemampuan Minima Dan Permainan Sederhana

Itali 1 Wales 0

Matteo Pessina m39

Sebelum perlawann bermula Itali sudah mempunyai 6 mata dan mendahului Kumpulan A, Wales pula berada di tempat ke-2 dengan 4 mata. Kedua-dua pasukan sudah layak ke pusingan ke-2.

Tiada keperluan untuk menang pada perlawanan terakhirnya dan kurang keperluan untuk Wales mencari kemenangan.

Itali hanya menurunkan hampir keseluruhan pemain simpanan untuk melengkapkan saingan peringkat kumpulan.

Hanya Gianluigi Donnarumma, Leonardo Bonucci dan Jorginho kekal dalam kesebelasan utama.

Perlawanan ini juga menjadi platfom buat Marco Verratti yang baru pulih dari kecederaan menunjukkan aksinya.

Marco Verratti beri sumbangan

Bagi pasukan Wales, Robert Page mengekalkan pemain yang bermain pada 2 perlawanan lepas.

Kedua-dua pasukan bermula dengan permainan sederhana hambar sejak minit pertama sehingga tamat babak pertama.

Selepas hampir sejam permainan barulah peluang untuk melihat jaringan berlaku.

Pada minit ke-25, Federico Chiesa berada di posisi terbaik untuk menjaringkan gol namun hanya melakukan percubaan tersasar dari gawang gol Wales.

Dalam kehambaran, Itali berjaya menjumpai jaringan pertama di minit ke-39. Jaringan yang berpunca dari sepakan percuma di luar kotak penalti selepas Verratti dijatuhkan.

Verratti mengambil sepakan tersebut dan terus hinggap ke Matteo Pessina yang menyentuh bola dan terus menewaskan penjaga gol Wales, Danny Ward.

“Ketika bertahan dalam situasi sepakan percuma anda perlu tahu dimana (kedudukan) pemain lawan, pemain yang masuk kedalam kotak penalti dan ini tidak berlaku.” kata bekas penyerang Wales, Robert Earnshaw kepada Goal

Babak pertama tamat dengan keputusan Itali mendahului 1-0, melakukan 64 serangan dan 40% peratus darinya serangan bahaya.

Sementara itu Wales hanya menyerang sebanyak 29 kali.

Baca juga

Giliran Poland Kecewakan Pakar Penguasaan (70%), Sepanyol

Ethan Amphadu dilayangkan kad merah

Bersambung babak ke-2, Mancini terus merehatkan pemain utama dengan mengeluarkan Bonucci dan memasukkan Franceso Acerbi.

Pada 15 mini terakhir giliran Jorginho dikeluarkan dan pemain muda Giacomo Raspadori diberi peluang untuk menunjukkan kemampuannya.

Wales mencari jalan sukar untuk sekurang-kurangnya seri apabila pemain pertahanannya, Ethan Ampadu dilayangkan kad merah pada minit ke-55.

Direct red card tersebut dilayangkan oleh pengadil akibat terjahan yang boleh mendatangkan kecederaan ke atas Federico Bernardeschi.

Ekoran dari kad merah itu, 2 wingback Wales turun lebih kebawah untuk membentuk back 4. Situasi tersebut mengurangkan kekuatan Wales di unit serangan.

Pada minit ke-76 Wales mempunyai peluang terbaik untuk menyamakan kedudukan melalui Gareth Bale. Percubaan volley dalam kotak penalti sedikit melambung melewati palang.

Itali hanya menggunakan perlawanan ini dengan memberi peluang kepada barisan ke-2 mendapat minit permainan.

Donnarumma juga dikeluarkan dan Salvatore Sirigu diberi peluang bermain.

Perlawanan berakhir dengan keputusan memihak kepada Itali. Kemenangan tersebut terus melebarkan rekod tanpa kalah dan tanpa bolos Itali untuk tempoh panjang.

Dengan keputusan ini, Itali berpotensi bertemu Ukraine/Austria di pusingan ke-2 dan Wales bakal bertemu Rusia/Finland.

Pemain terbaik: Marco Verratti (Itali)

Baca yang lain

Bayern Munich Mahu Unai Emery

Pengurus Aston Villa, Unai Emery kini berada dalam radar Bayern Munich. Bekas pengendali PSG dan pemenang beberapa trofi UEL itu menunjukkan hasil