Giliran Poland Kecewakan Pakar Penguasaan (70%), Sepanyol

Sepanyol 1 Poland 1

Alvaro Morata m25, Robert Lewandowski m54

Sepanyol turun untuk menebus kekecewaan pada perlawanan pertama apabila hanya mampu seri dengan Sweden walaupun menguasai keseluruhan perlawanan.

Poland pula dikejutkan oleh Slovakia dengan kekalahan 0-2. Kedua-dua pasukan mahu mencari kemenangan pertama untuk mencerahkan peluang ke pusingan kalah mati.

Sepanyol kuasai 70% permainan dan jaringan kontroversi Alvaro Morata

Pada 20 minit awal perlawanan, Sepanyol dan Poland menampilkan permainan pantas. Kedua-dua agak seimbang namun seperti biasa Sepanyol lebih menguasai bola.

Namun Poland muncul sebagai pasukan pertama yang melakukan ancaman terhadap kubu pasukan lawan.

Pemain tengah Poland, Mateusz Klich membuat percubaan deras dari luar kotak penalti namun sedikit tinggi melewati palang gol Sepanyol.

Sepanyol mendahului perlawanan pada minit ke-25 melalui gerakan yang dicetuskan oleh Gerard Moreno.

Gerard meluru masuk ke dalam kotak penalti lawan dan melakukan satu percubaan.

Percubaan Gerard agak lemah tetapi sempat disambar oleh Alvaro Morata yang menguis masuk ke dalam jaring Poland.

Jaringan tersebut perlu melalui pemeriksaan VAR akibat Morata dilihat berada dalam kedudukan offside. Pengadil perlawanan akhirnya mengesahkan jaringan tersebut. (1-0)

Pada minit ke-34, Sepanyol tidak menggunakan peluang yang diperolehi ketika mendapat sepakan percuma berhampiran garisan kotak penalti.

Ia berpunca dari gerakan Daniel Olmo yang dijatuhkan oleh Kamil Glik.

Sepakan yang diambil oleh Gerard tersasar di sebelah kanan gawang Poland.

Peluang terbaik pertama Poland hadir pada minit ke-35 melalui Karol Swiderski namun percubaannya sedikit melewati palang gol.

Berbaki 2 minit separuh masa pertama, Robert Lewandowski seharusnya menyamakan kedudukan apabila dia hanya berdepan dengan penjaga gol Sepanyol, Unai Simon pada jarak dekat.

Namun kecemerlangan Unai Simon membuatkan Poland menggigit jari dan keputusan babak pertama kekal memihak kepada Sepanyol.

Baca juga

Hungary Berjaya Kekang Keunggulan Perancis

Wojciech Szczesny wira Poland, Morata dan Gerard membazir banyak peluang Sepanyol

Sepanyol meneruskan penguasaan (71%) sepanjang 9 minit pertama babak ke-2 tetapi tidak mencipta sebarang ancaman kuat untuk melebarkan kedudukan.

Malah Sepanyol dikejutkan dengan jaringan penyamaan Poland.

Lewandowski menebus kekecewaan pada babak pertama apabila menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-54.

Jaringan itu berpunca dari hantaran silang Kamil Jozwiak ke bahagian far post dan Lewandowski menggunakan kekuatan fizikalnya untuk menanduk masuk hantaran tersebut.

Berselang 5 minit Sepanyol berpeluang untuk mendahului perlawanan sekali lagi apabila Gerard dijatuh di dalam kotak penalti.

Pengadil perlawanan menghadiahkan sepakan penalti selepas melihat ulang tayang (VAR) kekasaran tersebut.

Namun sepakan yang diambil oleh Gerard sendiri hanya singgah di tiang disusuli rembatan liar dari Morata yang menyambar bola lantunan dari tiang itu.

Tersentak dengan kegagalan itu Luis Enrique melakukan percaturan baru dengan mengeluarkan Gerard dan memasukan Pablo Sarabia di bahagian hadapan.

Sepanyol terus melakukan serangan untuk mencari gol kemenangan tetapi kecewa apabila melihat 3 peluang yang terhasil pada minit ke-80 berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Poland, Wojciech Szczesny dan rakannya di bahagian pertahanan.

Aksi terbaik Szczesny muncul pada minit ke-84 ketika dia melakukan gerakan penyelamat menggagalkan peluang yang terhidang di kaki Morata.

Walaupun Morata menyumbang gol tunggal untuk Sepanyol namun penyerang ini telah membazirkan 3 peluang keemasan untuk meletakkan pasukannya dihadapan.

Akhirnya Enrique mengeluarkannya pada minit ke-87 dan membawa masuk Mikel Oyarzabal. Tetapi ia sudah terlambat.

Keputusan seri Sepanyol mengulangi skrip yang berlaku ketika menentang Sweden.

Sepanyol menguasai majoriti perlawanan, mempunyai banyak peluang dan aksi cemerlang dari penjaga gol lawan.

Pada perlawanan seterusnya Sepanyol (2 mata) akan menentang Slovakia (3) dan Poland (1) bertemu Sweden (4).

Pemain terbaik: Robert Lewandowski (Poland)

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di