Analisis Final UCL 2023/24: Dortmund Membazir Dan Real Madrid Menang Dengan Gaya Mereka

Real Madrid berjaya merangkul UCL ke-15 dalam sejarah mereka. Ini adalah analisis ringkasnya.

Asas formasi

Secara serangan Real Madrid tidak melabur pada sistem taktikal yang terlalu overloading. Kerana mereka  menekankan kestabilan di belakang.

Real Madrid Julang UCL Ke-15!

Carvajal lebih advance berbanding Ferland Mendy di kedua dua sisi bek mereka. Seterusnya Toni Kroos bermain deep lying playmaker seperti biasa di hadapan back 4. Tanpa perlu menjadi pivot yang terlalu rendah di celah 2 CB.

Madrid bergelut untuk menyerang daripada bahagian sayap walaupun pada 30 minit pertama lebih banyak penguasaan bola.

Bagi Dortmund, mereka bertahan dengan sistem 4-1-4-1 dan menyerang dengan sistem 4-2-4 atau 4-2-3-1.

Ketika dalam 4-1-4-1, Brandt adalah pemain yang paling aktif menekan bola di kawasan tinggi. Namun pemain tengah lain lebih menekankan aspek kompak dan turun ke bawah.

Fullkrug tidak terlibat dalam pressing, dan dia bermain sistem classic target man.

Sancho, Adeyemi, Brandt berada di belakang Fullkrug. Namun satu lagi sistem yang sangat bahaya daripada Dortmund pada separuh masa pertama adalah serangan pantas daripada serangan balas.

Serangan balas Dortmund

Serangan balas Dortmund menjadi masalah utama buat Real Madrid. Terutama sekali, Real Madrid nampak bergelut dengan kelajuan Adeyemi. Di mana di beberapa kali melepasi garisan akhir Real Madrid di sebelah kiri serangan Dortmund.

Agak menarik kerana operasi utama serangan Dortmund bukan daripada arah Sancho. Namun pada Adeyemi di sebelah kiri.

Perangkap Ofsaid Real Madrid beberapa kali tidak menjadi. Dengan Dortmund memiliki 3 atau 4 peluang terbaik untuk menjaringkan gol pada 30 minit pertama.

Sistem formasi Madrid yang lebih kepada asymmetrical, atau garis menyenget pada back 4 line. Membuatkan BvB cuba menebuk Carvajal yang lebih tinggi kedudukannya.

Secara statistik 30 minit pertama Dortmund melakukan 7 percubaan dengan 2 percubaan tepat, 1 terkena tiang. Real Madrid dalam tempoh yang sama tanpa sebarang percubaan tepat daripada 2 percubaan yang mereka lakukan.

Ketika serangan balas Dortmund melabur ramai pemain ke atas. Mereka menghantar sekurang kurangya 4 pemain segera ke zon sepertiga akhir.

Tetapi, Dortmund tumpul pada penyudah. Yang membuatkan mereka kelihatan resah kerana tahu bagaimana Real Madrid seringkali menghampakan lawan mereka dengan cara sebegitu. Di mana Madrid kerap membuatkan lawan mereke kecewa kerana banyak percubaan tak masuk dan akhirnya Real akan melakukan gol.

Selepaas 30 minit permainan menjadi lebih seimbang. Namun bukannya seimbang dengan aksi saling menyerang. Sebaliknya kedua dua pasukan lebih selesa dengan tempo sederhana.

Vini Jr tidak mendapat banyak peluang untuk melakukan sesuatu pada 45 minit pertama. Namun dia tetap melakukan satu ancaman bahaya sebelum itu di sebalik peluang yang sangat terhad dimiliki Madrid.

Separuh masa pertama dirumuskan sebagai, Dortmund mempersiakan banyak peluang dan Real Madrid dengan gembira untuk mendengar taklimat taktikal Ancelotti. Kerana mereka sudah banyak kali melakukannya sebelum ini. Bermain sebagai pasukan kedua terbaik namun melakukan magis pada separuh masa kedua atau minit akhir permainan.

Real Madrid decisive pada separuh masa kedua

Satu perkara yang Real Madrid selalu lakukan adalah mencetak gol daripada peluang terhad pada perlawanan besar. Mereka tidak kisah dengan jumlah percubaan atau jumlah peluang banyak.

Paling penting kualiti di atas kuantiti. Real Madrid sekali lagi menunjukkan bahawa mereka adalah kelab yang sentiasa ada cara untuk mendapatkan gol.

Daripada permainan terbuka mereka bergelut untuk mencipta peluang. Namun pada separuh masa kedua, pada awal permainan mereka mulai melakukan ancaman daripada situasi bola mati.

Dortmund terlalu mudah memberikan mereka sepakan percuma di kawasan bahaya. Kemudian dari situasi sepakan penjuru, zonal marking Dortmund tidak cantik.

Caravajal melakukan tandukan kilas deras yang sepatutnya tidak boleh dibiarkan pada final.

1 gol daripada situasi bola mati dan 1 lagi gol daripada kesilapan sendiri yang terhantar bola kepada lawan. 2 kesilapan, satu secara taktikal, 1 secara individu, ianya terlalu besar ‘dosa’ untuk dimaafkan pada final. Kecuali anda Real Madrid baru boleh.

Dortmund tak ada perubahan plan taktikal lebih baik

Pada separuh masa kedua, Terzic membuat pertukaran taktikal untuk lebih menghidupkan peranan target man mereka. Mereka mulai mempercepatkan hantaran silang kepada penyerang utama,

Namun perubahan taktikal ini tidak banyak bezanya dengan impak pada separuh masa pertama. Malah impaknya semakin neutral selepas Real Madrid mencetak gol.

Di mana Madrid mulai lebih ghairah mencari gol kedua. Pada fasa ini, jelas beberapa pemain Dortmund mulai gugup dan dapat merasakan sesuatu, bahawa Real Madrid akan menghukum mereka lagi.

Beza Madrid dengan Dortmund pada final ini:

Real Madrid sentiasa ada pemain yang boleh bertindak secara individu apabila diperlukan ketika taktikal mereka buntu

Dortmund sebaliknya, ketika  mereka semakin buntu, mereka tiada pemain yang boleh bangkit dan melakukan kegeniusan individu. Peluang pada

Rumusan

Dortmund kalah kerana tiada kemampuan untuk menyakiti Real Madrid di hadapan gol. Mereka melukakan Real Madrid dengan taktikal pada separuh masa pertama namun tidak dapat ‘membunuh’ Madrid kerana tumpul. Dortmund secara taktikalnya bermain dengan baik terutama sekali pada separuh masa pertama dan 15 minit pertama separuh masa kedua.

Dortmund juga telah berjaya mendiamkan Vini dan Bellingham atau Kroos untuk tempoh yang lama. Namun itu tidak cukup, anda harus mendiamkan mereka sepanjang perlawanan bukannya memberikan mereka satu dua peluang untuk melakukan sesuatu.

Akhirnya, Real Madrid yang ada reputasi luar biasa untuk menahan luka ketika lawan mereka berterusan menyerang, telah bangkit dan melukakan Dortmund dengan cara mereka.

Real Madrid akhirnya bangkit pada 30 minit terakhir permainan dan menang. Di mana mereka mulai mengatasi Dortmund dari segi jumlah percubaan dan percubaan tepat.