Belanda turun dalam perlawanan pertama di laman sendiri menentang Ukraine tanpa Matthijs De Ligt yang masih belum pulih dari kecederaan.
Pasukan bimbingan Frank De Boer menguasai serangan pada babak pertama sehingga penjaga gol Ukraine, Georgi Bushchan terpaksa melakukan aksi penyelamat luar biasa sebanyak 4 kali.
Belanda hanya memerlukan 10 minit untuk memberi isyarat mereka mahukan kemenangan pada perlawanan ini.
Dalam tempoh tersebut anak buah Frank de Boer melepaskan 6 percubaan, 2 darinya memerlukan tindakan cemerlang dari Bushchan.
Belanda melakukan ancaman seawal minit pertama melalui larian jarak jauh dari Depay.
Walaupun penyerang itu sudah terhuyung hayang akibat terlalu jauh berlari namun masih sempat melepaskan percubaan tepat ke arah Bushchan.
3 minit selepas itu Georginio Wijnaldum melakukan trick-tolakan kesebelah kanan membolehkan Denzel Dumfries yang tidak dikawal melakukan percubaan.
Namun pertahanan kanan Belanda itu mensiakan peluang keemasan yang terhidang.
Selepas 10 minit Belanda mula mengendurkan serangan sehinggalah momen Depay terlepas peluang menjaringkan gol pada minit-22 muncul.
Buschan melakukan aksi penyelamat cemerlang kali ke-4 apabila memintas bola dikaki Wout Weghoust sebelum pemain tersebut menolak masuk ke dalam gawangnya.
Pada minit ke-38, Bushchan sekali lagi menjadi hero Ukraine, melakukan refleksi luar biasa untuk menampan rembatan padu Widjnaldum dari dalam kotak penalti.
Baca juga
Kekecewaan Bushchan muncul selepas 6 minit babak kedua berlangsung. Persembahan penjaga gol ini mula merosot teruk di separuh masa ke-2.
Hantaran lintang dari Dumfries gagal ditampan dengan kemas olehnya.
Sergiy Sydorchuk pula gagal mengekori Widjnaldum yang meluru pantas menyambar bola untuk menjaringkan gol pembukaan perlawanan. (1-0)
Dumfries sekali muncul sebagai pencetus jaringan, gerakan di sebelah kanan, melorongkan bola ke hadapan kotak 6 ela memberi peluang kepada Weghorst melepaskan rembatan kencang jarak dekat.
Walaupun pemain Ukraine mendakwa Dumfries ‘mengganggu’ penjaga golnya. Selepas semakan VAR pengadil mengesahkan jaringan yang berlaku pada minit ke-58 itu. (2-0)
Percubaan pertama Ukraine di babak ke-2 hadir pada minit ke-71 melalui Roman Yaremchuk namun tepat ke arah Maarten Stekelenburg.
4 minit selepas itu Yaremchuk melepaskan bola kepada Andriy Yarmolenko dan kapten Ukraine itu melepaskan percubaan luar biasa dari luar kotak penalti bagi merapatkan kedudukan. (2-1)
Ukraine mula mendapat keyakinan dan jaringan penyamaan berjaya dijelmakan pada minit ke-79.
Berpunca dari sepakan percuma, Yaremchuk mudah menanduk masuk menewaskan Stekelenburg tanpa dicabar oleh pertahanan Belanda. (2-2)
Bagaimanapun Belanda hanya memerlukan 6 minit untuk membunuh kebangkitan dramatik Ukraine.
Dumfries sekali lagi menjadi duri dalam daging Ukraine apabila pemain itu menanduk masuk hantaran lintang dari Owen Wijnal. (3-2)
Kemenangan tersebut meletakan Belanda di tangga ke-2 kumpulan C dibelakang Austria.
Selepas ini Belanda akan turun menentang Austria yang menewaskan Macedonia 3-1, sekali lagi di Amsterdam Arena dan Ukraine akan bertemu Macedonia di National Arena, Romania.
Pemain terbaik: Denzel Dumfries