Antonio Conte telah menganggap kekalahan mereka musim lepas sebenarnya bukan di tangan Manchester United tetapi mereka tewas di tangan Ronaldo.
Skuad bimbingan Antonio Conte berpeluang menyamakan mata dengan Manchester City yang berada di tempat kedua pada hari Sabtu dan berharap dapat mengekalkan prestasi mereka.
Spurs akan kembali ke Old Trafford pada hari Rabu buat pertama kali sejak bintang Portugal Ronaldo mencatatkan hatrik menakjubkan menentang mereka pada Mac.
Pemenang Ballon d’Or lima kali itu berada pada prestasi terbaiknya pada ketika itu, dengan satu lagi bola perlawanan ditambah dalam koleksinya selepas memberikan inspirasi kepada Manchester United untuk menang 3-2 di laman sendiri.
Ronaldo masih belum mencapai tahap yang sama pada 2022-23 dan masih bergelut untuk mencapai prestasi di bawah bos baharu Erik ten Hag.
Namun Antonio Conte menegaskan bahawa pemain bintang Portugal itu masih boleh menjadi pembuat perbezaan untuk kedua dua pasukan.
Dia turut berseloroh, meminta Ronaldo lebih rileks kali ini. Dan tidak mengamuk seperti musim lalu.
Conte berkata: “Musim lalu dia menjaringkan hatrik menentang kami. Kita bercakap tentang pemain yang luar biasa, pemain yang terbaik. Kita bercakap tentang pemain yang terus membuat perubahan untuk pasukan tempat dia bermain.”
“Saya sangat mengagumi Cristiano, kerana profesionalismenya, tetapi saya harap dia akan kekal tenang, tidak seperti musim lalu, apabila dia menjaringkan tiga gol ke atas kami.”
“Kami tewas 3-2, tetapi kami tewas kepadanya, bukan kepada United musim lalu. Saya ingat itu dengan baik, kerana kami bermain permainan yang sangat bagus.”
Sebagai rekod, Ronaldo telah menjaringkan lapan gol Liga Perdana menentang Spurs. Menjadikan Spurs antara pasukan paling digemarinya dalam EPL.
Conte believes Tottenham lost to Ronaldo not Man United last season 👀 pic.twitter.com/ygwLbVikA9
— ESPN UK (@ESPNUK) October 18, 2022
Mampukah Ronaldo kembali menghantui Spurs dalam perlawanan kali ini. Ronaldo sebelum ini dikeluarkan pada separuh masa kedua ketika pasukannya seri tanpa jaringan dengan Newcastle. Beberapa hari selepas dia menjaringkan gol kelab ke-700 dalam kariernya.
Erik Ten Hag pastinya mahukan anak anak buahnya lebih tajam dan kejam di hadapan gol dalam aksi kali ini.