Dua Penyokong Milwall Ditahan Polis Kerana Ejek Kematian Bekas Pemilik Leicester

Dua penyokong Milwall telah ditahan polis selepas diusir dari stadium kerana didakwa membuat isyarat menyinggung perasaan penyokong Leicester.

Rakaman yang disiarkan di media sosial kelihatan menunjukkan dua lelaki membuat isyarat tangan ke arah penyokong lawan semasa perlawanan pusingan ketiga Piala FA pada hari Sabtu.

Mereka jelas mempersendakan kematian bekas pemilik Leicester Vichai Srivaddhanaprabha, yang maut dalam nahas helikopter pada 2018.

Gambar yang disiarkan sembilan minit kemudian di Twitter kelihatan menunjukkan lelaki itu ditendang keluar dari stadium pasukan mereka sendiri oleh pihak keselamatan.

Polis Metropolitan mengesahkan kepada The Mirror bahawa dua penyokong Milwall itu telah ditahan. Mereka menegaskan: “Dua lelaki telah ditahan dan diusir dari stadium”. Seorang jurucakap berkata: “Mereka masing-masing akan dihukum atas kesalahan di bawah Akta Ketenteraman Awam. Siasatan sedang dijalankan untuk mengesan lelaki ketiga berhubung kejadian itu.”

Leicester City enggan mengulas ketika dihubungi oleh The Mirror, manakala Millwall masih belum memberi maklum balas tentang perkara itu.

Peminat bola sepak seluruh dunia mengecam tindakan 3 lelaki tersebut yang dianggap memalukan dan menyakitkan hati.

Srivaddhanaprabha meninggal dunia bersama empat orang lain apabila helikopter yang dinaikinya terhempas pada 27 Oktober 2018.

Juruterbang Eric Swaffer, dan pasangannya Izabela Lechowicz, bekas ratu cantik Thailand Nursara Suknamai dan seorang pembantu Srivaddhanaprabha iaitu Kaveporn Punpare semuanya maut dalam kemalangan tragis itu.

Pada November, penyokong Sunderland, Keelan Murray telah diharamkan daripada menghadiri perlawanan selama tiga tahun selepas didapati bersalah mengejek kemalangan itu.

Lelaki berusia 20 tahun itu mengaku bersalah atas kesalahan Ketenteraman Awam Seksyen 5 di Mahkamah Majistret Leicester dan diperintahkan membayar denda sebanyak £120.

“Sesiapa sahaja yang melakukan isyarat menyinggung perasaan atau ‘nyanyian tragedi’ berdepan risiko ditangkap jika ada bukti menunjukkan mereka berbuat demikian,” kata PC David Stevens dari Polis Leicestershire.

“Tingkah laku seperti itu ada tempat dalam bola sepak dan kami akan terus bekerjasama dengan kelab untuk mengenal pasti mereka melakukan kesalahan sedemikian.”

Pendahulu Liga Kejuaraan, Leicester menewaskan Millwall 3-2 untuk mara ke pusingan keempat Piala FA pada hari Sabtu.

Cesare Casadei dan Ricardo Pereira meletakkan mereka dua gol di hadapan sebelum Duncan Watmore merapatkan kedudukan untuk pasukan tuan rumah.

Tom Cannon kemudian meletakkan Leicester 3-1 di hadapan sebelum Zian Flemming memastikan aksi penuh debar dengan gol minit ke-86 itu.

Leicester mara ke pusingan keempat.