Eddie Howe menyatakan bahawa dia agak kesal kerana secara tak sengaja tidak melihat insiden yang kontroversi sebelum gol Newcastle.
Pengurus Arsenal, Mikel Arteta mengungkit bahawa ada sekurang kurangnya 2 kesalahan berlaku sebelum gol Anthony Gordon. Di mana antaranya, bola sudah terkeluar, Anthony Gordon kemungkinan ofsaid dan seterusnya, Gabriel sebenarnya sudah dikasari terlebih dahulu.
Arteta berkata: “Saya fikir VAR memeriksa sama ada, ada berlaku kekasaran pada awalnya, saya tak rasa itu berlaku. Namun ada kemungkinan kekasaran berlaku ketika Joelinton mengasak Gabriel. Itu yang saya nampak yang kemungkinan satu kesalahan.”
“Namun apa yang jelas ada 3 pemeriksaan dibuat [termasuk bola yang mungkin dah keluar]. Namun tak ada satu pun yang salah.”
Arteta menegaskan bahawa gol Newcastle itu jelas sekali tidak sah. Arteta menyatakan: “Ianya memalukan, kerana gol itu tidak sepatutnya diberikan. Kita selalu bercakap bahawa ini liga terbaik di dunia. Namun pemberian gol itu jauh daripada standard liga ini sebagai liga terbaik di dunia.”
“Saya sudah berada di sini 20 tahun, dan ini sangat memalukan,” tegas pengendali Arsenal itu kepada wartawan.
Alasan VAR Tak Batalkan Gol Newcastle Pasti Buatkan Arteta Dan Peminat Arsenal Lebih Sakit Hati
Eddie Howe kemudian menyatakan dia agak kesal kerana tidak melihat insiden itu. Kebetulan dia sedang fokus untuk mengatur taktikal pasukannya.
“Saya tidak nampak insiden itu. Tidak jelas,” kata Eddie Howe.
Dia kemudian menyatakan dia cuma nampak jelas satu insiden melibatkan Kai Havertz yang menurutnya berlaku di depan matanya dan pemain itu wajar dilayangkan kad merah.
Kai Havertz telah mengasari Sean Longstaff dengan bentesan yang dianggap sangat bahaya.
Howe berkata: “Pada pandangan saya, itu adalah satu satunya momen dalam perlawanan ini yang saya rasa berhak mendapat kad merah. Kamu mungkin boleh cakap pandangan yang berbeza namun pada pandangan saya, itulah yang saya nampak.”
“Kami berada dekat dengan insiden foul oleh Havertz itu. Kakinya nampak tinggi, berpotensi bahaya. Pandangan pertama saya, ianya kad merah. Dia bernasib baik sebab cuma mendapat kuning je.”
⚪️⚫️ Eddie Howe: “We were close to the incident with Havertz’s foul”.
“It looked high, potentially dangerous. That was my initial thought for red card”.
“He was probably lucky to get just a yellow”. pic.twitter.com/3WZR2Sfqss
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) November 4, 2023
Ada satu lagi insiden yang melibatkan pemain Newcastle iaitu Bruno Guimaraes yang dilihat melakukan kekasaran ke atas Jorginho yang dianggap layak mendapat kad kuning.
Sekali lagi Eddie Howe berkata dia tak perasan dengan insiden itu juga.
Not a clear red card apparently.
— Bhavs (@bhavss14) November 4, 2023