Alasan VAR Tak Batalkan Gol Newcastle Pasti Buatkan Arteta Dan Peminat Arsenal Lebih Sakit Hati

Alasan kenapa gol Anthony Gordon menentang Arsenal diberikan pasti akan membuatkan peminat Arsenal sakit hati sama juga kepada Arteta.

Mana tidaknya, VAR mendakwa, sebenarnya gol itu terpaksa diberikan kerana tiada sudut pandangan jelas untuk melihat sama ada bola sudah sepenuhnya melintasi garisan padang atau tak.

Ianya dianggap manfaat daripada keraguan pengadil tersebut. Anthony Gordon menjaringkan gol pada separuh masa kedua, pada minit ke-64 yang merupakan percubaan tepat pertama tuan rumah.

Gol itu terhasil selepas pemain Arsenal mendakwa bola sebenarnya sudah keluar. Sebelum dihantar ke dalam kotak penalti.

VAR kemudian menjelaskan bahawa mereka tidak ada bukti jelas untuk mengesahkan bola sudah keluar.

Mikel Arteta membidas VAR sebagai tak berguna dan memalukan kerana memberikan gol itu dalam sidang media yang membuatkan dia meroyan selama 3 minit.

Selain daripada semakan ke atas bola sama ada sudah keluar atau tak, VAR turut menyemak sama ada Gordon sudah ofsaid ketika hantaran dibuat. Seterusnya sama ada Joelinton sudah mengasari Gabriel tgerlebih dahulu sebelum gol terhasil.

Arteta berkata: “Kita harus bercakap tentang keputusan kerana kita juga harus bercakap tentang neraka bagaimanakah gol itu boleh diberikan? Luar biasa sekali.”

“Saya terasa malu, namun saya harus berada di sini sebagai seorang yang bertanggungjawab membela kelab saya, dan sila dapatkan bantuan. Kerana ianya sangat memalukan gol ini diberikan.”

Ditanya kenapa Arteta sanggup memakai terma melakukan, dia menjawab dengan baran soalan tak masuk akal itu. Menurut Arteta gol itu terhasil melibatkan beberapa insiden yang dianggap kesalahan.

Pengurus asal Sepanyol itu berkata: “Engkau ni kan, sebab bola tu tak gol la hanat. Banyak alasan kenapa bola tu tak patut gol, lebih dari satu at least.”

“Banyak sangat yang berlaku di sini. Kami memberikan usaha yang kuat dan sukar untuk bersaing pada tahap seperti ini, dan ianya benar benar memalukan. Saya malu tau tak. Saya dah di sini lebih 20 tahun di negara ini. Dan ini jauh daripada standard liga Inggeris sebagai liga terbaik di dunia.”

Baca yang lain