Ejen kepada Julian Nagelsmann, Volker Struth menyatakan dia sangat lega kliennya menolak lamaran Chelsea.
Julian Nagelsmann disahkan sendiri oleh ejennya sebagai pilihan no.1 Chelsea untuk menjadi pengurus baharu mereka.
Chelsea sebelum ini dikaitkan dengan Nagelsmann, selepas pemecatan Graham Potter. Dan Nagelsmann pula baru dipecat Bayern digantikan bekas pengurus Chelsea sendiri iaitu Thomas Tuchel.
Struth mendedahkan bahawa, Chelsea segera menghubungi Nagelsmann sebaik sahaja dia dipecat oleh Bayern Munich.
Namun Nagelsmann menolak tawaran Chelsea dan membuatkan kelab itu terpaksa beralih ke opsyen lain.
Bekas Kapten Uruguay Tuduh Argentina Juara Dunia Dengan Bantuan Pengadil
Ini termasuk Luis Enrique dan Mauricio Pochettino.
Akhirnya Chelsea mencapai kesepakatan dengan Pochettino.
Struth berkata: “Saya sendiri boleh sahkan kepada kamu, bahawa Chelsea dengan pantas menghubungi Nagelsmann selepas dia dipecat Bayern.”
“Ada beberapa siri perbualan telefon di antara mereka.”
“Ianya keputusan yang tepat oleh Nagelsmann untuk tidak pergi ke sana. Kerana Chelsea adalah kelab yang sangat bermasalah pada masa ini.”
Struth berpendapat, masalah utama Chelsea berlaku kerana polisi perpindahan kelab itu. Yang terlalu emosi dalam berbelanja. Mereka akan cuba memandatangni mana mana nama besar yang tersedia di pasaran perpindahan.
Bekas Kapten Uruguay Tuduh Argentina Juara Dunia Dengan Bantuan Pengadil
Struth kurang setuju dengan polisi perpindahan yang diketuai sendiri oleh pemilik Chelsea, Todd Boehly itu. Kerana dia pakai sign je pemain baru. Yang mengadapi tekanan lebih adalah pengurus yang cuba membina pasukan daripada bintang terlalu ramai dan juga harapan yang lebih tinggi diletakkan peminat.
Chelsea dilaporkan terpaksa mengadakan 2 sesi latihan berbeza kerana pemain utama mereka terlalu ramai.
Struth berkata lagi: “Dengan polisi perpindahan mereka [diketuai pemilik sendiri yang membeli mengikut emosi], membelanjaka beratus juta euro, telah meningkatkan lagi harapan yang harus dicapai.”
“Ada juga beberapa isu lain melanda mereka.”
Sebagai ejen, Struth hanyalah menjadi orang tengah dan pemudah cara. Jika Nagelsmann mahu ke Chelsea dia merasakan rundingan itu akan menjadi sangat mudah untuk dimeterai.
Di dalam hati Struth dia tidak menyokong pengurus itu ke Chelsea. Dan akhirnya Nagelsmann seolah olah mendengar kata hatinya.
Struth menambah: “Nagelsmann adalah pilihan no.1 Chelsea, itu informasi dari kami. Saya percaya, dia akan menjadi pengurus Chelsea jika dia mahukannya.”
“Namun dia menolaknya. Mereka kelab bermasalah.”
Inter Mara Ke Final UCL Selepas 13 Tahun, Singkir AC Milan Di San Siro