Bekas Kapten Uruguay Tuduh Argentina Juara Dunia Dengan Bantuan Pengadil

Diego Lugano ialah legenda bola sepak Uruguay dan dia telah membuat kritikan yang agak luar biasa ke atas Argentina.

Lugano dikenali dengan gaya permainan yang lasak dan banyak kad… dan kini dia menjurumuskan dirinya ke dalam kontroversi dengan pendapat.

Dia cuba memperlekehkan kejuaraan dunia yang diraih Argentina pada 2022. Lugano menganggap layanan pengadil telahmemihak kepada Argentina dan punca utama negara itu menjadi juara dunia dengan cara agak keji – menurutnya.

Misalnya, ada 4 penalti Argentina yang dianggap tidak sepatutnya diberikan kepada pasukan itu. Namun pengadil seolah olah cuba sedaya upaya mencari dalil untuk memberikan penalti tersebut.

Dengan nama Messi yang menjadi sorotan dan perhatian dunia, Lugano berpendapat, FIFA cuba sedaya upaya membantu Argentina agar mendapat kelebihan agar Messi boleh menjulang Piala Dunia. Yang akan menjadi kisah sensasi.

“Pengadil telah membantu Argentina menjadi juara dunia. Empat daripada lima penalti yang diberikan kepada mereka bukanlah penalti,” kata bekas bek tengah berusia 42 tahun itu dalam temu bual di Radio Carve Uruguay.

“Itu adalah realitinya. Tetapi, ia juga tetap kejuaraan merit buat Lionel Messi, yang menjadi perhatian daripada seluruh dunia.”

“Adakah anda fikir FIFA tidak melihatnya dan tidak menggunakannya [kesempatan daripada situasi tersebut]?”

“Namun ia juga untuk penghargaan Argentina, dan mereka tahu bagaimana untuk mengambil kesempatan itu,” katanya.

Pemain Uruguay itu memberikan kritikan ke atas pihak pengadil. Menurutnya pengadil akan cuba mencari situasi yang membolehkan mereka memberikan penalti jika mereka mahu memberikan penalti kepada sesebuah pasukan.

Semuanya kerana sekarang, pengadil boleh menggunakan VAR.

Seterusnya Lugano berpendapat, semua itu dilakukan atas dasar politik FIFA itu sendiri. Oleh sbab itu, dia bengang dengan pengadil yang membuatkan bola sepak kini jadi kucar kacir kerana VAR.

Lugano menambah: “Sejak pengenalan VAR, pengadil diberi kuasa yang berlebihan untuk mentafsir apa sahaja yang dia mahu pada bila-bila masa.”

“Dalam perlawanan boleh ada 20 penalti atau tiada langsung dan saya rasa bola sepak berada dalam keadaan huru-hara.”

“Saya berkata demikian kepada Pierluigi Colina (bekas pengadil UEFA) dalam Piala Dunia, dengan sedikit kemarahan, atas apa yang dia lakukan kepada bola sepak.”

“Dan ia juga berlaku di Argentina. Adakah anda tidak melihat penalti Boca terhadap River? Saya fikir apa yang dilakukan oleh FIFA dengan VAR adalah langkah politik semata-mata,” Lugano mengakhiri kenyataan kontroversinya

Baca yang lain