Itali akan melayan Turki pada perlawanan pembukaan Piala Eropah 2020 pada jam 3 pagi waktu Malaysia di laman sendiri, Stadium Olimpik Roma.
Skuad Roberto Mancini turun dengan reputasi gagah tanpa kalah sejak 27 perlawanan lepas. Pasukan digelar Gli Azzuri ini juga merekod kemenangan dalam kesemua 10 perlawanan peringkat kelayakan yang dijalankan sepanjang tahun 2019.
Hanya 2 pasukan merekod kemenangan 100% iaitu Itali dan Belgium.
Empat hari sebelum kejohanan bermula Itali mengeluarkan nama pemain tengah Stefano Sensi digantikan dengan Matteo Pessina. Sensi mengalami kecederaan otot tidak sempat pulih sepenuhnya sebelum kejohanan bermula.
Tiga hari selepas itu Mancini mengeluarkan lagi seorang pemain tengah iaitu Lorenzo Pellegrini (cedera pangkal paha) dan digantikan dengan Gaetano Castovilli. Seorang lagi pemain yang mengalami kecederaa, Marco Verratti masih dikekalkan dalam senarai.
Persatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) membenarkan semua pasukan melakukan pertukaran pemain jika permain tersebut mengalami kecederaan termasuk yang dijangkiti Covid.
Namun pertukaran itu hanya boleh dilakukan sebelum kejohanan bermula, selepas itu tiada pertukaran lagi dibenarkan.
Mancini Mahu Tebus Kegagalan Tidak Menang Apa-Apa Bersama Itali Ketika Bergelar Pemain
Itali sudah pasti akan menurukan Guianluigi Donnarumma di posisi penjaga gol.
Gianluigi Bonucci dijangka kembali bergandingan dengan rakan sepasukannya di Juventus, Giorgio Cheillini di bahagian pertahanan tengah.
Gandingan ini diturunkan pada perlawanan terakhir persahabatan walaupun tidak tersenarai pada 2-3 perlawanan sebelumnya.
Mancini amat gemar menggunakan Emerson bertidak di bahagian kiri pertahanan walaupun pemain tersebut sukar mendapat minit permainan di kelabnya.
Penglibatan Emerson lebih 2 kali ganda dari pesaing terdekatnya iaitu Luigi Spinazolla. Tetapi pada 2 perlawanan lepas Mancini lebih menguji Luigi Spinazolla. Kebarangkalian besar Spinazolla akan bermula.
Alessandro Florenzi dijangka terus mengekal posisinya di pertahanan kanan pasukan. Jika nama Rafael Toloi disenarai ia merupakan satu kejutan kecil.
Mancini mempunyai sedikit masalah apabila Verratti masih belum pulih sepenuhnya. Sejak 3 tahun lepas Verratti, Jorginho dan Nicola Barella menjadi pasangan kegemaran jurulatih itu berada di kawasan tengah padang.
Pemain Sassoulo Manuel Locatelli menjadi calon kuat bagi menggantikan kekosongan ditinggalkan Verratti.
Sementara itu di bahagian serangan, 3 jaringan dan 1 bantuan pada 5 perlawanan lepas meletakkan Ciro Immobille bakal menjadi taruhan Itali mengancam kubu lawan Turki.
Mancini kerap membuat giliran pemain di bahagian penyerang sayap melibatkan Lorenzo Insigne, Fillipo Bernardeshi dan Domenico Berardi.
Ketiga-tiga pemain ini diberi peluang menunjukan prestasi semasa pada 2 aksi pemanas badan. Malah ketiga-tiga pemain ini juga masing-masing menjaringkan 1 gol. Bernardeshi dan Insigne juga melakukan 1 bantuan.
Walaupun Itali mempunyai catatan cemerlang sebelum kejohanan bermula namun Turki bukan lawan yang mudah. Negara yang berada di sempadan Eropah-Asia ini beberapa kali mengejutkan negara besar.
Pada perlawanan pertama kelayakan Piala Dunia 2022 yang berlangsung Mac lepas, Tukri menumbangkan Belanda dengan jaringan besar 4-2. Sebelum itu Turki berjaya mengikat Jerman 3-3 pada perlawanan persahabatan tahun lalu.
Serbia, Rusia dan Croatia juga mempunyai masalah apabila bertemu Turki cuma Turki mempunyai 1 kelemahan pelik.
Turki tidak cukup baik apabila menentang pasukan kecil seperti Hungary, Latvia dan Guinea. Apa yang baik untuk Turki, pagi nanti mereka bertemu pasukan besar.
Malaysia Lawan Vietnam, Peluang Ke-2 Pemain Buktikan Kemampuan Sebenar
Berikut adalah barisan pemain utama yang dijangka turun pada perlawanan pagi nanti.
Donnarumma; Florenzi, Di Lorenzo, Bonucci, Chiellini; Jorginho, Barella, Locatelli; Insigne, Berardi, Immobille.