Malaysia Lawan Vietnam, Peluang Ke-2 Pemain Buktikan Kemampuan Sebenar

Pasukan Malaysia terbang ke Dubai, Emeriah Arab Bersatu (UAE) untuk melengkapkan baki 3 perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023. Mereka pergi dengan harapan besar para peminat untuk mengulangi prestasi yang dipamerkan sepanjang tahun 2019.

Namun peminat dikejutkan dengan aksi longlai terutamanya dari Guilherme De Paula dan Liridon Krasniqi. Malahan Safawi Rashid dan Mamadou Sumareh jauh untuk menyamai apa yang mereka tampilkan dahulu.

Malaysia mengalami kekalahan besar 0-4 di tangan UAE dalam permainan yang dikuasai 70% oleh lawan. UAE Berjaya melepaskan 15 percubaan, 8 darinya tepat dan separuh adalah jaringan.

Sumbangan Guilherme De Paula Cukup Mengecewakan

Selepas kekalahan tersebut, jurulatih Malaysia, Tan Cheng Hoe tetap yakin dengan beberapa perkembangan positif yang berlaku dalam kem latihan pasukan.

“Dalam setiap perlawanan, kita mesti ada keyakinan ketika turun menentang lawan. Banyak perkara positif telah kami bentuk selepas pertemuan menentang UAE baru-baru ini.

“Dari segi individu, pemain dah nampak perubahan terutama dapat menyesuaikan diri dengan taktikal dan persefahaman pemain. Lagipun, ini peluang terbaik untuk kita cuba menewaskan Vietnam selain mencari tiket untuk ke pusingan seterusnya.

“Apa yang penting kami harus sentiasa fokus. Biasanya kami susah nak dapatkan peluang di hadapan gol ketika bertemu Vietnam, jadi kali ini kami kena manfaatkan sepenuhnya jika ada peluang,” katanya dalam sidang media secara maya pada Khamis

“Setiap hari kami cuba mencari ramuan dan taktikal terbaik untuk menentang Vietnam. Saya juga sedang mencari kesebelasan utama selain cuba membentuk kombinasi terbaik dalam mencari keputusan positif.

“Saya sedar dalam beberapa perlawanan menentang Vietnam sebelum ini tidak memihak kepada kami. Tetapi kami tetap positif mampu untuk menundukkan mereka.

“Pemain juga bermotivasi, mempunyai impian dan tahu situasi ketika ini memerlukan keputusan positif untuk mara ke peringkat seterusnya,” ujarnya.

Prestasi hambar tersebut mendapat perhatian dari Azrai Khor, jurulatih yang memenangi trofi paling banyak di Malaysia dalam sejarah bola sepak profesional.

“Sebelum kita ke UAE, kita umpama mendapat kekuatan luar biasa dengan kehadiran beberapa pemain naturalisasi dan kacukan.

“Bagi saya sendiri apabila melihat pasukan ini saya bersemangat kerana kita seperti ada kelebihan dengan pemain yang dikatakan bagus.

“Namun selepas perlawanan UAE, bukan saya seorang sahaja tetapi semua orang kecewa dengan prestasi pemain. Ditambah pula dengan sikap dan pemain naturalisasi sangat teruk.

“Saya sendiri rasa malu sebab pasukan kita gah dibarisi pemain naturalisasi dan kacukan tetapi hasilnya kurang memuaskan.

“Jadi, Harimau Malaya kena buat sesuatu demi maruah bola sepak kita. Kalau kalah atau dibelasah Vietnam, kita tak tahu nak letak muka kat mana dah.”-kata Azraai dalam Sinar Harian

Rating Pemain Malaysia vs UAE: De Paula Lemah, Sumareh 0 Shot 0 Cross Sepanjang Game

Guilherme mendapat kritikan paling kuat, dia dinilai agak malas oleh bekas jurulatih Felda United, Nidzam Jamil namun Guilherme dipertahankan oleh Khalid Ali. Selepas beberapa hari dikritik Guilherme tampil menjawab.

“Saya tidak tahu apa penyokong katakan mengenai saya tiada jiwa. Pasukan ada (Malaysia) statistik saya, mereka boleh tengok sama ada saya berlari atau tidak di dalam padang. Saya juga berikan komitmen penuh dan menyesuaikan diri dengan baik.

“Tiada siapa lihat apa yang kami lakukan disini dan saya harap penyokong percayakan apa yang sedang kami lakukan. Kami datang bukan untuk bercuti tetapi berjuang untuk memastikan pasukan mara ke peringkat seterusnya.

“Saya tahu kualiti saya dan apa yang saya boleh sumbangkan di atas padang. Mungkin orang tidak dapat lihat apa saya buat, tetapi saya sentiasa berikan yang terbaik.” kata De Paula dalam sidang media online bersama wartawan

Pada 5 perlawanan awal, Malaysia turun dengan ramai pemain tempatan. Sejak 2 tahun selepas itu Malaysia menaturalisasi beberapa pemain disamping berjaya mendapatkan Dion Cools pada saat-saat akhir.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mahu meningkatkan kekuatan pada baki perlawanan untuk mara ke pusingan akhir kelayakan.

Selepas aksi menentang UAE, Malaysia menjadi lebih teruk berbanding sebelumnya. Namun Timbalan Presiden FAM, Yusoff Mahadi menegaskan program naturalisasi mereka belum gagal.

“Saya tak anggap naturalisasi pemain ini gagal. Kalau kita lihat kemunculan Sumareh dalam pasukan kebangsaan, dia pun agak bergelut. Saya fikir sumareh mula menunjukkan taring ketika bertemu Indonesia.

“Kita tidak boleh kata naturalisai ini gagal, cuma saya kena cakap kita tak cukup masa, bayangkan Liridon baru dipanggil masa kita nak ke UAE dan De Paula pada Mac lalu.

“Saya masih beranggapan kualiti mereka sebagai pemain masih ada, tapi bepum serasi dengan pemain lain. Saya tak anggap natiralisasi ini sebagai satu kegagalan sebab kita melihat banyak pasukan lain juga menggunakan pemain naturalisasi termasuk UAE.- kata Yusoff Mahadi dalam sidang media online

Kali terakhir Malaysia menewaskan Vietnam pada 2014 ketika dimbimbing Dollah Salleh. Malaysia bangkit di laman lawan untuk menghapuskan kekalahan yang dialami di Bukit Jalil.

Jurulatih ini melihat Malaysia tidak boleh kalah, baginya Vietnam merupakan pasukan setaraf dengan Malaysia.

“Vietnam ni kalau dilihat sama level dengan pasukan Malaysia. Jadi pada perlawanan itu nanti, kita seharusnya kalah tetapi kita boleh lakukan kejutan dengan meraih kemenangan.

“Pasukan negara juga tidak boleh beri macam-macam alasan seperti kurang perlawanan selepas 2 aksi persahabatan dan perlawanan menentang UAE. Sepatutnya sekarang mereka sudah bersedia sepenuhnya.”

Pada perlawanan lepas Harimau Malaya membariskan 9 pemain dari pasukan sama, JDT-angka tertinggi pernah direkodkan. Salah satu pemain yang menjadi nadi penting Bredan Gan tidak dapat diturunkan akibat digantung selepas mengumpul kad kuning.

Tempatnya diganti oleh Liridon Krasniqi namun pemain ini tidak menyamai sumbangan seperti Brendan Gan berikan.

De Paula pula mengambil alih tempat Syafiq Ahmad, Syafiq antara pemain yang mendapat pujian walaupun hanya dimasukan pada separuh masa kedua.

Sepanjang minggu para peminat bercakap tentang persembahan hambar, Guilherme malas, pemain tengah dan serangan tidak berfungsi kini giliran pasukan membuktikan mereka masih mempuyai kualiti yang diinginkan oleh peminat.

Sekurang-kurangnya sama seperti 2019

1974-1980 Kekal Menjadi Era Terbaik Pasukan Malaysia, 2015-2017 Zaman Paling Gelap

Baca yang lain