Rating Pemain Malaysia vs UAE: De Paula Lemah, Sumareh 0 Shot 0 Cross Sepanjang Game

Farizal Marlias – 8

Walaupun bocor 4 kali namun tak satu pun gol itu berpunca daripada kesilapannya. Malah Farizal adalah sebab utama peristiwwa 10-0 tak berulang.

Farizal melakukan 4 big saves dalam perlawanan ini.

Aidil – 6

Persembahan yang di bawah tahap kita harapkan. Gol pertama dia kehilangan jejak pemain di belakangnya.

Dion Cool – 7

Not bad untuk debut di posisi kedua ataupun bukan prime position. Baru tiba terus bermain first 11.

Corbin Ong – 6

Dia pemain yang berusaha keras dalam perlawanan ini. Dia menyumbang kepada serangan dan semangat dia sangat bagus. Namun banyak kali bocor di belakangnya. Sukar nak salahkan dia sebab dia offensive fullback dan dia menyerang pun untuk membantu serangan.

Cuma DM langsung tak memberikan protection lebih baik.

Matt Davies – 6

Dia bermain baik namun segalanya terhenti di tengah dan di atas.

Syamer Kutty – 4

Tak protect back 4 dengan baik. Ketika build up dari bawah dia lost. Sedangkan sistem binaan serangan dari bawah tu dia dah biasa terlibat dengan JDT.

Seterusnya dia terlibat dengan 6 duels, 5 secara ground dan 1 duel udara, dan kesemuanya dia kalah.

Liridon Krasniqi – 4

16 kali possesion lost di tengah padang bukan benda yang bagus. Seterusnya dia cuma ada 80% ketepatan hantaran. Seriously Mat Don? Syamer pun ada 91% hantaran tepat.

Azam Azih – 4

Juga markah sama. Sebab tak ada sumbangan benar benar signifikan dalam perlawanan ini.

Sumareh – 1.5

Dia main wing attacker tapi 0 shot. Jadi nak sembang off target dan on target tu kira haram tak dapatlah.

Statistik dia sebagai pemain sayap juga barai ketika distribution. Tak ada crosses langsung dengan hilang bola 10 kali.

Safawi Rasid – 4

Sekurang kurangnya ada juga shooting dan cross dalam perlawanan ini. Tapi memang bukan aksi terbaik Pawi.

De Paula – 1.8

Segala benda yang tidak patut dilakukan, dia buat. Malas, tak suka press. Suka berada di posisi tak betul.

Hanya ada 1 je shot sepanjang perlawanan. Mungkin ini opta tak kira sebagai shot agaknya, lebih kepada clearing header.

Simpanan

Syafiq Ahmad – 6.5

Dia masuk dan lebih intensif untuk press. Dan melakukan satu percubaan bahaya. Namun dia sorang sorang press kat depan sambil De Paula menjadi pencatit markah pressing dia

Luqman Hakim – 4

Aksi yang tidak banyak sumbangan kali ini.

Junior Edstal – 4

Aksi yang awalnya ok. Tetapi menjadi sangat average selepas itu.

Baca yang lain