Kekalahan besar 0-4 semalam mendapat perhatian oleh Hiroshi Hamada. Hamada merupakan individu yang bertanggungjawab membawa masuk penajaan ke Malaysia untuk pasukan seperti Kelantan dan Kelantan United.
Melalui Yakult dan sebagainya beberapa pasukan mendapat sedikit sebanyak wang tajaan untuk digunakan. Hamada juga individu yang bertanggungjawab membawa masuk beberapa pemain Jepun ke Liga M, dan membawa masuk pemain Malaysia seperti Hadi Fayadh ke Jepun.
Dia menjadi individu tunggal dari Jepun yang menghubungkan Jepun dan Malaysia. Baru-baru ini Hamada juga ada bekerjasama dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Hamada agak dekat dengan bola sepak Malaysia. Dia juga merupakan salah seorang peminat bola sepak tanah air.
Hamada mempunyai pandangannya tersendiri mengenai kekalahan besar yang dialami oleh pasukan Malaysia malam tadi. Hamada melihat dari sudut yang lebih luas berbanding sekadar menyalahkan pemain naturalisasi.
“Maaf, ini pendapar jujur saya dan tidak menyalahkan (sesiapa) kerana saya sangat sayangkan pasukan Malaysia.
“Dalam perlawanan malam tadi, 5 dari 11 pemain telah diberi cabaran namun hasilnya kekalahan yang dasyat.
“Mereka tidak bermain bola sepak hanya sekadar keputusan 0-4.
Malaysia tidak bermain bola sepak. Menurut satu lagi falsafah dari Pep Guardiola, apabila pasukan menggunakan 3 pemain tengah maka akan terdapat lebih permainan bola sepak.
Walaupun Malaysia meletakkan Liridon Krasniqi, Azam Azih dan Syamer Kutty Abba, pasukan ini langsung tidak menguasai bola.
Walaupun barisan pertahanan boleh dipuji, barisan pemain hadapan (kecuali Syafiq Ahmad) tidak pernah melakukan pressing terhadap pemain lawan.
Lawan bebas melakukan hantaran menghubungkan bola ke tengah dan atas. Itu bukan tanggunjawab sepenuh barisan pertahanan.
Pemain tengah tidak berfungsi langsung.
Rating Pemain Malaysia vs UAE: De Paula Lemah, Sumareh 0 Shot 0 Cross Sepanjang Game
Apabila Syafiq Ahmad masuk menggantikan Azam Azih, pemain ini menunjukkan semangat bermain yang cukup tinggi. Syafiq sentiasa melakukan tekanan ke atas pemain lawan bagi mengganggu keselesaan pihak lawan dari bebas melakukan hantaran.
Disamping mengganggu pihak lawan Syafiq juga berusaha mencuri bola namun tidak mendapat sokongan kuat dari rakan sepasukan untuk terlibat sama.
Di Malaysia, pemain penyerang dan tengah tidak memiliki konsep bertahan. Mungkin hanya minat menyerang dan tidak minat bertahan?
Tidak akan penambahbaikan jika hanya menyalahkan penain naturalisasi diatas kekalahan semalam.
Seperti yang kita tahu bola sepak Jepun semakin mirip dengan kuasa besar di eropah. Dalam kejohanan Piala Dunia lepas, Jepun mampu bertahan dengan baik secara berkumpulan sebelum melakukan sebarang gerakan menyerang.
Ia berbeza dengan Malaysia yang agak lemah dalam bertahan.
Hamada juga berpandangan masalah Malaysia tidak akan selesai jika hanya menyalahkan pemain naturalisasi. Hamada berharap pasukan Malaysia akan kembali bangkit dalam perlawanan seterusnya.
Selepas ini Malaysia akan berehat selama seminggu sebelum turun menentang Vietnam (12 Jun) dan Thailand (16 Jun)
Harap mereka kembali bangkit untuk perlawanan seterusnya.