Perceraian Mauro Icardi dan Wanda Nara kini kembali menjadi tumpuan ramai. Ini selepas Mauro Icardi mendakwa Wanda Nara curang dengannya.
Icardi menyatakan kepada mahkamah dia tidak menyangka sama sekali Wanda Nara wanita yang begitu, sanggup curang dengan suami sendiri.
Lantas Mauro Icardi dan Wanda Nara kini berbalah di mahkamah tentang beberapa isu perundangan termasuk pembahagian harta dan alimoni serta hak penjagaan anak mereka.
Icardi menegaskan Wanda Nara mulai berubah sikap ketika dia didiagnosis dengan leukemia.
Lebih mengecewakan Icardi dia tidak menyangka sama sekali Wanda Nara sanggup tidur dengan bekas raman sepasukannya di Inter Milan iaitu Keita Balde.
Menurut Icardi dia sendiri menangkap isterinya itu sedang tidur bersama Balde di rumah mereka di Milan.
Icardi berkata: “Dia ketika itu tidak sedar saya sudah tahu dia tidur dengan kawan saya di rumah kami di Milan. Jangan kamu pernah lupa ketika saya berkorban berjuang untuk keluarga kita, sedangkan dia pula mengekalkan kehidupan mewahnya.
“Dan sekarang dia berpacaran dengan lelaki itu?”
Mauro Icardi kemudian memberitahu mahkamah, dia sudah bersemuka dengan Wanda Nara tentang perkara itu. Dan berharap isterinya segera berubah. Namun malangnya, Wanda Nara menurutnya, langsung tidak kesal atau rasa bersalah.
“Dia malah mulai rasa tertekan mahu menyembunyikan hubungan sulitnya dan kemudian dia menyalahkan saya pula,” tegas Icardi.
Tuduhan ini adalah selari dengan laporan akhbar Sepanyol pada 2023. Di mana wartawan Jordi Martin mendedahkan bahawa Wanda Nara ada hubungan intim dengan Balde.
Martin malah menerbitkan rakaman audio di mana Balde memuji Wanda Nara sebagai sangat cantik.
“Kamu sangat cantik, wanita hebat, jujur, dan memiliki hati yang sangat murni,” kata Balde memuji Wanda Nara.
Audio itu dibocorkan oleh bekas isteri Keita Balde yang mengesahkan suaminya ada hubungan sulit dengan Wanda Nara.
Bekas isteri Balde, Simona Gutieri berkata: “Hanya dua bulan selepas perkahwinan kami pada 22 Mei, Icardi hubungi saya dan menyatakan tentang pertemuan antara Balde dan Wanda Nara di rumah mereka. Dia memberikan saya bukti rakaman kamera keselamatan.”
Simona Gutieri turut mendedahkan bahawa selepas Wanda Nara mengetahui tentang Icardi menghubunginya, Wanda Nara sendiri menghantar gambar menerusi WhatsApp serta mesej mengesahkan bahawa Wanda Nara dan Keita Balde sedang berasmara.
“Seorang wanita yang tidur dengan suami saya, dan kemudian menghantar gambar intim mereka kepada saya, perempuan jenis apa yang kamu nak label untuk ini?” tegasnya dalam nada marah.
Simona Gutieri mengakui dia mengalami masalah mental dan fizikal selepas peristiwa itu. Dan kini dia tidak mahu memikirkan lagi soal itu dan fokus untuk kesihatan dirinya dan anak anak.
Mauro Icardi kemudian mengadu kepada ibu mertuanya kerana masih sayangkan Wanda Nara. Namun ibu Wanda Nara, Collosimo menyalahkan Icardi pula.
Menurutnya, sebelum ini Icardi juga pernah curang dengan Eugenia Suarez. Skandal yang digelar Wandagate. Menurut ibunya, walaupun Wanda Nara sebelum ini pernah menyatakan dia sudah memaafkan Icardi. Hakikatnya luka itu akan sentiasa ada. Dan Icardi tidak boleh menyalahkan Wanda Nara jika dia tidur dengan lelaki lain.
Wanda Nara Beri Amaran Kepada Icardi: “Nak Hancurkan Keluarga Kerana Sundal Ke?”
“Wanda Nara dulu wanita yang sangat baik, dan apa yang kamu lakukan itu adalah permulaan kepada keretakan sebuah keluarga yang cantik. Wanda dah cuba yang terbaik untuk kamu, namun malangnya dia tidak boleh melupakan pengkhianatan kamu,” tambah ibunya lagi.
Colossimo kemudian memberitahu Icardi bahawa Wanda Nara seringkali makan hati kerana dia jarang menghantar mesej atau menelefon dia dan anak anak mereka.
“Mereka semua sayangkan kamu dan sangat rindukan kamu. Pergilah jumpa mereka,” kata ibu Wanda Nara itu lagi.
Icardi kemudian menuduh keluarga Wanda Nara sebagai berpakat untuk mereka cerita agar dia dilihat sebagai suami dan ayah yang teruk. Yang boleh mempengaruhi keputusan mahkamah dalam menentukan siapa akan berhak dalam penjagaan anak mereka.
Dalam pada itu, baru baru ini Wanda Nara membayangkan bahawa proses perceraian mereka seerta beberapa isu semakin hampir diselesaikan.
Wanda Nara Up Pula Gambar Maxi Lopez, Untuk Buat Icardi Sakit Hati
Bercakap kepada siaran tv di Argentina: “Masa untuk healing dah tiba. Semuanya akan selesai.”
Ini bukanlah kali pertama Mauro Icardi dan Wanda Nara yang digelar pasangan Icardashians – kerana banyak drama – menjadi tumpuan media. Sebelum ini Wanda Nara pernah curang dengan bekas suaminya Maxi Lopez dan menjalinkan hubungan sulit dengan Icardi – yang merupakan kawan karib Maxi Lopez.
Wanda Nara meninggalkan Maxi Lopez dan membawa anak mereka sekali untuk membina rumah tangga dengan Icardi. Maxi Lopez kemudian mendedahkan Icardi dan Wanda Nara melarang dia menghubungi anaknya. Membuatkan dia sangat kecewa.
Telenovela ‘Icardashians’: Kisah Sailang Isteri Kawan Yang Bermula Daripada Percutian Ini
Wanda Nara merupakan pengurus peribadi merangkap ejen Icardi. Dia menjadi punca kenapa rundingan kontrak di Inter Milan gagal. Akibat dia telah bermain dengan kontrak dengan mendedahkan butiran tawaran kontrak Inter kepada kelab lain untuk memancing gaji lebih besar.
Seterusnya di PSG, dia juga menjadi sebab kelab itu tidak mahu melanjutkan kontrak Icardi kerana seringkali membuat kenyataan media yang dianggap tidak profesional.