Wanda Nara Up Pula Gambar Maxi Lopez, Untuk Buat Icardi Sakit Hati

Siri baru drama Icardashian rupanya masih ada walaupun sebelum ini Wanda Nara mengumumkan berpisah dengan Mauro Icardi.

Wanda Nara sangat marah dengan Mauro Icardi yang bermain kayu tiga dengan model Argentina, China Suarez.

Sebelum ini Wanda Nara dan Icardi dilihat sudah kembali bersama dan Icardi memuat naik gambar mereka. Membuatkan ramai merasakan pasangan itu sudah berbaik baik selepas bergaduh besar.

Segalanya bermula apabila Wanda Nara memuat naik status menyindir Icardi dengan bertanya: “Satu lagi keluarga kau nak hancurkan kerana betina sundal ke?”

Icardi memujuk Wanda Nara untuk kembali. Wanda Nara memadam kesemua gambar mereka bersama di IG dia. Icardi diberikan cuti khas oleh PSG, untuk dia memujuk isterinya.

Dia dikecualikan daripada tugasan UCL bersama dengan pasukannya.

Icardi mengugut mahu menamatkan kontrak dengan PSG serta merta jika Wanda Nara tidak kembali ke pangkuannya. Lebih gila, walaupun dia yang beriya memujuk isterinya agak kembali, dan dia yang bersalah kerana skandal, dia pula yang meletakkan 4 syarat kepada isterinya.

Dia berkata, jika Wanda Nara pulang ke Paris, dia perlu memadam kesemua akaun media sosial peribadinya dan tidak menggunakannya lagi.

Seterusnya, Wanda Nara dilarang untuk terbang menaiki jet mereka tanpa diiringi Icardi sendiri. Wanda Nara berulang dari Paris ke Itali kerana dia bekerja sebagai pengacara tv.

Selain itu, Wanda Nara tidak akan diberikan bonus tambahan bayaran sebagai ejen. Dia cuma makan gaji basic je daripada Icardi selepas ini.

Itu antara syarat diberikan Mauro Icardi. Malangnya beberapa hari selepas mereka dikatakan berbaik baik, Wanda Nara mengumumkan perpisahan dengan Icardi.

Maxi Lopez sempat mencuit usikan kepada Wanda Nara dengan menyindir bekas isterinya itu. Dia bertanya kepada pengikutnya: “Karma itu wujud ke ?”

Sambil memberikan pilihan jawapan; ya atau tidak.

Sindiran kepada Wanda Nara yang pernah curang dengan Mauro Icardi ketika mereka masih bergelar suami isteri.

Dan terbaru, Wanda Nara memuat naik gambar bekas suaminya itu bersama dengan teman wanitanya. Gambar tersebut menunjukkan Maxi Lopez, Daniela Christiansonn bersama dengan anak anak mereka (anak Wanda dengan Maxi).

Pada gambar tersebut Wanda Nara kelihatan meletakkan emoji dia berdoa akan kebahagiaan bekas suaminya itu dengan meletakkan emoji hati tanda dia menyukai gambar tersebut.

Netizen menggelengkan kepala melihat kelakukan Wanda Nara. Di mana ada yang menyindir: “Tak sabar menunggu episod grand finale Keeping Up With Icardashians.”

Seorang lagi berkata: “La, ingatkan dah habis dah drama Wanda-Icardi ni, ada lagi rupanya.”

Satu lagi teori lebih di luar kotak merasakan bahawa Wanda Nara kini mungkin membayangkan bahawa dia sudah sedia untuk kembali ke pangkuan Maxi Lopez sekali lagi dan merembat pula bekas lakinya daripada Christianson.

 

Baca yang lain

Ralf Ragnick Rasmi Tolak Bayern Munich

Ralf Rangnick secara rasminya menolak tawaran untuk menjadi pengurus Bayern Munich. Nama Poknik sebelum ini mulai dikaitkan dengan Bayern setelah kelab itu