Bruno Fernandes telah memenangi Anugerah Pemain Terbaik Perlawanan / Man Of The Match (MOTM) dalam aksi berhadapan dengan Watford semalam.
Manchester United menang bergaya ke atas lawan mereka dengan skor 3 gol tanpa balas, dalam aksi di Old Trafford.
Gol gol menerusi Bruno Fernandes, Anthony Martial telah membolehkan United mendapat 3 mata yang sangat berharga.
Kehebatan Fernandes Antara 5 Perkara Dalam Kemenangan Man United
Kemenangan ini juga membolehkan United kini hanya dibezakan tiga mata daripada pasukan di tangga keempat, iaitu Chelsea.
Bruno yang cemerlang
Daka aksi berhadapan dengan pasukan Watford, Bruno Fernandes menjadi MOTM.
Ini kerana beliay telah memenangi 81% undian daripada peminat Man United – yang mengundi di laman sosial rasmi kelab. Ini adalah kali ketiga Bruno Fernandes memenangi MOTM.
Pemain bintang baharu United iaitu Bruno Fernandes berjaya menjaringkan gol pertama beliau bersama Man United.
Bruno berjaya menyempurnakan penalti dengan gerakan ‘hop’ macam yang selalu dibuat Jorginho.
Account: open 🔓#MUFC #MUNWAT pic.twitter.com/xh7r1b8xX4
— Manchester United (@ManUtd) February 23, 2020
Keyakinan tu penting nak buat benda macam ni.
Beliau juga mencipta satu assist serta mencipta satu peluang gol kepada Martial.
Fernandes menangggap ianya adalah impian menjadi kenyataan dengan membuka akaun gol beliau bersama Man United.
Fernandes memberitahu BBC selepas tamat perlawanan: “Ianya adalah impian menjadi kenyataan untuk skor di Old Trafford.”
“Saya sangat bernasib baik kerana berjaya menjaringkan gol di sini.”
“Semua orang tahu kami mahu berada di Liga Juara Juara Eropah pada musim hadapan.”
“Saya datang ke sini untuk membantu pasukan ini menguasai tempat ini dan teruskan momentum kemenangan. Ini yang saya mahu lakukan dan ini yang saya harus buat.”
…And the feeling is mutual, says @B_Fernandes8 👊
"The fans are amazing and they give me more confidence to play and to be happy."#MUFC #MUTVhttps://t.co/6MliMl3Yqf pic.twitter.com/GblmzHVy7e
— Manchester United (@ManUtd) February 23, 2020
Beliau juga menyatakan, teknik sepakan penalti beliau adalah berubah ubah mengikut keadaan dan lawan.
Catatan statistik luar biasa
Bruno Fernandes ternyata memiliki catatan statistik yang sangat luar bias di dalam perlaanan ini.
Beliau terlibat dalam 84 sentuhan dengan menyempurnakan 72% hantaran. Selain itu, Fernandes menang kesemua ground duels – sebanyak 7 kali – termasuk memenangi satu penalti.
Ketika bertahan Bruno Fernandes mencatatkan 5 recoveries.
Selain itu, bintang antarabangsa Portugal itu sukses melakukan 3 gelecekan. Daripada 3 percubaan ke arah gol, Fernandes menjaringkan satu gol.
Beliau turut mencipta 4 peluang gol kepada rakannya – termasuk big chance kepada Anthony Martial, dan kemudian melakukan 1 assist kepada pemain remaja sensasi, Mason Greenwood.
Bruno Fernandes vs Watford:
84 touches
44 passes completed (72%)
7 ground duels won (100%)
5 recoveries
4 chances created
— 1 big chance
3 dribbles completed (100%)
3 shots on goal
1 goal
1 assistMan of the match.
Alpha. pic.twitter.com/zCJg3HFWdB— UtdArena (@utdarena) February 23, 2020
Rumusan
Ini adalah satu lagi prestasi cemerlang ditunjukkan oleh Bruno Fernandes. Hampir sahaja Man United terlepas beliau tempoh hari. Mujur deal tak collapse.
Ole menegaskan bahawa, pembelian Bruno Fernandes ini sebagai pembelian yang sangat baik, berdasarkan keadaan pasaran semasa.
Bruno menjadi jeneral di tengah padang untuk Man United. Perkara yang sudah sekian lama tidak muncul dalam pasukan United.
Ole sendiri melihat campuran Paul Scholes dan Juan Veron dalam diri Fernandes.