Itali 3 Switzerland 0: Itali Hilang Rentak Namun Masih Menang Bergaya

Itali 3 Switzerland 0

Manuel Locatelli m26, 52 Ciro Immobille m89

Switzerland bermula dengan menggunakan pelan permainan berbeza berbanding sebelum ini. Anak buah Vladimir Petkovic bermain lebih agresif melakukan tekanan terhadap lawan.

Itali memberi respon dengan melancarkan serangan di tahap maksima melalui kualiti yang mereka miliki dibahagian atas untuk melindungi barisan pertahanannya.

Babak awal, Leonardo Spinazola berjaya melepaskan 1 hantaran dari sebelah kanan selepas memperdayakan pertahanan lawan tetapi tandukan Ciro Immobille melewati palang. (m9)

Itali membuka jaringan hasil tandukan pemain paling berpengaruh mereka, Georgio Chiellini berpunca dari sepakan penjuru.

Namun VAR mengesan bola terkena tangannya terlebih dahulu dan pengadil, Sergei Karasev membatalkan jaringan tersebut. (m19)

Chiellini tidak dapat meneruskan permainan dan digantikan dengan Francesco Acerbi. Lilitan kapten diserahkan kepada rakan seJuventusnya, Leonardo Bonucci  (m24)

Selepas melakukan 4 percubaan tanpa balas, percubaan ke-5 Itali berjaya menghasilan gol pendahuluan Itali.

Gerakan bijak Domenico Berardi di sebelah kanan, melakukan hantaran lintang yang kemudiannya mudah ditolak masuk ke dalam gawang oleh Manuel Locatelli. (1-0/m26)

30 minit: Itali (54%) Switzerland (46%), Percubaan 5(1) – 1(0)

Itali mula mengendurkan serangan dan tekanan di bahagian atas, mendedahkan barisan pertahanannya dari ancaman Switzerland.

Tetapi Switzerland tidak mengambil peluang tersebut malah Itali masih lagi mampu melakukan 2 serangan berbahaya ke dalam kotak penalti lawan. (m30-40)

Itali mengubah pendekatan secara total pada 5 minit terakhir dengan bermain lebih kebawah berbanding menguasai bola di kawasan attacking 3rd.

Anah buah Roberto Mancini hanya menunggu untuk membuat satu hantaran pantas kepada Berardi dan Lorenzo Insigne bagi melakukan larian pantas memasuki kawasan lawan.

Babak pertama berakhir dengan keputusan 1-0.

“Switzerland membenarkan Itali mengawal permainan sehingga mendahului perlawanan.

“Ia menarik untuk dilihat bagaimana pasukan mengawal tenaga, fokus dan bagaimana mereka bertindak balas ketika menghadapi detik sukar pada babak kedua (nanti)”. -Ulas Gianluca Zambrotta pada rehat separuh masa

Baca juga

Turki 0 Wales 2: Duet Gareth Bale Dan Aaron Ramsey Yang Menghiburkan

Bersambung babak ke-2, kedua-dua pasukan restart, kembali mencari rentak dan penguasaan. Itali lebih baik apabila meraih gol ke-2.

Berpunca dari satu serangan di sebelah kanan dimulai oleh Berardi bola dilorongkan kepada Locatelli.

Pemain itu memilih untuk melakukan rembatan dari luar kotak penalti berbanding melakukan final pass kepada Immobille yang sudah berlari untuk menerima hantarannya.

Keputusan itu membuahkan hasil apabila bola rembatanya menembusi 2 pertahanan Switzerland, Fabian Scar dan Nico Eveldi sehingga penjaga gol, Yan Sommer tergamam melihat bola menembusi jaringnya. (2-0/m52)

60 minit: Itali (52%) Switzerland (48%), Percubaan 8(2) – 3(0)

Itali sekali mula mengendurkan penguasaan selepas mendapat jaringan ke-2, percubaan tepat pertama Switzerland hadir selepas sejam permainan melalui Steven Zuber tetapi berjaya dihadang oleh Gianluigi Donnarumma. (m64)

Selepas tanpa sebarang momen sepanjang 10 minit, Itali melakukan satu serangan pantas, Immobille hanya perlu menewaskan Sommer untuk mencetak jaringan ke-3 Itali tetapi rembatannya tersasar. (m75)

Immobille tidak mensiakan peluang keduanya,  melengkapkan kemenangan bergaya Itali apabila menjaringkan gol ke-3 melalui percubaan padu dari luar kotak penalti.

Sommer terus menampilkan aksi hambar dan gagal menggagalkan percubaan tersebut. (3-0/m89)

90 minit: Itali (50%) Switzerland (50%), Percubaan 13(3) – 5(1)

Kemenangan Itali meletakkan Gli Azzuri di kedudukan pertama kumpulan A dengan 6 mata dihadapan Wales 4 mata.

Kedua pasukan ini akan bertemu pada perlawanan terakhir untuk menentukan siapa juara kumpulan.

Switzerland pula berada di tangga ke-3 dengan 1 mata diatas Turki yang tewas dalam 2 perlawanan.

Pemain terbaik: Manuel Locatelli (Itali)

Baca yang lain