Turki 0 Wales 2: Duet Gareth Bale Dan Aaron Ramsey Yang Menghiburkan

TURKI 0 WALES 2

Aaron Ramsey m42, Connor Roberts m90+4

Wales turun dengan bekalan 1 mata selepas seri dengan Switzeland sementara itu Turki mengharapkan mata pertama mampu diraih dalam perlawanan ini.

Kedua-dua pasukan menampilkan corak permainan berbeza berbanding pada perlawanan pertama masing-masing.

Kevin Moore tidak lagi dijadikan sasaran utama oleh Wales di bahagian atas dan Turki bermain lebih terbuka.

Wales sepatutnya mendahului 1-0 sewal minit ke-5 apabila Gareth Bale melakukan hantaran cantik kepada Aaron Ramsey.

Ramsey memperdayakan pertahanan lawan namun percubaannya dihadang oleh penjaga gol Turki, Ugurcan Cakir.

Turki memberi respon segera apabila hantaran lintang Cengiz Under pada minit ke-9 dirembat padu oleh Burak Yilmaz.

Namun pertahanan Wales, Chris Mempham berjaya membuat hadangan penting menghalang bola menuju ke gawangnya.

Peluang keemasan Wales sekali lagi hadir pada minit ke-16, hadangan akhir dari Canglar Soyuncu menyelamatkan pintu gol Turki ketika Kevin Moore hanya perlu menolak masuk sahaja bola ke dalam gawang.

Buat kali ke-3 Wales membazirkan peluang untuk mendahului perlawanan.

Hantaran cantik, sekali lagi dari Bale dan larian memecah blok pertahanan lawan dari Ramsey meletakkan Ramsey hanya berhadapan dengan Cakir.

Walaupun tidak dicabar, Ramsey menampilkan sikap terburu-buru dan tidak tenang dengan melakukan tendangan ke bulan.

Strategi Wales meletak 2 pemain pertahanan di tiang ketika lawan mendapat sepakan sudut berjaya menyelamatkan 2 percubaan dari Turki.

30 minit: Turki (48%) Wales (52%), Percubaan 5(1)-5(1)

Soyuncu sekali lagi menjadi hero di barisan pertahanan Turki apabila membuat bentesan akhir terhadap Bale ketika Wales melakukan serangan balas pantas.

Selepas 2 kali kombinasi Bale-Ramsey gagal membuahkan hasil, minit ke-42 duo ini sekali melakukan duet hantaran dan larian cemerlang.

Hantaran Bale dari tengah yang melihat Ramsey meluru ke dalam kotak berjaya menemui Ramsey yang melepaskan diri dari kawalan pemain pertahanan Turki.

Ramsey mudah menolak masuk menewaskan Cakir. (0-1)

Gareth Bale dan Aaron Ramsey 3 kali melakukan hantaran dan larian dari titik sama, kali ke-3 berhasil menjadi gol

Baca juga

FAM Tidak Perlu Menggelabah Dan Hanya Perlu Fokus Kepada 3 Perkara Ini

Turki memulakan babak ke-2 dengan beberapa percubaan dari luar kotak penalti tetapi tidak berjaya mengancam gawang Wales.

Turki mempunyai peluang besar menyamakan kedudukan pada minit ke-53, tandukan Kaan Ayhan jatuh tepat ke kaki Burak Yilmaz.

Yilmaz terburu-buru melakukan half volley yang melambung walaupun jarak dengan gol tidak sampai 3 meter.

Kejutan berlaku apabila pengadil perlawanan menghadiahkan sepakan penalti kepada Wales pada minit ke-60.

Walaupun dari kaca TV rumah kekasaran itu dilihat  berlaku di atas garisan kotak penalti.

Kejutan berganda berlaku apabila Bale pula melakukan sepakan melambung ke atas bumbung stadium.

Turki menarik nafas lega dan terus melakukan beberapa serangan ke kubu lawan. Turki menjadi pasukan lebih baik dari sudut penguasaan bola dan jumlah percubaan.

60 minit: Turki (53%) Wales (47%), Percubaan 13(3) – 10(3)

Turki terus melakukan tekanan dan serangan bertalu-talu sehingga mencipta peluang terbaik pada minit ke-70 namun tandukan Yilmaz agak lemah untuk menewaskan penjaga gol Wales, Danny Ward.

Ekoran dari situasi itu pengurus Wales, Robert Page membawa masuk pemain center back, Ethan Ampadu dengan mengeluarkan defensive midfielder, Joe Allan bagi mengukuhkan pertahanannya.

Kecuali sepakan penalti, Bale meneruskan bisanya apabila tandukan dalam kotak penalti minit ke-78 menghadirkan ancaman kepada Turki tetapi tandukan itu agak tepat ke arah Cakir.

Berbaki 2 minit, nasib tidak memihak kepada Turki apabila Merih Demiral melakukan tandukan pada jarak 6 ela namun masih sempat diselematkan oleh Ward.

Permainan semakin tegang apabila Turki bengang dengan pengadil perlawanan kerana tidak memberi sepakan penalti ke atas kekasaran yang dilakukan pemain Wales di dalam kotak penalti.

Pada masa kecederaan jaringan Connor Robert menamatkan sisa perjuangan Turki. Gol ke-2 Wales itu berpunca dari satu sepakan sudut, Bale sekali lagi menjadi arkitek dalam gerakan tersebut.

90 minit: Turki (56%) Wales (44%), Percubaan 17(5) – 16(7)

Hasil kemenangan ini, Wales mengutip 4 mata dan akan bertemu pasukan paling kuat kumpulan A, Itali pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan.

Turki pula akan menentang Switzerland untuk mengintai peluang ke peringkat kalah mati dengan slot 3rd best place.

Pemain terbaik: Gareth Bale

Baca yang lain