JERMAN 0 PERANCIS 1
Matt Hummels 20(og)
Dua pasukan besar eropah yang diundi dalam kumpulan sama turun bertarung untuk mencari kemenangan pertama bagi membawa bekalan selesa di perlawanan berikutnya.
Pemainan bermula dengan kedua-dua pasukan menampilkan tempo permainan pantas sepanjang 15 minit pertama.
Namun kerap kehilangan bola di kaki.
Percubaan terbaik hadir pada minit ke-17 apabila Kylian Mbappe melakukan rembatan dari luar kotak penalti.
Manuel Nueur melakukan tampanan hebat untuk mengagalkan peluang Perancis membuka jaringan.
Kecemerlangan Nueuer gagal ditunjukan oleh rakannya di bahagian pertahanan, Mats Hummels apabila dia melakukan tampanan kurang kemas hantaran silang Lucas Hernandez.
Perancis mendahului perlawanan pada minit ke-20 hasil jaringan sendiri Hummels.
Ia menjadi detik ngeri buat Hummels, pemain yang dipanggil pada saat akhir oleh Joecham Low menyertai pasukan kebangsaannya. (1-0)
Selepas itu, Jerman mensia-siakan peluang yang diperohinya apabila pengadil perlawanan menganugerahkan 2 sepakan percuma berjarak 20 meter dalam tempoh 2 minit.
30 minit: Jerman (63%) Perancis (37%). Percubaan 4(0)-2(1)
Walaupun peminat disajikan dengan permainan pantas dan menarik dari kedua-dua pasukan namun tidak banyak percubaan akhir berjaya dijelmakan.
Memasuki minit ke-40 penguasaan Jerman terhadap bola mula mengendur dan babak pertama tamat dengan Perancis mendahului Jerman.
“Separuh masa pertama sangat sengit. Jerman mempunyai permulaan lebih baik tetapi Perancis lebih pandai menggunakan penguasaan (sedikit), untuk menghantar bola ke atas.
“Dengan (hanya) 1 momen telah membezakan kedua-dua pasukan.” ulas bekas pemain Jerman, Stefan Freund pada rehat separuh masa
Mereka (Perancis) kelihatan santai dan terkawal dibahagian hadapan. Jerman masih belum menjumpai penyelesaian, mereka masih lemah dibahagian itu. -Michael Ballack
Baca juga
Pada minit ke-52 Perancis terlepas peluang menambah jaringan apabila tolakan Adrien Rabiot hanya singgah di tiang kiri gawang Jerman.
Peluang itu berpunca dari hantaran Mbappe di kawasan tengah padang.
2 minit selepas itu giliran Serge Gnabri melakukan volley dalam kotak penalti namun sedikit tinggi melewati palang gol Perancis.
Menghampiri sejam permainan Jerman meningkatkan serangan ke arah kubu Perancis tetapi masih gagal menjelmakan percubaan tepat pertama untuk pasukannya.
60 minit: Jerman (58%) Perancis(42%), percubaan 8(0)-3(1)
Jerman hampir dihukum pada minit ke-65 apabila Mbappe menjaringkan gol ke-2 Perancis dengan lencongan cantik ke penjuru gawang. Jaringan tersebut dibatalkan kerana offside.
Kebuntuan Jerman di barisan hadapan memaksa Low memasukan 2 pemain serangan serentak pada minit ke-73.
Timo Werner, Leroy Sane dimasukkan mengantikan Kai Havertz dan Gnabry untuk memperbaiki masalah unit serangan.
Minit ke-80, Jerman menarik nafas lega apabila pertahanannya melakukan bentesan bersih menjatuhkan Mbappe di dalam kotak penalti ketika Mbappe hanya berhadapan dengan Neuer.
Perancis hampir membunuh peluang Jerman buat kali ke-3 apabila jaringan Karim Benzema minit ke-85 dibatalkan kerana offside oleh VAR.
Jerman akhirnya meneruskan rekod buruknya tidak menang dalam 7 perlawanan terakhir selepas ketinggalan sementara.
Perancis melebarkan rekod baiknya tidak tewas 9 kali pada perlawanan pertamanya di peringkat kumpulan.
90 minit: Jerman (58%) Perancis (42%), percubaan 10(1)-4(1)
Pada perlawanan berikutnya Perancis akan bertemu Hungary dan Jerman berhadapan Portugal yang menewaskan Hungary 3-0.
Pemain terbaik: Paul Pogba (Perancis)