Kad Merah Pertama EURO 2020 Ranapkan Harapan Poland

POLAND 1 SLOVAKIA 2

Wojciech Szeczesny 18og; Karol Linetty 46, Milan Skrinier 69

Poland turun menentang Slovakia dengan reputasi lebih senior. Poland hadir buat kali ke-3 pada kejohanan kali ini dan juga merupakan pasukan suku akhir edisi 2016.

Sementara itu bekas wilayah Czechoslovakia, Slovakia membuat penampilan ke-2.

Pada kejohanan edisi 2016 Slovakia melepasi peringkat kumpulan sebelum tewas di pusingan 16.

POLAND DOMINASI, SLOVAKIA MENDAHULUI

Drama 20 minit pertama Poland mendominasi 67% permainan namun dikejutkan oleh Slovakia hasil jaringan Robert Mak.

Mak mempamerkan gerakan individu cenerlang sebelum melepaskan percubaan menewaskan Wojciech Szeczesny pada minit ke-18. (1-0)

Jaringan itu akhirnya diiktiraf sebagai gol sendiri oleh penganjur kerana bola melantun terkena permain pertahanan dan tangan Szeczesny.

Selepas setengah jam permainan Poland terus mengusai perlawanan namun gagal menghasilkan percubaan tepat malah Slovakia berjaya membuat 6 percubaan berbanding Poland hanya 3 kali.

Poland terus menunjukkan kebuntuannya sehingga tamat babak pertama tanpa sebarang percubaan tepat untuk diselamatkan penjaga Slovakia, Martin Dubavka.

Piotr Zielinski dan Robert Lewandowski gagal menampilkan ketenangan ketika melakukan produk akhir di depan gawang Slovakia.

Gandingan Lubomir Satka di pertahanan tengah Slovakia menampilkan aksi baik apabila banyak melakukan hadangan dan mengganggu penyerang Poland tersebut.

Babak pertama berakhir dengan 15 percubaan dilakukan oleh kedua-dua pasukan hanya 1 tepat namun ia menjadi jaringan pemisah Slovakia dan Poland.

Baca juga

Prospek Belanda Di Piala Eropah 2020

KAD MERAH PERTAMA PIALA EROPAH 2020

Bersambung babak ke-2 Poland tidak menunggu lama untuk mencari gol penyamaan pada minit ke-46.

Mateuzs Klich menjadi nadi gerakan, hantarannya kepada Maciej Rybus yang kemudiannya membuat cut back membolehkan Karol Linetty mudah menolak bola masuk ke dalam gawan Slovakia. (1-1)

Berselang 4 minit selepas itu gandingan Klich dan Linetty sekali lagi memberi ancaman kepada Slovakia namun tolakan Kinetty kali ini tepat ke arah Dubravska.

Selepas menampilkan peningkatan, Poland dikejutkan dengan layanan kad merah minit ke-62 ke atas pemain tengah mereka.

Grzegorz Krychowiak dilayangkan kad kuning kedua oleh pengadil, Ovidiu Hategan selepas mengasari pemain lawan.

Pada minit ke-22 Krychowiak telah menerima kad kuning kerana menarik pemain Slovakia.

Poland menerima padah apabila Slovakia tidak menunggu lama untuk menjaringkan gol pendahuluan sekali lagi.

Minit ke-69 bermula dari sepakan sudut dari Marek Hamsik bola singgah tepat ke kaki Milan Skrinier sebelum pemain pertahanan itu melepaskan percubaan di sebelah kiri gawang. (1-2)

Baki permainan, Poland mempunyai 4 peluang keemasan untuk menyamakan kedudukan. Lewandowski terlepas peluang menolak masuk bola sepakan sudut.

Diikuti sepakan percuma diselamatkan Dubravski dan Jan Bednarek melakukan percubaan tersasar pada minit akhir perlawanan.

Karol Swiderski hampir menjaringkan gol penyamaan pada masa kecederaan namun diselamatkan Dubravska.

Poland bakal mendapat laluan sukar apabila perlu bertemu Sepanyol dan Slovakia akan meneruskan harapannya menentang Sweden pada Jumaat nanti.

Pemain terbaik : Milan Skrinier (Slovakia)

Baca yang lain