Jersi Liverpool Bakal Jadi Kain Lap Lagi Dalam Drama Bakal Ditayangkan Ini Pula, Aduh!

Beberapa hari ini, Malaysia digemparkan dengan isu jersi Liverpool dijadikan kain lap air kencing dalam sebuah drama swasta.

Dan ada segelintir penyokong Liverpool telah meloncat dan kecewa dengan perkara itu.

Malah ada yang bertindak membuat aduan rasmi ke talian khidmat pelanggan Liverpool.

Tidak lama selepas itu pihak produksi telah meminta maaf di atas scene yang dianggap menyentuh sensitiviti peminat Liverpool.

Sampai macam ni sekali kes ini. Dah jadi masalah negara wei.

Sebenarnya benda macam ni kau kena bertenang. Bak kata orang, banter ni kalau kau balas dengan prestasi di atas padang, ianya lebih baik.

Tak boleh ke tunggu masa nak balas balik dengan prestasi di atas padang?

Liverpool sekarang sedang mendahului jauh dalam carta liga. Dan tak perlu kita terlalu emosi dalam perkara serupa ini.

Dalam bola sepak, kalau kau ringan banter orang, kenalah terima balik banter tu. Dan kau boleh pilih / selective ke atas banter yang kau rasa perlu respon.

Jadi kain lap lagi

Belum pun reda isu lap air kencing, kini timbul isu baru melibatkan jersi Liverpool.

Hai kami dah sedia mengelap

Jersi Liverpool dikatakan bakal menjadi kain lap sekali lagi. Beberapa pemerhati sudah menjangkakan perkara ini akan berlaku juga walaupun korang suka dan tak suka.

Jersi Liverpool ni fabrik dia adalah keluaran New Balance. Dengan design bersulamkan tulisan salah sebuah bank terkemuka di dunia iaitu Standard Chartered.

Kenapa pula asyik jersi Liverpool yang kena?

Ini bukanlah kali pertama ia berlaku. Musim lalu sahaja sudah beberapa kali jersi Liverpool dijadikan kain lap.

Eh bila masa?

2019 menyaksikan jersi Liverpool paling teruk dijadikan kain lap. Dan ianya akan berlaku lagi dalam beberapa minggu ini.

Gerakan itu sudah merancang akan menggunakan jersi Liverpool kain lap lagi.

Liverpool baru sahaja menang ke atas Bournemouth. Dan kini 25 mata di atas Man City pada jam artikel ini ditulis.

Peringatan: Lepas Kalah 3 Kali, Kalah 3-0, Kini Tiga Kemenangan Lagi, 25 Mata On Top

Liverpool hanya ada 3 kemenangan sahaja lagi yang akan membezakan jersi Liverpool dijadikan kain lap sekali lagi.

Ya, kain lap dalam drama yang masih belum tayang lagi. Kerana dalam proses pembikinan.

Plotnya memaparkan jersi Liverpool digunakan untuk mengelap piala Liga Perdana Inggeris. Itupun kalau tiada malapetaka yang akan berlaku.

Korang doakanlah yang terbaik agar acara mengelap piala dengan jersi Liverpool ini berlaku. Dan korang sertai sekali acara itu.

Jantan jantan yang sudah tak sabar menggunakan jersi Liverpool sebagai kain lap

Tahun 2019, jersi Liverpool sudah dijadikan kain lap Piala Telinga  Capang / Big Ear ataupun Liga Juara Juara Eropah.

Tak puas mengelap piala di Madrid, Liverpool terbang ke Vodafone Arena di Turki untuk mengelap Piala Super Eropah.

Masih tak cukup lagi, Liverpool menggunakan jersi Liverpool untuk mengelap Piala Dunia Kelab di Qatar.

Dan kini, jersi Liverpool sedang dipersiapkan untuk menjadi kain lap kepada EPL.

3 kemenangan sahaja yang memisahkan. Dan angka itu akan semakin kurang jika Man City keciciran mata.

Haish, itulah kisah dia. Orang pakai jersi Liverpool lap kencing, mereka ni pula pakai lap piala.