Peringatan: Lepas Kalah 3 Kali, Kalah 3-0, Kini Tiga Kemenangan Lagi, 25 Mata On Top

Liverpool turun berhadapan dengan Bournemouth di Anfield dalam usaha bangkit daripada kekalahan 3-0 di tangan Watford dalam aksi terakhir Liga Perdana Inggeris.

Liverpool tidak dapat menurunkan Alisson yang mengalami kecederaan. Dan tempat beliau digantikan oleh Adrian.

Klopp jelas sekali mahukan pemain beliau bangkit dalam perlawanan.

Liverpool bermula dengan kemabukan apabila bocor awal. Joe Gomez terlalu kasual dan dimakan dengan mudah oleh Callum Wilson.

Bournemouth mendahului seawal minit ke – 9. Dan ia bukan petanda yang baik. Namun Klopp ada rekod di mana beliau tak pernah kalah dua kali berturut-turut dalam Liga Perdana Inggeris bersama Liverpool.

Liverpool terus memberikan respon untuk gol tersebut. Bournemouth bertahan dengan sekompak yang mungkin.

Roberto Firmino memiliki peluang keemasan namun diselamatkan oleh penjaga gol lawan.

Nathan Ake hampir menambah gol untuk Bournemouth. Namun bola berjaya diselamat oleh Adrian dengan cemerlang.

Liverpool akhirnya menyamakan kedudukan menerusi Mo Salah pada minit ke-25 selepas menerima hantaran daripada Sadio Mane.

Ini merupakan jaringan ke-70 liga untuk Mo Salah dalam 100 penampilan pertama. Menjadikan beliau pemain yang mengatasi gol beberapa bekas bintang yang lain dalam 100 penampilan pertama.

Ini musim ketiga berturut-turut Mohamed Salah mencatatkan gol ke-20 dalam semusim untuk Liverpool.

Tidak lama selepas itu, giliran Sadio Mane menjaringkan gol kedua untuk Liverpool pada minit ke-33 hasil umpanan Vrigil Van Dijk yang melakukan hantaran killer pass yang sangat lawa.

Mane terus mencatatkan statistik sumbangan gol yang sangat komprehensif dan tepercaya.

Beliau kini sedang menjaringkan 27 gol di Anfield sejak musim lalu.

Pada separuh masa kedua Liverpool menaikkan lagi intensiti permainan mereka.

Namun agak sukar untuk mencipta peluang dengan prestasi cemerlang penjaga gol lawan

Sadio Mane melakukan rembatan top corner tetapi terkena palang. Sikit lagi tu.

James Milner melakukan satu in the line clearance yang cantik selepas Adrian kena lob.

Firmino sekali lagi menunjukkan keengganannya skor di Anfield dengan mempersia siakan peluang pada masa kecederaan.

Liverpool berjaya menang dengan keputusan 2-1.

Sekaligus mencipta rekod tidak kalah ketiga paling panjang di tempat sendiri dalam sejarah pasukan Inggeris dalam semua pertandingan.

Namun Liverpool kini menjadi pasukan paling banyak menang secara berturut turut di home dalam aksi liga dengan 22 kemenangan straight.

Kemenangan ini juga meletakkan Liverpool dua puluh lima mata di atas Man City yang akan turun beraksi sebelah esok.

Liverpool hanya memerlukan 3 kemenangan lagi untuk bergelar juara Liga Perdana Inggeris.

Selepas minggu yang sukar Liverpool akhirnya ceria kembali dengan kemenangan.

Suka tak?

Kalau suka, share dengan kawan kawan korang kat wall. Lama dah kena kan. Huhu.

Baca yang lain