Kenali Garaga: Seekor King Kobra Gergasi Kembali Ke Alam

Nama Panji menjadi satu fenomena di Indonesia selepas beliau berjaya menangkap seekor king Cobra gergasi yang di panggil Garaga.

Panji yang dahulu sememangnya terkenal dengan petualang yang mengurus haiwan liar dan berbisa pernah di katakan sudah mati akibat digigit Komodo.

Kisah Panji Petualang Yang Muncul Kembali Selepas Mati Digigit Komodo

Cerita tentang kematian beliau telah tersebar seluruh Indonesia dan mereka percaya tentang cerita itu.

Namun Panji muncul semula dengan membuat kenyataan bahawa beliau masih hidup menerusi akaun Youtube.

Penemuan Garaga

Beliau kemudian kembali aktif membuat video menyelamatkan haiwan reptilia berbisa dan memberi edukasi kepada masyarakat tentang cara-cara ketika berdepan dengan haiwan reptilia berbisa.

Perlahan-lahan nama Panji kembali dikenali di Indonesia semula. Suatu hari ketika beliau berjalan untuk survey di sebuah hutan dalam daerah puwarkata, beliau telah bertemu dengan seekor ular King Cobra bersaiz mega.

Panji mengambil ular itu dan dibawa pulang kerumah untuk diperlihara. Ular itu diberi nama Garaga.

Seekor Ular berbisa yang liar berjaya di jinakkan oleh Panji si Petualang.

Sejak adanya Gara di rumah Panji, nama panji menjadi topik perbualan utama oleh masyarakat Indonesia.

Sejak itu lah ramai Youtuber terkenal pergi ke rumahnya untuk bertemu Garaga berdepan mata.

Panji juga mendapat jemputan ke rancangan TV dan radio.

Dari situ Subscriber di Youtube beliau naik mendadak hingga mencecau 5 juta subscriber.

Panji meneruskan aktiviti beliau dengan mencari ular liar untuk memberi edukasi kepada masyarakat serta menyelamatkan reptilia itu.

Penubuhan Dream Team

Dengan adanya Garaga juga, Panji berjaya menubuhkan Dream Team yang mana pencinta haiwan disatukan menjadi Dream Team.

Mereka bersama dalam menyelamatkan haiwan serta membuat pelbagai aktiviti bersama.

Dalam Dream Team ni ada pencinta Biawak ada pencinta Kura-kura dan macam-macam binatang lain lagi.

 

Namun kerana mendapat perhatian yang meluas, Panji dan Garaga menjadi kambing hitam untuk kejadian-kejadian tidak diingini berkaitan dengan reptilia itu.

Contohnya ada berlaku satu insiden dimana seorang pawang ular meninggal dunia akibat digigit seekor King Cobra.

Kebanyakkan Netizen Indonesia mengatakan kejadian itu berpunca dari ketaksuban masyarakat kepada aktiviti Panji.

Jika difikikan semula, Panji memuatnaik Video berkaitan satwa liar itu hanya untuk memberi edukasi kepada masyarakat tentang bagaimana sekiranya kita berdepan situasi bersama reptilia itu.

Panji juga selalu mengingatkan kepada masyarakat agar tidak meniru aksi beliau kerana itu sangat berbahaya.

Namun dek kerana segala kecaman hingga ada yang menyuruh beliau melepaskan si Garaga.

Panji telah memutuskan untuk melepaskan semula Garaga ke alam.

Ramai juga Netizen dan ahli Dream Team sendiri meminta Panji memikirkan semula keputusan beliau.

Mereka mahu Panji terus menjaga Garaga. Mereka bimbang Garaga tidak mampu hidup di alam kerana telah terbiasa diurus oleh penjaga seperti Panji.

Setelah tiga bulan Panji mencari tempat yang paling sesuai untuk melepaskan Garaga, Panji akhirnya telah menemui lokasi yang paling sesuai untuk Garaga meneruskan kehidupannya di alam.

Garaga Di lepaskan Ke Alam

Ketika tiba hari untuk melepaskan Garaga, Panji terkejut dengan kedatangan Dream Team ke lokasi pelepasan si Kobra gergasi itu.

Mereka menghalang Panji dari melepaskan Garaga. Ada yang mahu berhenti dari Dream Team kerana tidak mahu panji melepaskan Garaga.

Namun Panji berjaya memujuk mereka dengan menjelaskan, beliau melepaskan Garaga bukan desakan dari masyarakat.

Sebaliknya beliau melepaskan Garaga kerana prinsip salam lestari yang beliau selalu pegang. Garaga harus lestari di alam bukan di rumahnya. Tempat sebenar Garaga adalah di alam.

Panji juga meyakinkan bahawa lokasi itu adalah lokasi paling selamat untuk Garaga kerana lokasi itu jauh dari masyarakat dan banyak mitos seram disitu,jadi pemburu haram mungkin tidak akan masuk kesana hanya untuk memburu Garaga.

Panji dan Dream Team berjalan berjam-jam meredah hutan dan sungai yang deras untuk sampai ke lokasi pelepasan.

Di lokasi pelepasan Garaga, Panji memberi tahu kepada rakan-rakannya mengapa lokasi itu menjadi pilihan beliau.

Lokasi itu selamat dari pemburu, mempunyai hutan yang indah, mempunyai sungai untuk sumber air, dan mempunyai ular lain sebagai sumber makanan untuk Garaga.

Setelah mendapat persetujuan dari semua. Maka Garaga telah dilepaskan di sana.

Dan panji berjanji akan melawat Garaga lagi bila ada kelapangan dan sekiranya Garaga tidak aman di sana, Panji akan membawanya pulang ke rumah Panji.

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.