Pep Guardiola dilaporkan menangis di mahkamah ketika isterinya berjaya menceraikannya di mahkamah. Keputusan berpisah itu sebenarnya sudah lama dicapai oleh mereka.
Cuma Pep Guardiola masih cuba untuk mempertahankan rumah tangga yang dia bina. Malangnya ia gagal, kerana isterinya sudah tawar hati dengannya.
Perkahwinan Pep Guardiola berakhir, bukan kerana Guardiola curang atau sebab dia kaki pukul, namun selepas isterinya mendakwa suaminya terlalu rajin bekerja sehingga mampu memiliki rumah agam mewah di Manchester.
Guardiola’s wife wanted a divorce not because he cheated, or was abusive, or a terrible father.
She divorced him because he’s too passionate about his job.
I’m trying to see what the reactions would’ve been like if a man said the same about his wife.
Oh, the meltdown.
— Máfejópamí (@VillageParrot) January 17, 2025
Isteri Guardiola Cristina Serra, kecewa dengan Guardiola yang terlalu fokus kepada bola sepak berbanding keluarga. Perkara itu turut didedahkan oleh seorang rakan rapat jurulatih asal Catalan itu.
Beberapa akhbar Sepanyol melaporkan awal minggu ini bahawa selepas 30 tahun bersama, ketua jurulatih Manchester City dan isterinya telah memutuskan untuk berpisah dalam keputusan yang dibuat semasa musim cuti lalu.
Having finalized his divorce, Guardiola lost his biggest mansion in Manchester and half of his wealth, with most of his properties now going to his wife and children.
Pep left the court in tears as his wife claimed he's too busy with football & doesn't have time for his family💔 pic.twitter.com/cpv8QxO9nX
— Galaxy Sports (@GalaxySports001) January 18, 2025
Pep Guardiola seringkali memuji isterinya dan hubungan rapat mereka semasa sidang media City.
Dia pernah mengakui bahawa dia akan berjaga pada awal pagi ketika isterinya tidur untuk menonton legenda bola keranjang Michael Jordan beraksi pada tahun 1990-an.
Cristina Serra juga wanita paling disayangi Guardiola dan pengurus itu tidak pernah pandang perempuan lain.
Selain itu dia juga memuji Cristina yang membantunya dalam hal berkaitan pakaian melabelkannya sebagai “terbaik di dunia dalam banyak perkara, terutama fesyen”.
Guardiola memberitahu pemberita Januari lalu tentang isterinya, “Dia biasanya berkata kepada saya, jangan pakai ini atau pakai itu, jadi saya ikut. Saya cukup bijak untuk tahu bila orang lebih baik daripada saya, ikut nasihat mereka.”
Walaubagaimanapun, nampaknya komitmen tanpa henti pengurus Manchester City terhadap semangat dan kerjanya di Stadium Etihad telah memberi kesan kepada perkahwinannya.
Bercakap kepada MailOnline minggu ini, seorang rakan rapat Pep Guardiola mendedahkan bahawa perkahwinan jurulatih Catalan itu telah berakhir kerana ‘dia seorang workaholic sepenuhnya’ dan ia ‘memberi kesan’ kepada hubungannya dengan isterinya, Cristina Serra.
Rakan rapat Pep Guardiola dan tidak mahu dinamakan, memberitahu akhbar itu, “Saya fikir mereka telah berjauhan. Dia meninggalkan Manchester kira-kira lima tahun lalu untuk kembali ke Barcelona. Itu telah memberi kesan.”
Rakannya itu menyambung, “Dia seorang workaholic sepenuhnya dan tidak terlibat dalam perniagaan fesyen keluarga mereka bersama mungkin juga telah menjejaskan hubungan mereka.”
Pep Guardiola has finalized his divorce. Reports say he lost his biggest mansion in Manchester and half of his wealth, with most of his properties now going to his wife and children.
His wife claimed Pep was too focused on football and didn’t have time for the family. Pep left… pic.twitter.com/MwogQXsJgS
— Football Factly (@FootballFactly) January 17, 2025
Hasil daripada perceraiannya itu, Cristina Serra dalam proses untuk menuntut separuh daripada kekayaan Guardiola. Ini termasuk rumah mewah di Manchester.
Rumah mewah itu bernilai £8.5 juta. Dan kini Guardiola diarahkan keluar daripada rumah itu dan menetap di rumah kondo baharu bernilai £2.5 juta.
Kebanyakan daripada aset fizikal Guardiola kini bakal menjadi milik bekas isteri dan anaknya. Kerana isterinya lebih mahu menuntut pembahagian itu dalam bentuk aset berbanding bentuk kewangan.
Hasil perkahwinan mereka dikurniakan 3 cahaya mata. Maria, anak sulung kini bergelar influencer di media sosial. Seterusnya anak kedua mereka, Marius dianggap sangat bijak. Pada usianya yang muda dia sudah aktif dalam bidang keusahawanan dan mengendalikan beberapa perniagaan.
@dailymailsport Pep Guardiola’s influencer daughter Maria speaks out after her parents seperation 😮 #pep #guardiola #mancity #football #sport
Yang ketiga, Valentina masih lagi belajar. Dan kesemua anaknya kini berada di bawah penjagaan ibunya.
Kisah Guardiola ini mengingatkan kita kepada Kaka yang diceraikan isterinya kerana terlalu baik dan tak pernah curang.
‘Awak Terlalu Baik Untuk Saya’, Alasan Isteri Kaka Ceraikannya