Di kala banyak negara tengah berusaha mencari formula untuk mengekang covid-19, dan saintis sedang berada di makmal untuk mencari vaksi, Korea Utara pula melancarkan 2 peluru berpandu balistik.
Aktiviti itu dilakukan pada hari ini, di sekitar pantai Timur. Sumber dari Seoul menyebut bahawa peluru peluru berpandu itu ditembak dari wilayah Pyongan Utara ke Laut Jepun, yang juga dikenali sebagai Laut Timur.
Ketua Pegawai Kanan Bersama Korea Selatan menyatakan bahawa Korea Selatan terpaksa melakukan pemantauan tambahan serta kekal bersiap sedia untuk sebarang kemungkinan.
Kementerian Pertahanan Jepun turut menyedari bahawa Korea Utara melancarkan peluru yang dipanggil peluru berpandu balistik itu.
North Korea fires two projectiles into sea https://t.co/EvhQiujuEI
— BBC News (World) (@BBCWorld) March 21, 2020
Namun buat masa ini ianya tidak menjejaskan zon ekonomi eksklusifnya.
Ini bukannya kali pertama Korea Utara melancarkan ujian peluru berpandu di tengah-tengah wabak Covid-19.
Pada awal bulan lalu, mereka melakukan pelancaran yang serupa sebanyak dua kali.
Korea Selatan terus meningkatkan lagi keupayaan senjatanya selepas pertemuan di antara Kim Jong Un dan Donald Trump dalam persidangan di Hanoi pada tahun lalu.
Korea Utara sebelum ini mengesahkan bahawa mereka tiada kes Covid-19 yang disahkan.
North Korea claims it has ZERO cases of coronavirus and claim they have conquered the outbreak https://t.co/GGqgAR3bLx
— Daily Mail Online (@MailOnline) March 18, 2020
Mereka memuji langkah kesemua pihak berwajib yang mampu menangani wabak tersebut daripada menular di negara mereka.
Di seberang pula, Korea Selatan pernah menjadi negara paling teruk terjejas wabak, untuk negara di luar China, sebelum ini.
Namun Korea Selatan sudah dikira berjaya menentang wabak tersebut. Kini wabak tersebut sangat kritikal di Itali. Di mana angka kematian dicatatkan adalah melebihi 4,000 kes.
Semalam Al Jazeera mengesahkan bahawa Itali mencatatkan kematian tertinggi dalam sehari kerana Covid-19 dengan 627 kematian dicatatkan.
Semoga kita semua dapat keluar daripada wabak Covid-19 ini secepat mungkin.