Covid-19: Itali Catat 627 Kematian Dalam Masa Sehari

Pada hari Jumaat, semalam, Itali telah merekodkan 627 kematian baharu kerana koronavirus. Rekod kematian tertinggi dicatatkan dalam masa sehari.

Dan ia membawa kepada rekod baru yang membawa kepada 4,032 kematian, tertinggi di dunia ketika ini dicatatkan dalam satu negara, mengatasi negara China.

Angka terbaru tersebut disahkan oleh Jabatan Perlindungan Awam Itali.

Dan ia menunjukkan bahawa jumlah kes di negara ini terus meningkat mendadak sebanyak 14% daripada kes pada hari Khamis.

Dan kini Itali sudah mencapai lebih daripada 37,860 kes koronavirus.

Pusat episentrum wabak Itali di Lombardy utara, kini dianggarkan ada lebih 2,549 mangsa, lebih separuh daripada keseluruhan yang tercatat di Itali ketika ini.

Oleh kerana kes yang kritikal ini, kerajaan Itali lebih tegas dalam menjalankan langkah-langkah untuk mencegah meeka yang meninggalkan rumah, melanggar peraturan lockdown.

Tentera telah dikerahkan untuk membantu polis meronda dan berkawal di beberapa wilayah dalam usaha untuk mengekang penularan wabak ini daripada menjadi lebih serius.

Kini agak sukar untuk mereka membuka sekolah seperti yang dirancang sebelum ini. Kerajaan sebelum ini menyatakan sekolah akan kembali dibuka pada 3 April.

Dengan keadaan semasa yang melanda, ianya nampak mustahil untuk mereka berbuat demikian.

Manakala waktu perniagaan pasar raya dan aktiviti luaran kini diperketatkan lagi oleh kerajaan.

COVID-19 muncul di Wuhan, China Disember lalu, dan telah merebak ke banyak negara di dunia.

Itali merupakan salah satu daripada negara yang terpaksa mengenakan perintah lockdown.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengisytiharkan wabak koronavirus yang kemudiannya rasmi dikenali COVID-19, sebagai pandemik.

Daripada lebih 254,000 kes yang telah disahkan. Manakala jumlah kematian kini melebihi 10,000.

Namun begitu, lebih daripada 87,000 telah pun pulih, menurut data yang dikumpulkan oleh Universiti Johns Hopkins yang berpusat di A.S.

Rujukan: Al Jazeera

Baca yang lain