Leipzig Dedahkan Man City Sebenarnya Enggan Bayar €100 Juta Untuk Gvardiol

RB Leipzig telah mendedahkan secara terbuka, bahawa rundingan antara Man City dan RB Leipzig untuk Josko Gvardiol sebenarnya masih jauh lagi.

Ianya tidak seperti yang dilaporkan beberapa media termasuk Fabrizio Romano yang menyatakan bahawa pemain itu sangat hampir ke Man City.

Fabrizio Romano melaporkan bahawa rundingan antara Man City dan Leipzig sebelum ini berjalan lancar dan kedua dua pasukan sudah mencapai kata sepakat tentang harga pemain itu.

Namun ketika pemain itu dalam proses akhir untuk menyelesaikan urusan pemeriksaan medikal, telah berlaku ketegangan antara kedua dua pasukan kerana Leipzig dilaporkan kecewa dengan kebocoran maklumat tentang rundingan mereka.

Fabrizio Romano Laporkan Usaha City Mendapatkan Gvardiol Diancam Kegagalan Kerana Fabrizio Romano Sendiri

Leipzig dikatakan marah apabila wartawan seperti Fabrizio Romano melaporkan tentang kesepakatan harga €100 juta antara kedua dua pasukan.

Kini Leipzig mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa tiada kesepakatan dicapai.

BBC Sports melaporkan, RB Leipzig meminta bayaran €100 juta untuk pemain itu untuk menjadikannya pertahanan termahal di dunia. Namun Man City enggan membayar angka itu yang dianggap terlalu tinggi.

RB Leipzig pula merasakan angka €100 juta diminta mereka sebagai munasabah sekali kerana klausa pelepasan pemain itu akan menjadi lebih mahal pada tahun hadapan.

Pengarah Sukan RB Leipzig, Max Eberl turut menafikan bahawa Man City ada membuat bidaan rasmi untuk pemain itu. Kerana Man City enggan menerima tanda harga diletakkan RB Leipzig.

Eberl berkata: “Terdapat terlalu banyak laporan yang ditulis dan dilaporkan tentang Josko Gvardiol baru baru ini telah mengejutkan kami semua.”

“Sebenarnya, situasinya masih terlalu jauh. Seperti yang kamu lihat sekarang, Josko masih berada di sini, jadi semua laporan itu bohong dan tak betul.”

“Dia tidak membuat sebarang pemeriksaan medikal. Bukan itu yang kami tahu. Dan saya tak rasa dia melakukannya di belakang kami kerana dia seorang yang sangat profesional.”

“Tiada kesepakatan dicapai, bahkan tiada kesepakatan dari jarak jauh antara kami.”

Adakah rundingan Josko Gvardiol ini akan gagal?

Pep Guardiola dikatakan sangat berharap Man City akan berjaya mendapatkan pemain antarabangsa Croatia ini yang menjadi sasaran utamanya.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di