Walaupun Malaysia ni suka bergaduh gaduh manja sesama mereka, namun apabila dijentik, orang Malaysia ni akan membentuk platun tentera bawang.
Ingat lagi kes rendang krispi?
Tapi kali ni kita cerita tentang bagaimana tentera bawang Cina Malaysia mengetuai tentera bawang pelbagai kaum Malaysia menembak ahli politik Taiwan bernama Li Zheng Hao.
Dipetik daripada facebook Khairul Azri :
“Cite dia adalah seorang ahli politik Taiwan ni, level ADUN lah kiranya, nama dia Li Zheng Hao dan dia ada buat ulasan pasal Covid19 di Malaysia masa dia keluar TV di Taiwan pada 24/3 yang lalu.”
“Dan dalam rancangan TV tersebut dia sembanglah betapa teruknya keadaan Covid19 kat Malaysia yang sebenarnya tak berapa tepat dan boleh dikategorikan sebagai ‘fake news’ je sebenarnya, di antaranya dia sebut:
1. Polis Malaysia kasar dan ganas dalam handle rakyat Malaysia, dia paparkan video latihan PDRM kononnya itulah cara PDRM menangkap orang awam tak nak mematuhi Lockdown untuk mengambarkan kononnya polis Malaysia ekstrim.
2. Lepastu dia paparkan scene ratusan tong oksigen bersusun yang kononnya keadaan kat hospital ramai teruk gila, padahal video tu video kat Indonesia.
3. Dia juga amik video viral dari Twitter yang memaparkan kakitangan Hospital di Kelantan buat PPE dari plastik sampah kononnya teruk gila dah hospital di Malaysia tak cukup PPE, walhal kan isu PPE ni dah selesai dan ianya hanya sementara saja.
4. Yang paling teruk dia sembang sebab Malaysia ni negara Islam, jadi yang terkorban sebab Covid19 tak boleh dibakar. Dan sebab ramai sangat mati, sampai malam pun orang tanam mayat, dan dia siap kata mayat tu semua tanam tepi jalan..paling kelakar dia bagi alasan dia ingat tepi jalan lah sebab dia tak nampak ada batu-batu kubur besar macam kat jirat Cina. Hahaha.”
“Apapun, bila den tengok benda ni berlaku, ketawa kecil dalam hati pun ada, kita di Malaysia ni boleh kira selalu juga bertikam lidah Cina-Melayu, tapi bila kena buli dengan warga luar, lupa semua gaduh.”
Analogi dia macam adik beradik lah, kat rumah selalu bergaduh macam anjing dengan kucing, datang anak jiran nak buli, dua dua ‘toron’ dia balik, lepas habis toron..balik umah sambung gaduh semula.
Haha. 😆😆”
Terus menembak
Sehingga pukul 8.34 malam tadi pada 29 Mac 2020 terdapat 172 ribu komen yang 99% adalah kecaman.
Ramai masyarakat Cina yang menyatakan bahawa media di Taiwan memang banyak kali menyebar berita tak benar tentang Malaysia.
Ada yang menyatakan, hal Malaysia bergaduh sesama orang kita ni anggap gaduh adik beradik, dan orang luar jangan sesekali nak burukkan Malaysia.
“Mak kau hijau,” ayat wajib rakyat Malaysia ketika meniup semboyan.
Ramai yang meminta permohonan maaf terbuka daripada Li Zheng. Memang silap la kau. Dah la tentera bawang masa ni banyak masa online ni setan.
Lagipun dia lupa ke Malaysia ni ramai orang Cina yang faham apa dia tulis. Kalau tak pun tekan butang terjemahan pada facebook tu.
Malah ada yang menyatakan kalau dia terus berdegil tak minta maaf, siaplah dia orang call pulak.
Lebih baik kau minta maaf, jangan sampai Diva AA masuk line pulak. Korang yang mahu melihat orang Malaysia mempertahankan maruah negaranya yang calar dek kerana mamat Taiwan ni, boleh la ke pautan Facebook ini:
Paling power siap ada shift lagi tu. Tentera bawang Cina Malaysia katanya perlu rehat dulu, sebab tentera bawang Melayu baru masuk shift.
Minta maaf
Namun selepas itu, beberapa jam yang lalu, Li Zheng akhirnya meminta maaf dan menyatakan dia tak cukup periksa akan butiran dan fakta.
Jadi dengan ini tentera bawang Malaysia sudah menang, namun ramai juga masih belum bersurai dari lapangan perang.
Dan ini Episod dua yang dikemaskini:
Politician Taiwan Minta Ampun, Tentera Bawang Tolak, Ikrar Sambung Perang Lepas Makan
Rujukan tambahan: Khairul Azri