Politician Taiwan Minta Ampun, Tentera Bawang Tolak, Ikrar Sambung Perang Lepas Makan

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

Itu pepatah yang sesuai ditujukan kepada seorang ADUN di Taiwan berhama Li Zheng Hao. Segalanya bermula apabila dia memburuk-burukkan nama Malaysia ketika berhadapan krisis covid-19.

Antara benda dia burukkan di depan tv adalah:

Dia menyatakan PDRM di Malaysia bertindak kasar dengan rakyat Malaysia.

Seterusnya mamat ni staf KKM yang bekerja dengan pakai plastik sampah. Sedangkan itu hanya penyelesaian sementara menunggu stok PPE tiba.

Tak cukup dengan itu, dia menyatakan, sebab Malaysia ni negara Islam, jadi orang Cina yang terkorban sebab Covid19 tak boleh dibakar.

Dan sebab ramai sangat mati, sampai malam pun orang tanam mayat, dan dia siap kata mayat tu semua tanam tepi jalan. Mana orang tak panas hati. Korang baca di sini untuk yang tertinggal bas:

Lihat Kaum Cina Kita Ketuai Tentera Bawang Negara Lawan Politician Taiwan Kutuk Malaysia

Ramai rakyat Malaysia yang marah terutama sekali mereka yang berbangsa Cina, sebab mereka yang faham apa yang dikatakan si Li ini.

Tentera bawang menyerang tanpa henti, siap ada shift lagi.

Li: Ampukan aku

Selepas itu, Li Zheng Hao meminta maaf menerusi Facebooknya. Dia mengakui silap kerana tidak meneliti maklumat sebaik baiknya, sebelum bercakap di tv.

Dan dia berharap di masa akan datang, akan lebih berhati-hati dengan berita yang dibacanya.

Li meminta maaf kepada sahabat di Malaysia dan kepada negara Malaysia di atas ketelanjurannya.

Maaf tak diterima

Malang sekali permohonan maaf itu tak diterima. Ini kerana menurut tentera bawang Malaysia, Li Zheng Hao memburukkan Malaysia menerusi siaran tv, maka maaf terbuka hendaklah dalam bentuk video dan menerusi siaran tv.

Bagi mereka permohonan maaf ini tidak cukup selepas kerosakan yang dilakukan Li Zheng Hao.

Li Li May memulakan perangnya dengan lagu Negaraku di ruangan komen.

Ada juga yang meminta Li meminta maaf di tv dan menyuruhnya menukar profesion kerana macam tak kena dengan keperibadiannya.

“Saya percaya ramai orang Malaysia sangat sukakan Taiwan, sama ada pernah ke sana atau tak. Namun Taiwan ni selalu je salah anggap tenyang Malaysia, namun saya fahamlah.”

“Kau tau tak, berapa ramai orang luar yang percaya benda kau cakap ni.”

“Memang susah nak jadi public figure. Dengan satu dua permohonan maaf, dan harap benda ni terus setel?”

“Macamana dengan ramai orang telah kena racun dengan kau? Dan kami pula yang disalah erti, dan bagaimana benda ni mempengaruhi masa depan kami.”

“Maaf kau ni terlalu murah nak diucapkan, tetapi kami [orang Malaysia] tak murah.”

“Kau minta maaf dalam Bahasa Melayu dan bahasa India sekali la, minta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.”

“Eii pesen macam tomok zaman sejarah mungkin berulang [ok ini aku tambah].”

Macam biasa kena ada Mak Kau Hijau.

Dekat Taiwan pun ada gelaran macai.

Ada juga yang meminta Li untuk menyertakan sekali subtitle nanti apabila meminta maaf dekat tv. Sebab orang Malaysia tak semua pandai bahasa Cina.

Ada juga menasihatkan si Li agar siasat dulu sebelum mengeluarkan kenyataan atau nak kondem negara orang – sebagai orang berpengaruh.

“Mak cik Kiah penjual goreng pisang pun tak nak maafkan kau.”

Ternyata rakyat Malaysia benar benar terluka apabila negara kita dicerca. Malah ada yang ajak makan dulu, lepas tu sambung lagi.

“Belum cukup [lagi] dia ni kena, lepas makan malam kita sambung.”

 

Baca yang lain