Setiap kali Sepanyol turun dalam kejohanan besar pasukan ini sarat dengan pemain berbakat. Media dan para peminatnya sering meletakan harapan tinggi. Namun kisah mereka menjulang trofi major pertama akan terus menjadi kisah hebat dunia bola sepak.
Sejak berdekad lepas sebilangan besar pemain utama Sepanyol sering dibarisi pemain dari Real Madrid dan Barcelona.
Di La Liga kedua-dua pasukan ini adalah musuh. Ketika mereka berkumpul dalam kem kebangsaan, mereka sering terbawa-bawa persaingan yang berlaku di kelab.
Penyerang lagenda Real Madrid, Fernando Morientes berkata terdapat ‘jurang’ yang memisahkan pemain dua kelab tersebut. Jurang tersebut kekal wujud sehingga hari ini.
Gerard Pique bersara di peringkat antarabangsa kerana dia sering diejek oleh peminat disebabkan pandangan pemainnya tentang Catalonia.
Luis Enrique melakukan kejutan dan kontroversi apabila tidak menyenaraikan seorang pun pemain dari Real Mardrid termasuk Sergio Ramos. Malah pengurus ini hanya memanggil 24 pemain dari 26 slot yang dibenarkan.
Syarikat perjudian-Arabian Betting hanya meletakan Sepanyol sebagai pilihan ke-6 dan ke-7, ianya agak rendah bagi pasukan seperti Sepanyol.
Adakah Sepanyol boleh melakukan apa yang mereka lakukan sekitar 2010-an dulu?
Imbas kebelakang, walaupun perbezaan berlaku diantara pemain Real Madrid dan Barcelona, namun skuad 2008 tahu mereka perlu meletak ketepi masalah itu.
Sepanyol meraih hasil besar apabila menjuarai kejohanan eropah.
Luis Aragones juga memainkan peranan besar ketika Sepanyol berjaya menakluk eropah. Dia memberi apa sahaja yang pemain perlukan berbanding mengurus pasukan dengan cara kuku besi.
Sebagai contoh, Aragones memberi cuti tambahan kepada pemain selepas menamatkan musim domestik yang memenatkan. Para pemain berpeluang berehat dan menghabiskan masa bersama keluarga sebelum menyertai kem kebangsaan.
Proses Pemulihan De Bruyne Berjalan Lancar Namun Belum Dipastikan Bila Boleh Kembali
SEPANYOL BAHARU
Sekitar tahun 2006 masalah utama Aragones adalah hal taktikal. Aragones tidak menjumpai formula terbaik bagi meraih maksima kemampuan dimiliki Xavi. Xavi merupakan pemain yang mempunyai teknikal terbaik di dunia.
Pendekatan Aragones ketika itu tidak berjaya. Selepas mengalami kekalahan di tangan Ireland Utara, masa depan pengurus ini menjadi tidak selamat.
Aragones akhirnya melakukan satu tindakan yang mengundang kontroversi, pengurus ini menggugurkan nama Raul dan tidak lagi memanggilnya.
Pada usia 29 tahun, Raul merupakan simbol pasukan kebangsaan. Raul sudah bermain 102 kali bersama Sepanyol selama satu dekad dan bertaraf ikon.
Ketika Aragones mengenepikan Raul para wartawan bertindak seolah-olah pengurus tersebut sudah melakukan satu jenayah besar.
Namun Aragones tetap mempertahan tindakannya, ingin melakukan perubahan kedalam skuadnya.
Media dan peminat mula skeptikal dengan Aragones, Sepanyol berdepan perlawanan penting menentang Denmark dalam kelayakan Piala Eropah 2008. Jika kalah Aragones pasti akan mendapat sumpahan besar.
‘Sepanyol baharu’ menampilkan aksi baik, pertahanan muda Sergio Ramos menjaringkan gol ke-2 pasukan dalam kemenangan 3-1.
PIALA EROPAH 2008
Sebelum pertandingan, Sepanyol merupakan pasukan gergasi yang tidak pernah memenangi apa-apa gelaran major seperti Jerman, Itali, Perancis dan England. Sepanyol bukan pasukan pilihan untuk memenangi Piala Eropah 2018.
Pada ketika itu Jerman adalah pasukan pilihan pertama.
Sepanyol tidak menghadapai sebarang masalah di peringkat kumpulan apabila menewaskan Rusia, Sweden dan Greece. Ujian sebenar bermula di peringkat suku akhir, skuad Aragones bertemu Itali.
Itali rata-ratanya dibarisi pemain lebih berpengalaman berbanding Sepanyol, diikat 0-0 sepanjang 120 minit permainan. Pemain muda Arsenal menjadi wira apabila menjaringkan sepakan penalti terakhir.
Seterusnya Sepanyol mudah menewaskan Rusia (3-0) dan bertemu pilihan utama (Jerman) bagi menentukan kejuaraan. Jaringan tunggal dari pemain Liverpool, Fernando Torres meletakan Sepanyol di puncak eropah.
Ia menamatkan kemarau 44 tahun penantian bola sepak Sepanyol menjulang trofi major pertama. Keputusan Aragones mengenepikan ikon bola sepaknya, Raul untuk membina ‘Sepanyol Baharu’ berjaya.
Aragones juga berjaya menyatupadukan pemain Real Madrid dan Barcelona disamping tidak mengamalkan pengurusan kuku besi terhadap pemainnya.
Sumber asal: football-espana