Proses Pemulihan De Bruyne Berjalan Lancar Namun Belum Dipastikan Bila Boleh Kembali

Pasukan Belgium mendapat khabar gembira apabila proses pemulihan Kevin De Bruyne berjalan lancar menjelang kejohanan Piala Eropah 2020.

Bintang Manchester City itu sedang menjalani proses pemulihan bersama pasukan medik Belgium selepas retak tulang hidung-mata akibat bertembung dengan Antonio Rudiger ketika aksi perlawanan akhir Liga Juara Eropah menentang Chelsea.

Ekoran insiden itu De Bruyne terpaksa menjalani pembedahan kecil bagi membetulkan semula tulang hidungnya.

De Bruyne terlepas 2 perlawanan pemanas badan menentang Greece dan Croatia. Sebelum ini pengurus pasukan, Roberto Martinez memberitahu pemain berusia 29 tahun tidak sempat pilih pada minggu pertama kejohanan Eropah.

Namun Martinez tetap menyenaraikan namanya kedalam skuad Belgium bagi menghadapi kejohanan Eropah. Kini De Bruyne sedang bersama rakan-rakan di pusat latihan Belgium sejak Isnin lepas.

Dalam video yang dimuatnaik di halaman rasmi Belgium, De Bruyne cergas walaupun matanya kelihatan hitam.

https://www.instagram.com/p/CP2HDfIoj6E/?utm_source=ig_web_copy_link

Martinez masih boleh memastikan bilakah kondisi De Bruyne benar-benar pulih tetapi gembira dengan proses pemulihan yang dilaluinya.

Martinez berharap kehadiran De Bruyne boleh memberi pengaruh positif kepada Romelu Lukaku dan rakan sepasukan lain.

Ketika ini berlegar cerita De Bruyne akan menggunakan penutup muka apabila turun bermain.

“De Bruyne sudah kembali dan ini berita yang sangat luar biasa. Dia kelihatan bersedia dan sihat. Sudah pasti saya gembira melihat dia tersenyum berjalan ke ruang makan.

“Semalam dia menonton perlawanan Croatia. Saya harap mental De Bruyne terus baik ketika menjalani pemulihan bersama kumpulan medik skuad negara.

“Proses pemulihan berjalan dengan baik. Saat ini masih terlalu awal untuk membuat ramalan (dia sempat pulih atau tidak). Namun saya akan pastikan proses pemulihan dia berjalan lancar.” – kata Martinez

Dr Bruyne merupakan tunjang pasukan yang membawa Belgium ke Piala Eropah 2020. Walaupun hanya tampil 6 kali di pusingan kelayakan namun sumbangannya agak besar.

Dalam 6 Penampilan tersebut, De Bruyne mencetak 4 jaringan dan 7 bantuan. Sumbangan itu membantu Belgium menang dalam semua 10 perlawanan kelayakan.

Rekod tersebut meletakkan Belgium antara salah satu pasukan pilihan pada kejohanan kali ini. Belgium dijadualkan menentang Rusia, Denmark dan Finland dalam aksi peringkat kumpulan G.

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan