Seperti berjanji pula kan, selepas Sanusi mengesahkan dia menyertai kelab EPL, Newcastle United, kini giliran Anwar pula dikaitkan dengan kelab EPL iaitu Manchester United.
Sebenarnya, EPL bukanlah perkara baharu untuk Anwar El Ghazi atau mesra dengan panggilan Deknon. Kerana dia pernah beraksi di Aston Villa sebelum ini.
Man United dilaporkan berminat dengan bekas pemain sayap Aston Villa Anwar El Ghazi, di tengah-tengah ketidakpastian terhadap masa depan Antony dan Jadon Sancho.
Manchester United sedang mengkaji kemungkinan menandatangani bekas pemain sayap Aston Villa, Anwar El Ghazi sebagai sandaran (back up) berpotensi untuk Antony dan Jadon Sancho, lapor Daily Mail.
Pemain Belanda itu boleh ditandatangani secara percuma selepas meninggalkan PSV pada musim panas, walaupun ia juga dipercayai bahawa pemain sayap itu turut ada tawaran di atas mejanya daripada kelab Liga Pro Saudi.
The Daily Mail menulis: “Pengurus Erik ten Hag mempunyai masalah besar di sayap kanan selepas Antony direhatkan sehingga diberitahu kelak berikutan dakwaan bahawa dia menyerang tiga wanita, dan masa depan Sancho di Old Trafford diragui selepas dia mengkritik pengurusnya secara terbuka.”
“Man United sedang mempertimbangkan langkah mengejutkan untuk mendapatkan El Ghazi untuk menggariskan betapa seriusnya mereka mengambil kira situasi dengan Antony dan Sancho yang membuatkan mereka membelanjakan kos keseluruhan sebanyak £158 juta.”
Erik Ten Hag akan bersemuka dengan Jadon Sancho selepas minggu antarabangsa ini. Dan pertemuan itu pastinya sangat penting dalam menentukan kedudukan pemain itu dalam skuad United.
Sancho sebelum ini menyindir Erik Ten Hag sebagai membohong. Ianya selepas kenyataan Ten Hag yang menyatakan Sancho tidak berlatih di tahap terbaik seperti yang dimahukan Man United.
Kenyataan itu dibuat selepas kekalahan Man United di tangan Arsenal, membuatkan Sancho menegaskan bahawa dia sudah lama menjadi kambing hitam di Man United.
Antony masih lagi berjuang melawan kesemua pertuduhan ke atasnya. Dia baru sahaja membongkar mesej dengan salah seorang wanita yang mendakwa dia mangsa keganasan Antony.
Dalam mesej itu ternyata Antony menunjukkan bahawa wanita itu memang intim dengannya, menafikan dakwaan wanita itu bahawa dia cuma kenal Antony atas dasar perniagaan.
Antony Kongsi Screenshot Bukti Perempuan ‘Serah Diri’ Bukannya Dipaksa
United kecewa dengan Deknon
Namun kemaskini terbaru daripada Laurie Whitwell menyatakan bahawa perpindahan Anwar El Ghazi ke Man United mungkin tidak dapat direalisasikan kerana permintaan gaji dan pakej melampau daripada ejen pemain itu.
Mereka benar benar berharap pemain itu meminta gaji yang lebih masuk akal.
Seterusnya, Man United pula ada pilihan seperti Facundo Pellistri dan yakin bahawa Alejandro Garnacho juga boleh bermain di posisi sayap kanan.
Seterusnya, Erik Ten Hag sedia menggunakan Mason Mount dan Bruno Fernandes sebagai pilihan lain untuk posisi tersebut.
#MUFC not interested in Anwar El Ghazi, after proposal by agents. Right-wing options affected by Antony’s withdrawal + Sancho’s situation, but Pellistri was kept with a view to featuring, plus Garnacho could play there. Fernandes/Mount too, if necessary.
— Laurie Whitwell (@lauriewhitwell) September 12, 2023
Keutamaan United ketika ini adalah melabur wang pada kontrak baharu Pellistri. Pemain muda United itu malah memiliki rekod lebih baik daripada El Ghazi di EPL.
Dan inilah peluang untuk dia menyerlahkan dirinya di hadapan penyokong di Old Trafford.
"Inexperienced in the PL" Pellistri at 21 has more appearances for his national team (4) than 28yo PL flop El Ghazi. Amad had 17 G/A in the championship last season. What's the point of braying on about sTaNdARdS when you have no consistency in what counts as sTaNdARdS? 🫠 https://t.co/AT7OLJg36g
— Eternally Red (@eternallymoi) September 12, 2023