Gian Piero Ventura gagal membawa Itali ke pusingan akhir Piala Dunia 2018. Itali ditunjukkan jalan keluar oleh Sweden dalam pusingan playoff selepas hanya menduduki tempat ke-2 peringkat kumpulan.
Luigi Di Biaggio memangku tugas itu buat sementara waktu. Federazione Italiana Giuoco Calcio (FIGC) mengambil masa selama 6 bulan untuk mencari jurulatih baru.
Pada Mei 2018 akhirnya Roberto Mancini dilantik menjadi jurulatih pasukan itu. Dalam tempoh pencarian tersebut nama Carlo Ancelotti dan Antonio Conte juga berada dalam senarai mereka.
Mancini sebelum itu menamatkan penantian selama 44 tahun Manchester City untuk memenangi Liga Perdana Inggeris, menamatkan kontrak secara persetujuan bersama dengan Zenith Saint Petersburg untuk bersama Gli Azzuri.
Tahun pertama pencapaian Mancini agak sederhana apabila hanya merekod 3 kemenangan, 4 seri dan kalah 2 kali di tangan Perancis dan Portugal.
Mancini tidak menoleh kebelakang dan selepas itu Itali mengalami transformasi agak luar biasa. Itali melakukan larian panjang tanpa kalah dalam 27 perlawanan sejak Oktober 2018.
Itali menang kesemua 10 perlawanan kelayakan Piala Eropah 2020, tidak kalah di peringkat kumpulan UEFA Nation League dan akan bermain di peringkat separuh akhir Oktober nanti.
Itali juga menang kesemua 3 perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022.
Itali 4 Rep Czech 0: Gli Azzuri Beri Isyarat Bakal Jadi Calon Kuat Juara Eropah
Mancini mendedahkan sebab mengapa dia mengambil tugas sebagai jurulatih Itali kerana sukakan cabaran. Objektif awalnya ingin mengubah mentaliti para pemain.
Disamping itu Mancini ingin menebus kegagalan bersama skuad Itali ketika bergelar pemain. Mancini mengubah menjadi pasukan yang lebih menyerang.
“Saya menerima tugas sebagai pengurus Itali kerana saya sentiasa sukakan cabaran. Saya ingin menebus kegagalan tidak memenangi apa-apa bersama Itali.
“Saya sedar ramai pemain mempunyai karektor yang kuat. Tidak hanya Bonucci, Chiellini tetapi juga Jorginho dan Barella misalnya.
“Sekiranya mereka tahu apa yang harus dilakukan, mudah untuk terus berurusan dengan mereka.
“Saya bermain selama 20 tahun di peringkat tertinggi, jadi saya boleh memberikan pengalaman saya kepada pemain.
“Peraturan pertama adalah menjaringkan gol dan tidak membenarkan lawan menjaringkan gol, tetapi elemen asas adalah mewujudkan semangat berpasukan.
“Sebab itu semuanya berjalan lancar setakat ini.
“Saya rasa gembira dengan gaya bola sepak kita, selepas selepas 100 tahun dikenali sebagai pasukan bertahan.
“Kita mesti memberikan yang terbaik untuk mengembalikan Itali ke puncak dunia.”
Itali tidak mempunyai cemerlang di Piala Eropah, pasukan ini hanya menang sekali iaitu pada tahun 1968. Tahun dimana bola sepak dunia masih belum memasuki era moden (1992).
Pada era bola sepak moden Itali telah memenangi Piala Dunia (2006), di Piala Eropah Itali hampir menjadi juara 2000 dan 2012 tetapi tewas kepada Perancis dan Sepanyol di perlawanan akhir.
Selain dari Perancis dan Sepanyol, Jerman juga sudah menjulang trofi Piala Eropah pada tahun 1996. Hanya Itali dan England belum meraihnya.