Markah Perpindahan Januari Kelab EPL, Chelsea Gagal, Man United B+, Macamana Dengan Yang Lain?

Jendela perpindahan Januari ditutup secara rasmi dan kelab Liga Perdana tidak boleh menandatangani pemain sehingga musim 2019-20 berakhir.

Januari adalah masa yang amat sukar bagi kelab Liga Perdana untuk menguruskan urusan perpindahan pemain.

Waktu yang singkat dan pelbagai lagi masalah timbul dalam urusan perpindahan pemain dipertengahan musim ini.

Namun masih ada pasukan yang terus memberi tawaran dan membuat rundingan untuk mendapatkan pemain yang mereka hendaki.

Mungkin rundingan itu dibuat untuk jendela perpindahan untuk menghadapi musim baru nanti.

Manchester United menandatangani Bruno Fernandes dari Sporting, Liverpool membawa Takumi Minamino dari Red Bull Salzburg.

Manakala Spurs menghabiskan £ 27 juta untuk menandatangani Steven Bergwijn dari PSV Eindhoven.

Disini kita akan melampirkan senarai pemain keluar masuk untuk jendela perpindahan Januari yang baru sahaja berakhir.

Disamping itu kita juga akan menilai bagaimana sesebuah pasukan itu menghadapi Jendela perpindahan pemain dengan menggunakan skala bermula dari A+ hingga F seperti skala peperiksaan zaman persekolahan.

Nota: Rundingan tertentu mungkin tidak tersenarai dalam senarai ini sekiranya urusan rundingan mereka disahkan lewat.

Arsenal

Masuk

Cedric Soares (Southampton, Pinjaman)
Pablo Mari (Flamengo, Pinjaman)

Keluar

Tyreece John-Jules (Lincoln, Pinjaman)
Emile Smith Rowe (Huddersfield, Pinjaman)
Dinos Mavropanos (Nuremberg, Pinjaman)
Ben Sheaf (Doncaster Rovers, Pinjaman)
Deyan Iliev (Jagiellonia Bialystok, Pinjaman)
James Olayinka (Northampton, Pinjaman)

Rating: B-

Tiada kemasukkan pemain utama untuk Gunners pada bulan ini, tetapi menarik untuk kita lihat bagaimana aksi dan sumbangan yang boleh diberikan oleh pemain pertahanan Sepanyol, Pablo Mari.

Meminjam pemain pertahanan Cedric Soares dari Southampton juga boleh membuktikan antara perniagaan licik dari Mikel Arteta.

Aston Villa

Masuk

Louie Barry (Barcelona, £1M)
Mbwana Samatta (Genk, £10M)
Danny Drinkwater (Chelsea, Pinjaman)
Pepe Reina (AC Milan, Pinjaman)
Borja Baston (Swansea City, Perpindahan percuma)

Keluar

Andre Green (Charlton, Pinjaman)
Jonathan Kodjia (Al-Gharafa, Tidak Didedahkan)
Lovre Kalinic (Toulouse, Pinjaman)
Scott Hogan (Birmingham, Pinjaman)
James Chester (Stoke, Pinjaman)

Rating: A-

Selepas kehilangan Wesley akibat kecederaan jangka panjang, adalah penting untuk Aston Villa menandatangani sekurang-kurangnya satu penyerang baru.

Dean Smith yang menjaringkan 32 gol untuk Genk musim lalu dan Borja Baston seorang pemain yang berpengalaman menjadi pilihan mereka.

Selain itu mereka juga membawa masuk Danny Drinkwater dan Pepe Reina dua pemain perpengalaman untuk memperkuat pasukan.

Louie Barry yang baru berusia 16 tahun adalah prospek yang menarik untuk masa depan pasukan mereka.

Bournemouth

Tiada pemain yang dibawa masuk

Keluar

Mikael Ndjoli (Motherwell, Pinjaman)
Asmir Begovic (AC Milan, Pinjaman)
Brad Smith (Cardiff, Pinjaman)
Jake Scrimshaw (Eastleigh, Pinjaman)
Matt Butcher (St Johnstone, Pinjaman)

Rating: F

Bournemouth berada di kedudukan ke 18 dalam Premier League setakat ini.

Kedudukan yang sangat bahaya untuk tersingkir dari Liga. Mereka sepatutnya membawa masuk sekurang-kurangnya satu atau dua pemain utama sebelum jendela perpindahan ditutup.

Tetapi mereka tidak melakukannya dan sukar untuk mereka mengelak dari tersingkir.

Brighton

Masuk

Aaron Mooy (Huddersfield, £5M)
Tariq Lamptey (Chelsea, £4.5M)

Keluar

Anders Dreyer (Midtjylland, £850,000)
Max Sanders (AFC Wimbledon, Pinjaman)
James Tilley (Grimsby Town, Pinjaman)
Tudor Baluta (ADO Den Haag, Pinjaman)
Gaetan Bong (Nottingham Forest, Pinjaman)
Kacper Lopata (Zaglebie Sosnowiec, Pinjaman)
Bojan Radulovic (Deportivo Alaves B, Pinjaman)
Tom McGill (Crawley Town, Pinjaman)

Rating: D

Sekiranya bukan kerana pembelian lewat Tariq Lamptey dari Chelsea, rating yang akan diberikan  mungkin lebih rendah untuk pasukan Brighton.

Pemain berusia 19 tahun itu adalah seorang pemain yang sangat berbakat.

Aaron Mooy yang pada awalnya pemain yang mereka mahu pinjam tetapi mereka menukarkan kepada urusan pembelian tetap adalah perniagaan yang baik dari Brighton. Tetapi adakah mereka sudah melakukan yang terbaik untuk kekal bertahan di Liga?

Burnley

Masuk

Josh Brownhill (Bristol City, £9M)
Henri Ogunby (Man City, Tidak Didedahkan)

Keluar

Nahki Wells (Bristol City, £5M)
Ryan Cooney (Morecambe, Pinjaman)
Christian N’Guessan (Oldham, Pinjaman)
Adam Phillips (Morecambe, Pinjaman)
Anthony Glennon (Grimsby, Pinjaman)
Scott Wilson (Blyth Spartans, Pinjaman)
Tunde Bayode (Curzon Ashton, Pinjaman)
Josh Benson (Grimsby Town, Pinjaman)

Rating: C-

Menandatangani kapten yang berbakat dari Bristol City Josh Brownhill adalah langkah bijak buat Burnley, dengan pembelian itu mereka boleh menjual Nahki Wells ke arah yang bertentangan dengan nilai £ 5 juta. Kedudukan mereka didalam liga setakat ini juga sudah cukup selesa.

Chelsea

Tiada Pemain Yang Dibawa Masuk

Keluar

Danny Drinkwater (Aston Villa, Pinjaman)
Marc Guehi (Swansea, Pinjaman)
Conor Gallagher (Swansea, Pinjaman)
Victor Moses (Inter Milan, Pinjaman)
Jamal Blackman (Bristol Rovers, Pinjaman)
Tariq Lamptey (Brighton, £4.5M)
Clinton Mola (Stuttgart, Pinjaman)

Rating: E

Chelsea dikaitkan dengan pemain seperti Dries Mertens dan Edinson Cavani dalam jendela perpindahan ini, tetapi Frank Lampard kecewa jendela perpindahan berakhir dengan tangan kosong.

Lampard Frust Dengan Marina, Kegagalan Beli Pemain Membuatkan Chelsea Jadi Underdog

 

The Blues telah mensia-siakan peluang mereka untuk meningkatkan prestasi pasukan bagi memastikan mereka berada didalam kelompok empat teratas.

Mujur saja mereka masih mengekalkan perkhidmatan Olivier Giroud, ada juga pemain penting untuk mereka gunakan bagi meneruskan baki musim ini.

Crystal Palace

Masuk

Cenk Tosun (Everton, Pinjaman)
Scott Banks (Dundee United, Tidak Didedahkan)

Keluar

Sam Woods (Hamilton, Pinjaman)
Giovanni McGregor (Dartford, Pinjaman)
Dion-Curtis Henry (Hampton & Richmond Borough, Pinjaman)
Scott Banks (Alloa Athletic, Pinjaman)
James Daly (Bristol Rovers, Tidak Didedahkan)
Connor Wickham (Sheffield Wednesday, Pinjaman)
Jason Lokilo (Doncaster Rovers, Pinjaman)

Rating: C

Everton membayar £27M untuk Cenk Tosun dua tahun lalu, namun pemain itu tidak mendapat tahap prestasinya yang terbaik.

Sekiranya pemain Antarabangsa Turkey itu dapat kembali persembahan terbaiknya di Selhurst Park sudah pastinya Crystal Palace sangat beruntung.

Menandatangani pemain muda berusia 18 tahun dan berbakat besar seperti Scott Banks adalah rundingan yang sangat menarik.

Wolves

Masuk

Leonardo Campana (Barcelona SC, Tidak Didedahkan)
Nigel Lonwijk (PSV Eindhoven, Tidak Didedahkan)
Enzo Loiodice (Dijon, Pinjaman)
Daniel Podence (Olympiacos, £17M)
Luke Matheson (Rochdale, £1M)

Keluar

Elliot Watt (Carlisle, Pinjaman)
Ivan Cavaleiro (Fulham, Tidak didedahkan)
Patrick Cutrone (Fiorentina, Pinjaman)
Connor Ronan (Blackpool, Pinjaman)
Rafa Mir (Huesca, Pinjaman)
Harry Burgoyne (Shrewsbury, Tidak Didedahkan)
Jordan Graham (Gillingham, Pinjaman)
Benny Ashley-Seal (Accrington, Pinjaman)
Luke Matheson (Rochdale, Pinjaman)
Ryan Giles (Coventry City, Pinjaman)
Ryan Bennett (Leicester City, Pinjaman)

Rating: A-

Wolves telah menandatangani beberapa orang pemain yang sangat menarik, termasuk pemain berusia 17 tahun Luke Matheson, yang akan kembali ke Rochdale dengan pinjaman hingga akhir musim.

Daniel Podence, Enzo Loiodice dan Leonardo Campana adalah pemain yang boleh memberi impak di Molineux dalam beberapa bulan yang akan datang.

Everton

Masuk

Jarrad Branthwaite (Carlisle, Tidak Didedahkan)

Keluar

Kieran Dowell (Wigan, Pinjaman)
Callum Connolly (Fleetwood, Pinjaman)
Cenk Tosun (Crystal Palace, Pinjaman)
Morgan Feeney (Tranmere, Pinjaman)
Lewis Gibson (Fleetwood, Pinjaman)
Antony Evans (Paderborn, Tidak Didedahkan)
Jonas Lossl (Huddersfield Town, Pinjaman)

Rating: D

Secara adilnya Everton menghabiskan banyak wang pada musim panas lalu. Jadi tidak hairanlah mereka hanya membawa masuk seorang pemain sahaja untuk jendela perpindahan Januari ini.

Jarrad Branthwaite, 17, adalah prospek masa depan mereka dan bukan untuk kepentingan pasukan masa sekarang. Mereka sudah mempunyai skuad yang kelihatan lebih baik untuk mencabar kedudukan 10 terbaik Liga.

Jadi keputusan mereka untuk tidak membawa masuk pemain utama untuk jendela perpindahan kali ini adalah keputusan yang bijak.

Leicester City

Masuk

Ryan Bennett (Wolves, Pinjaman)

Keluar

Raul Uche (Real Valladolid, Tidak Didedahkan)
George Thomas (ADO Den Haag, Pinjaman)
Andy King (Huddersfield, Pinjaman)
Admiral Muskwe (Swindon, Pinjaman)
Kiernan Dewsbury-Hall (Blackpool, Pinjaman)
Mitchell Clark (Port Vale, Pinjaman)
Filip Benković (Briston City, Pinjaman)

Rating: C+

Mengapa mencuba untuk membetulkan sesuatu yang tidak rosak? Leicester berada di tangga ketiga dalam jadual Liga Perdana dengan pemain yang cemerlang.

Brendan Rodgers tidak mahu mengganggu rentak dan corak permainan dengan membawa satu atau dua bintang baru di pertengahan musim ini, tetapi menandatangani Ryan Bennett secara pinjaman dari Wolves kelihatan seperti perniagaan yang pintar.

Liverpool

Masuk

Takumi Minamino (Red Bull Salzburg, £7.25M)
Joe Hardy (Brentford, Tidak Didedahkan)

Keluar

Herbie Kane (Hull, Pinjaman)
Rhian Brewster (Swansea, Pinjaman)
Isaac Christie-Davies (Cercle Brugge, Pinjaman)
Allan Rodrigues de Souza (Atletico Mineiro, Tidak Didedahkan)
Nathaniel Phillips (Stuttgart, Pinjaman)
Daniel Atherton (Marine)

Rating: B+

Sangat tidak masuk akal sekiranya Jurgen Klopp mahu membuat perubahan besar pada jendela perpindahan Januari ini. Pasukannya hanya kehilangan dua mata sahaja dalam liga sepanjang musim ini.

Mereka telah memecahkan pelbagai rekod, dan hampir pasti untuk mengangkat trofi Liga Perdana dalam masa terdekat ini.

Takumi Minamino adalah pembelian bijak yang akan memainkan peranannya dalam membantu Liverpool untuk beraksi lebih baik.

Manchester City

Tiada Pemain Yang Dibawa Masuk

Keluar

Patrick Roberts (Middlesbrough, Pinjaman)
Lukas Nmecha (Middlesbrough, Pinjaman)
Angelino (RB Leipzig, Pinjaman)
Henri Ogunby (Burnley, Tidak Didedahkan)
Ian Poveda (Leeds United, Tidak Didedahkan)

Rating: C-

Manchester City jelas antara pasukan yang serba lengkap dari pemain utama hingga pemain simpanan mereka.

Akan tetapi Pep Guardiola mungkin sepatutnya mencari seorang pemain pertahanan tengah untuk memperkuat dan menggantikan pemain sedia ada yang cedera.

Manchester United

Masuk

Nathan Bishop (Southend, Tidak Didedahkan)
Bruno Fernandes (Sporting Lisbon, £47M)
Odion Ighalo (Shanghai Shenhua, Pinjaman)

Keluar

Ethan Hamilton (Bolton, Pinjaman)
Ashley Young (Inter Milan, £1.3M)
Alex Fojticek (Stalybridge Celtic, Pinjaman)
Max Taylor (Stalybridge Celtic, Pinjaman)
Marcos Rojo (Estudiantes, Pinjaman)
Cameron Borthwick-Jackson (Oldham, Pinjaman)

Rating: B+

Penyokong Manchester United gembira dengan penandatanganan Bruno Fernandes, sementara itu mereka juga sangat gembira dengan ketibaan penyerang baru.

Walaupun penyerang itu adalah Odion Ighalo. Namun mereka mungkin sedikit terkilan kerana gagal mendapatkan Erling Haaland yang kini semakin menjadi-jadi di Dortmund.

https://twitter.com/MUFCScoop/status/1223381051604598788?s=19

Newcastle United

Masuk

Valentino Lazaro (Inter Milan, Pinjaman)
Nabil Bentaleb (Schalke, Pinjaman)
Danny Rose (Spurs, Pinjaman)

Keluar

Kelland Watts (Mansfield, Pinjaman)
Rolando Aarons (Motherwell, Pinjaman)

Rating: B

Mendapatkan Danny Rose, Nabil Bentaleb dan Valentino Lazaro secara pinjaman sehingga akhir musim bermakna penyokong Newcastle United boleh agak bergembira dengan jendela perpindahan Januari kelab mereka.

Rose, khususnya, adalah seorang pemain yang sangat baik untuk membantu memperbaik pasukan mereka.

Norwich City

Masuk

Ondrej Duda (Hertha Berlin, Pinjaman)
Lukas Rupp (Hoffenheim, Tidak Didedahkan)
Sam McCallum (Coventry, Tidak Didedahkan)
Melvin Sitti (Sochaux-Montbeliard, Tidak Didedahkan)

Keluar

Anthony Spyrou (Dilepaskan)
Carlton Morris (MK Dons, Pinjaman)
Akin Famewo (St Mirren, Pinjaman)
Philip Heise (FC Nurnberg, Pinjaman)
Dennis Srbeny (Paderborn 07, Tidak Didedahkan)
Rocky Bushiri (Sint-Truiden, Pinjaman)
Louis Lomas (Tampa Bay Rowdies, Pinjaman)
Louis Thompson (MK Dons, Pinjaman)
Timi Odusina (Hartlepool, Pinjaman)
James Husband (Blackpool, Tidak Didedahkan)
Simon Power (King’s Lynn, Pinjaman)
Sam McCallum (Coventry, Pinjaman)
Caleb Richards (Yeovil Town, Pinjaman)

Rating: C

Norwich telah melakukan beberapa urusan perniagaan yang agak munasabah, tetapi sama ada ia akan mencukupi untuk mengekalkan mereka di Liga Perdana masih harus dilihat.  Pada masa ini mereka masih Enam mata dari zon selamat.

Sheffield United

Masuk

Sander Berge (Genk, £22M)
Jack Robinson (Nottingham Forest, Tidak Didedahkan)
Jack Rodwell (Bebas)
Panos Retsos (Bayer Leverkusen, Pinjaman)
Richairo Zivkovic (Changchun Yatai, Pinjaman)

Keluar

Richard Stearman (Huddersfield, Percuma)
Tyler Smith (Rochdale, Pinjaman)
Harry Sheppeard (Steel Phalt Academy, Pinjaman)
Ben Heneghan (Blackpool, Pinjaman)
David Parkhouse (Stevenage, Pinjaman)
Callum Robinson (West Brom, Pinjaman)
Kean Bryan (Bolton, Pinjaman)
Marcus Dewhurst (Carlisle, Pinjaman)
Ravel Morrison (Middlesbrough, Pinjaman)

Rating: B+

Sander Berge sangat berharga dan mempunyai keupayaan untuk memberi impak besar di Bramall Lane.

Pemain lain yang dibawa masuk juga kelihatan baik. Jack Rodwell antara pemain yang akan diberi tumpuan dalam meneruskan baki musim ini.

 

Southampton

Masuk

Kyle Walker-Peters (Tottenham, Pinjaman)

Keluar

Maya Yoshida (Sampdoria, Pinjaman)
Christoph Klarer (SKN St Polten, Pinjaman)
Josh Sims (New York Red Bulls, Pinjaman)
Kayne Ramsay (Shrewsbury, Pinjaman)
Cedric Soares (Arsenal, Pinjaman)
Harry Hamblin (Macclesfield Town, Tidak Didedahkan)
Callum Slattery (De Graafschap, Pinjaman)

Rating: D+

Southampton telah berjaya menggantikan Cedric Soares dengan Kyle Walker-Peters. “The Saints” kini dalam kedudukan kesembilan dalam Liga Perdana.

Satu kedudukan yang positif setelah pasukan mereka menunjukkan aksi yang baik dalam beberapa perlawanan terakhir sebelom dibelasah Liverpool baru-baru ini. Ralph Hasenhuttl tentunya berpuas hati dengan apa yang telah dimilikinya.

Tottenham

Masuk

Giovani Lo Celso (Real Betis, £27M)
Gedson Fernandes (Benfica, Pinjaman)
Steven Bergwijn (PSV Eindhoven, £27M)

Keluar

Jack Clarke (QPR, Pinjaman)
Paris Maghoma (Brentford, Tidak Didedahkan)
Christian Eriksen (Inter Milan, £17M)
Kyle Walker-Peters (Southampton, Pinjaman)
Cameron Carter-Vickers (Luton, Pinjaman)
Danny Rose (Newcastle, Pinjaman)
TJ Eyoma (Lincoln City, Pinjaman)
Anthony Georgiou (Bolton, Pinjaman)
Kazaiah Sterling (Leyton Orient, Pinjaman)
Shilow Tracey (Macclesfield Town, Pinjaman)
Tashan Oakley-Boothe (Stoke City, Tidak Didedahkan)

Rating: B+

Jose Mourinho mungkin tidak mendapat penyerang yang dikehendakinya, tetapi Gedson Fernandes dan Steven Bergwijn kelihatan seperti pembelian hebat untuk Tottenham.

Menandatangani Giovani Lo Celso secara tetap juga penting dan menarik untuk dilihat.

Watford

Masuk

Joao Pedro (Fluminense, Tidak Didedahkan)
Ignacio Pussetto (Udinese, £7M)
Myles Roberts (Reading, Tidak Didedahkan)
Teddy Perkins (Tidak Terikat)

Keluar

Dimitri Foulquier (Granada, Pinjaman)
Sebastian Prödl (Dibebaskan)
Marvin Zeegelaar (Udinese, Tidak Didedahkan)
Alex Jakubiak (St Mirren, Pinjaman)
Pontus Dahlberg (FC Emmen, Tidak Didedahkan)

Rating: C

Watford telah membawa masuk beberapa pemain yang hebat. Ia akan menjadi menarik untuk dilihat sama ada mereka boleh menyelamatkan Hornets dari zon penyingkiran pada minggu-minggu akan datang atau tidak.

West Ham

Masuk

Darren Randolph (Middlesbrough, Tidak Didedahkan)
Tomas Soucek (Slavia Prague, Pinjaman)
Jarrod Bowen (Hull City, £20M)

Keluar

Nathan Holland (Oxford, Pinjaman)
Roberto (Alaves, Pinjaman)
Martin Samuelsen (Hull, Tidak Didedahkan)
Dan Kemp (Stevenage, Pinjaman)

Rating: C+

Walaupun West Ham sedikit terlewat namun akhirnya mereka berjaya menandatangani Jarrod Bowen dari Hull City sejurus sebelum jendela pemindahan ditutup.

Hal Itu menaikkan rating mereka dari D ke C +. Tetapi mampukah memberi aksi yang padu untuk West Ham?

 

Baca yang lain

Real Madrid Pantau Trent Alexander Arnold

Fabrizio Ronano melaporkan bahawa Real Madrid memantau secara dekat perkembangan kontrak Trent Alexander Arnold kerana kelab itu berminat mahu mendapatkannya. Kontrak semasa

Buffon Mahu Saiz Tiang Gol Ditambah

Bekas pemain Juventus dan Itali yang berstatus legenda dunia, Gianluigi Buffon pernah menyatakan pandangannya agar saiz tiang gol yang ada ditambah lagi.