Menurut kajian oleh Ticket Gum: Gol Lionel Messi ke atas Real Madrid pada 2017 telah menjadi gol yang paling banyak tontonan di YouTube.
YouTube antara medium terbaik untuk para peminat bola sepak menonton kembali gol gol yang cantik dan menjadi kegemaran mereka.
Berikut adalah 10 senarai gol paling banyak tontonan di YouTube.
Messi power
Gol kemenangan 3-2 pada minit akhir Lionel Messi ke atas Real Madrid dalam el Clasico telah membuatkan Santiago Bernabeu tergamam.
Beliau juga meraikan gol itu dengan keraian ikonik.
Ianya telah menarik 40 juta tontonan setakat ini. Dalam senarai 10 teratas oleh Ticket Gum, terdapada 3 gol Messi yang berjaya memasuki carta.
Walaupun gol solo Diego Maradona diiktiraf gol terbaik sepanjang zaman oleh FIFA, namun gol kontroversi ‘Hand of God’ beliau telah menjadi pilihan peminat dan berada di tangga keempat dengan 9.1 juta tontonan.
Mungkin kerana kontroversi di dalamnya membuatkan orang banyak menontonnya kembali.
Seterusnya, gol ‘Agueroooooo!’ masa kecederaan berhadapan QPR yang membantu Man City juara liga pada minit aakhir telah menarik 2.2 juta tontonan dan berada di ranking ke-10.
https://youtu.be/lGhYIX_Vs5I
Gol UFO Free-kick Roberto Carlos yang mencabar hukum fizik pada 1996, telah berada di tangga kedua dengan 24.5 juta tontonan.
Gol sensasi David Beckham di Old Trafford ke atas Greece pula berada di tangga ketiga dengan 15.1 juga tontonan.
Gol libasan dari tengah padang Zlatan Ibrahimovic ke atas England pada 2012 berada di tangga keenam dalam senarai.
Beliau menewaskan Joe Hart dengan cara yang sangat kejam dan melemaskan.
Selain itu, gol penjaring terbanyak sepanjang zaman Man United – Wayne Rooney – ke atas Man City pula berada di tangga kelapan. Rooney melakukan bicycle kick yang sangat cantik dalam aksi derbi.
Gol voli cantik oleh Zinedine Zidane pula berjaya menarik 3.3 juta tontonan. Aksi ketika berhadapan dengan Bayer Leverkusen di final UCL 2002.
Berikut adalah senarai penuh 10 teratas berdasarkan kajian oleh Ticket Gum:
1. Lionel Messi vs Real Madrid in 2017 – 40 juta tontonan di YouTube
2. Roberto Carlos vs France in 1997 – 24.5 juta tontonan di YouTube
3. David Beckham vs Greece in 2001 – 15.1 juta tontonan di YouTube
4. Diego Maradona vs England in 1986 – 9.1 juta tontonan di YouTube
5. Lionel Messi vs Getafe in 2007 – 8.5 juta tontonan di YouTube
6. Zlatan Ibrahimovic vs England in 2012 – 7.5 juta tontonan di YouTube
7. Lionel Messi vs Bayern Munich in 2015 – 4.8 juta tontonan di YouTube
8. Wayne Rooney vs Manchester City in 2011 – 3.8 juta tontonan di YouTube
9. Zinedine Zidane vs Bayer Leverkusen in 2002 – 3.3 juta tontonan di YouTube
10. Sergio Aguero vs QPR in 2012 – 2.2 juta tontonan di YouTube
Jadi, mana satu pilihan utama anda? Dan ada lagi tak cadangan yang lain untuk ditonton?
Sumber: Sportsbible