Mi 10 Pro Adalah Galaxy S20 Versi Murah

Xiaomi sudah pun melancarkan telefon pintar Mi 10 Pro mereka.

Dan jika anda membaca spesifikasinya, ianya seperti anda akan terasa pernah terbaca di tempat lain.

Mana taknya, apabila spec kepada Mi 10 Pro mirip kepada Samsung Galaxy S20.

Mi 10 Pro hadir dengan skrin AMOLED sebesar 6.67 inci dengan lengkungan. Ianya juga memikiki refresh rate 90Hz.

Samsung Lancarkan Galaxy S20, Dengan Kamera 108MP, Zoom 100x

Dari segi cip pemprosesan, Mi 10 Pro hadir dengan Qualcomm Snapdragon 865.

Ia juga memiliki kombinasi kamera quad – 108/20/12/8-megapixe – dengan 10x hybrid zoom . Dan boleh merakan video 8K.

Kamera selfie adalah 20MP. Ada dua pilihan RAM iaitu 8GB ataupun 12GB, dengan storan 256GB ataupun 512GB.

Seterusnya, Mi 10 Pro juga menyokong 5G. Dikuasakan bateri 4,500mAh  dengan pengecasan pantas 50W, wireless charging, serta reverse wireless charging.

Kesemua spec di atas sangat hampir dengan Samsung S20 Plus. Cuma bezanya, S20 Plus memiliki refresh rate 120Hz.

Namun dari segi kamera ni memang agak berbeza walaupun kedua duanya menggunakan kamera utama 108MP.

Kerana biasanya telefon seperti Samsung ni akan lebih bagus dari segi performance kamera mereka. Itu pandangan awal la.

Cuma, jika korang mencari telefon pintar yang lebih murah dan hampir dengan Galaxy S20, pastinya Mi 10 Pro ini boleh anda pertimbangkan.

Harga Mi 10 Pro bermula dengan US$716 (RM2,965) untuk versi 8GB RAM/256GB; US$788 (RM3,263) untuk versi 12GB RAM/256GB ; serta US$860 (RM3,562) untuk versi 12GB RAM/512GB.

Harganya pasti agak mahal untuk standard Xiaomi. Tetapi kalau nak dibandingkan dengan Samsung S20, ini harganya:

USD999 (sekitar RM4128) untuk S20 5G, USD1199 (sekitar RM4954) untuk S20+ 5G dan USD1399 (sekitar RM5781) untuk S20 Ultra 5G.

Selain daripada itu, Xiaomi turut melancarkan Mi 10, dengan kamera 108MP juga. Namun ianya tiada lensa telefoto, dan cuma ada lensa ultrawide 13MP.

Namun Mi 10 ada kapasiti bateri lebih besar dengan 4,780mAh dengan pengecasn pantas  30W.

Harganya bermula denganUS$572 (RM2,369) untuk versi 8GB RAM/128GB. Dan model yang paling berkuasa 12GB RAM/256GB berharga US$673 (RM2,787).

Namun harga tu lain negara, lain harganya ye. Cuma nak bagi nilai pada hari pelancaran untuk korang buat anggaran.

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.