Netizen Terharu Dengan Ucapan Tahniah Federer Kepada Nadal Yang ‘Classy’

Rafael Nadal semalam menang Terbuka Perancis Roland Garros menewaskan Novak Djokovic.

Pemain veteran itu menang dengan straight set ke atas pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic.

Kejuaraan itu juga menyaksikan Nadal kini menyamai rekod Grand Slam dimiliki Roger Federer dengan 20 kejuaraan.

13 daripadanya adalah dari Rolland Garros yang merupakan tempat bertahta Raja Tanah Liat itu.

Nadal menganggap ia kejayaan yang sukar beliau percayai. Dengan kariernya yang sebelum ini ada turun naik serta usianya yang semakin lanjut, Rafael Nadal tidak pernah terfikir untuk memenangi satu lagi Roland Garros.

Seteru utama Nadal, Roger Federer memberikan ucapan yang menyentuh perasaan ramai netizen dan peminat.

Permusuhan di antara Roger Federer dan Nadal digelar Fedal Rivalry oleh peminat tenis. Dianggap perseteruan terbesar dalam sejarah tenis.

Namun selepas kedua duanya berada di fasa akhir  karier, Nadal dan Fedex bersahabat baik.

Fedal: Kisah Perseteruan Terbesar Arena Tenis – Dari Lawan Kepada Kawan

Federer memberikan penghormatan kepada seteru dan rakannya itu. Dan mendedahkan betapa perseteruan dengan Nadal membantunya untuk terus meningkatkan dirinya selama ini.

Federer menulis di ruangan media sosialnya:

“Saya sentiasa sangat menghormati rakan saya Rafa sebagai insan dan juga sebagai juara.”

“Sebagai seteru terhebat saya dalam banyak tahu, saya percaya kami saling menolak satu sama untuk menjadi pemain yang lebih baik.”

“Dan juga, ianya satu penghormatan sebenar untuk saya mengucapkan tahniah kepadanya di atas kejuaraan Grand Slam ke-20.”

“Ianya sangat istimewa dan sekarang ini dengan luar biasanya memenangi Roland Garros 13 kali, di mana ianya salah satu pencapaian teragung dalam sukan.”

“Saya juga nak ucapkan tahniah kepada pasukannya, kerana tidak ada siapa mampu melakukan semua ini seorang diri.”

“Saya harap 20 hanyalah satu langkah untuk meneruskan perjalanan untuk kami berdua.”

“Syabas Rafa, kamu berhak memenanginya.”


 

Perkembangan berkaitan: Nadal Raja Tanah Liat Julang Roland Garros Ke-13 Dan Grand Slam Ke-20

Rafael Nadal memenangi Grand Slam Terbuka Perancis 2020 setelah menewaskan Novak Djokovic, 6-0, 6-2 dan 7-5 pada aksi final di Stadium Roland Garros.

Pemain tenis yang bergelar raja tanah liat, memperoleh gelaran karier ke-13 di Terbuka Perancis. Beliau agak overpower dalam pertemuan dengan Djokovic kali ini.

Joker gagal memberikan saingan kepada Nadal dalam dua set pertama. Dan hanya kelihatan memberikan persaingan pada set ketiga. Namu  Nadal terlalu unggul dengan aksi yang sangat agresif.

Kemenangan ke atas Djokovic kali ini memastikan Nadal memenangi 20 trofi dalam acara Grand Slam. Selain 13 gelaran di Terbuka Perancis, Nadal juga memiliki trofi Terbuka Australia, Terbuka AS dan Wimbledon dalam kariernya.

Dengan rekod luar biasanya di terbuka Perancis, Nadal kini mencatat 100 kemenangan dan hanya dua kekalahan.

Beliau juga mengekalkan statusnya yang langsung tak mampu digugat iaitu sebagai raja tanah liat.

Novak Djokovic memberikan penghormatan beliau di atas pencapaian seterunya itu.

Nadal menyatakan bahawa beliau sudah tidak meletakkan harapan yang tinggi dalam kejohanan kali ini. Apatah lagi memikirkan untuk memenangi satu lagi Roland Garros dalam kariernya.

Dengan kemenangan Nadal kali ini bermakna beliau sudah memiliki 20 kejuaraan Grand Slam, terikat dengan Roger Federer.