Gary Neville mengecam polisi perpindahan Manchester United. Di mana pasukan tersebut tidak membeli wing kanan yang berkelas dunia.
United terlepas peluang menandatangani Jadon Sancho. Dan kelab memberikan Ole Gunnar Solskjaer seorang lagi pemain tengah iaitu Donny Van De Beek.
Sebelum ini, laporan menyatakan Man United sebenarnya tidak menandatangani walau seorang pun pemain sasaran utama Ole Gunnar Solskjaer.
Donny Van De Beek mungkin dalam senarai kelompok sasaran kedua Ole.
Kesannya Man United berdepan dengan masalah longgokan terlalu ramai pemain tengah.
Neville percaya, itu antara sebab kenapa Ole Gunnar Solskjaer terpaksa bermain dengan sistem diamond.
Neville menegaskan sistem itu kurang menjadi untuk United dan mereka masih perlukan pemain sayap kanan yang berkualiti.
Neville berkata:
“Anda mempunyai enam pemain tengah di kelab: Nemanja Matic, Fred, Scott McTominay, Bruno Fernandes, Donny Van de Beek dan Paul Pogba dan entah bagaimana anda harus memasukkan mereka ke dalam sistem, yang memaksa Ole bermain sistem berlian.”
“Saya rasa ada elemen dia berfikir dia hanya boleh meletakkan empat pemain di berlian itu dan ia akan berjaya setelah apa yang berlaku pada pertengahan minggu [dalam UCL] tetapi Scott McTominay di sebelah kanan tidak berfungsi langsung setelah lima minit.”
Bekas bintang Manchester United itu menambah:
“Anda harus selesa bergerak ke kawasan sayap; Aaron Wan-Bissaka agak tak selesa pada bola di bek kanan, jadi anda memerlukan seseorang untuk mengimbanginya, dan keseimbangan di sebelah kanan adalah masalah sebenar bagi United. ”
“Ketika Greenwood pergi ke atas, itu lebih teruk lagi.”
“Mereka mahu Jadon Sancho jelas bermain di bahagian itu, dan ia kelihatan kesilapan yang sangat teruk yang nyata kerana tidak mendapatkan pemain di posisi itu direkrut.”
“Mengubah sistem, pemain, mempunyai ramai pemain dalam satu kedudukan dan tidak lain tidak bukan ia adalah masalah sebenar.”
Manchester United memburu khidmat Jadon Sancho semasa jendela perpindahan tetapi tidak pernah berjaya memuktamadkan perjanjian dengan Borussia Dortmund.
The Red Devils tidak mahu membayar angka diminta pasukan Bundesliga dengan harga €120 juta.
Kelab Jerman itu juga telah menetapkan tarikh akhir 10 Ogos untuk perpindahan berlaku – hampir 2 bulan sebelum jendela ditutup.
United masih dikaitkan dengan Sancho untuk jendela perpindahan akan datang.
Agak menarik kerana dalam analisis sebelum ini saya menekankan masalah pada sistem diamond United yang tidak fluid. Neville menekankan perkara yang sama. Dan dia lebih bertumpu kepada McTominay.
Korang boleh baca analisis di sini:
Analisis Taktikal: Bagaimana Tweaks Pada Diamond Ini Membuatkan Man United Hilang Arah