Analisis Taktikal: Bagaimana Tweaks Pada Diamond Ini Membuatkan Man United Hilang Arah

Manchester United kini memulakan musim EPL 2020/21 dengan penuh pancaroba. Mereka masih belum menang sebarang aksi di Old Trafford.

Bukankah Theatre Of Dreams itu simbol fortress dan kubu kebal Man United? Arsenal tidak pernah membawa pulang 3 mata dari Old Trafford sejak 2006.

Dan Arsenal merupakan pasukan big six yang agak teruk rekod kunjungan mereka ke markas big six yang lain.

Namun semuanya terlerai semalam. Arsenal menang pertama kali di Old Trafford selepas 14 tahun, badi diakhiri oleh pemain berjersi 14, Pierre Emerick Aubameyang.

Struktur permulaan

Ole Gunnar Solskjaer menggunakan sistem 4-4-2 diamond dalam perlawanan ini.

Manakala Arsenal bermula dengan sietem 3-4-3. Arteta selalu sahaja bermasalah dengan sistem back 3 dalam perlawanan besar.

Namun kali ini Arsenal jelas lebih baik dari segi teamplay. Ada dua faktor utama; pertamanya, Thomas Partey dan Elneny bermain lebih bagus di tengah, dan keduanya, Man United memang bercelaru.

Isu diamond Man United

Sebenarnya masalah utama diamond Man United ini adalah sistem rotation yang aktif dengan memberikan rotation yang aktif di antara Bruno Fernandes dan Pogba.

Sampaikan satu ketika saya pun tak pasti siapa sebenarnya spear / bucu kepada diamond Man United ini.

Ini adalah posisi asas diamond mereka yang berharap agar Fernandes menjadi outlet bola kepada Rashford dan Greenwood.

Namun sebenarnya Pogba dan Fernandes diberikan peranan bebas yang hampir sama pada dasarnya. Membuatkan sistem diamond mereka perlu fluid.

Itu tidak berlaku kerana mereka masih tercari cari fluiditi itu.

Lihat heatmap Pogba dan Fernandes di sini, ianya hampir sama wilayah jelajahan mereka.

Bila perkara ini berlaku, makan tercetus confusion dalam beberapa situasi. Siapa titik fokal utama mereka di belakang serangan?

Saya percaya orang itu adalah Fernandes. Namun beberapa kali Fernandes tidak berada di posisi no.10 dan berada di posisi yang dia selesa iaitu no.8.

Jelas Ole Gunnar Solskjaer bereksperimentasi pada masa yang tak sepatutnya.

Lihat di sini, Pogba ‘berebut’ zon posisi no 10 ataupun diamond spear dan dia menyedari ruang di sisi diamond sangat luas dan berlari ke sana.

Apa yang berlaku sistem ini meletihkan Pogba dan Fernandes kerana mereka kerapkali berada di posisi salah dan terpaksa cover balik.

Harapan Ole adalah pemain dapat bermain fluid dan memahami antara satu sama lain. Maaf untuk menyelitkan contoh Liverpool di sini, tetapi itulah sistem tengah antara contoh bagaimana pemain boleh bergerak fluid di tengah dengan rakan mereka tahu apa patut buat.

Selepas tamat perlawanan Ole mempertahankan formasinya dan dia menembak pemain yang gagal melaksanakan dengan lebih baik. Ini merujuk kepada, dia tak nampak pemain faham apa yang dia mahukan di atas padang.

Dengar di sinii:

Lebih berkait dengan keletihan Pogba dan Fernandes, kedua dua pemain gagal memberikan output. Fernandes dikeluarkan lebih awal dan Pogba pula dengan selamber menyatakan dia melakukan tackle kotor memberikan penalti kerana keletihan.

Itu memang bukan alasan yang bijak, tetapi memang dia keletihan.

Namun harus diingat mereka juga bermain sistem diamond ketika membelasah Leipzig tempoh hari. Bezanya mereka menetapkan Donny Van De Beek lebih statik di zon posisi sebagai no.10.

Pogba memang dijadikan wide central ataupun sisi diamond. Nah lihat heatmap VDB vs Leipzig:

Dan ini heatmap Pogba vs Leipzig:

Nampak tak kan? Tidak ada rotation yang ekstrim dalam sistem diamond mereka.

Tweaks (perubahan dalam sistem) ini yang memberikan kesan yang besar kepada Man United.

Prestasi Arsenal

Arsenal sekali lagi memulakan perlawanan dengan gaya Arteta. Mereka menstabilkan pertahanan terlebih dahulu dan kemudian baru membentuk serangan.

Dalam perlawanan ini Arsenal lebih awal mencapai ‘peak’ tempo mereka kerana United bercelaru di tengah.

Thomas Partey menjadi king di tengah padang. United terutama sekali Pogba langsung tiada jawapan kepada Partey. Partey berparti sesuka hati di tengah.

Heatmap Partey ini menunjukkan kekuasaannya di tengah.

Arsenal secara jujurnya, bukanlah pasukan yang kreatif di atas. Mereka mendapat gol pun dari situasi bola mati iaitu penalti.

Namun Arsenal sangat stabil di tengah dan pertahanan.

Rumusan

Adakah United bermasalah dengan formasi? Secara asasnya tidak. Kerana mereka menang besar berdepan dengan Leipzig dengan formasi yang sama.

Dan itu antara aksi terbaik mereka dalam beberapa musim ini.

Cuma masalah mereka adalah isu fluiditi yang cuba diwujudkan Oleh Gunnar Solskjaer di antara Pogba dan Fernandes.

Masalah ini tidak besar sangat sebenarnya, tetapi Ole terlalu yakin menggunakan tweaks itu pada perlawanan ini.

Namun kedua dua pasukan ada masalah dengan kreativiti di final third dalam perlawanan ini.

Arsenal cuma ada dua shot on target iaitu penalti dan cubaan dari luar. Dan Man United juga cuma ada 2 shot on target.

 

Baca yang lain