Odegaard Kecewa Kalah Di Tangan Scotland: “Mereka Tak Main Cantik Dan Tak Cipta Apa Apa Pun”

Martin Odegaard yang kecewa kalah dan menganggap Scotland “tidak berbuat apa apa ataupun amencipta apa-apa” selepas kemenangan dengan comeback lewat sensasi pasukan bimbingan Steve Clarke untuk melangkah setapak lagi ke arah kelayakan Euro 2024.

Scotland mendahului Kumpulan A dan mendahului lapan mata di hadapan Norway selepas ramai menyangka Norway adalah pasukan pilihan dengan adanya Erling Haaland dan juga Odegaard.

Namun kini selepas 3 perlawanan Norway berada di tangga kelima kumpulan A. Dan Odegaard menegaskan bahawa keadaan sekarang memang tidak bagus untuk Norway.

Penalti Erling Haaland membuka jaringan pada separuh masa kedua sebelum Lyndon Dykes dan Kenny McLean menjaringkan dua gol lewat untuk mengekalkan permulaan sempurna pasukan itu dalam kumpulan A, dengan sembilan mata daripada tiga perlawanan.

Salah seorang bintang Norway, Martin Odegaard, tidak memberikan pujian untuk pasukan yang mengejutkan mereka di hadapan penyokong Norway sendiri.

Odegaard mengulangi sentimen Rodri dari Sepanyol selepas kekalahan mereka di Hampden sebelum ini. Di mana Rodri mengkritik Scotland sebagai tidak berhak menang kerna tidak bermain cantik serta kuat melengahkan perlawanan, kata Rodri pada masa itu.

Lebih teruk, Rodri melabel taktikal Scotland seperti sampah.

Sepanyol Kalah Dengan 75% Possession, Rodri Anggap Taktikal Scotland Sampah

Kini giliran Odegaard pula tidak berpuas hati bagaimana pasukannya boleh kalah di tangan Scotland yang tidak bermain cantik serta tidak ada kreativiti.

Bercakap kepada Viaplay, ketika ditanya selepas perlawanan, Odegaard berkata: “Sejujurnya, saya rasa mereka [Scotland] tidak bermain dengan bagus.”

“Tetapi, seperti yang anda katakan, mereka mempunyai semangat berpasukan yang baik, mereka berjuang untuk satu sama lain dan mereka kekal bersama dan mereka berjuang sehingga akhir, jadi, kredit kepada mereka.”

“Tetapi, saya fikir hari ini kami adalah pasukan yang lebih baik berbanding mereka, jadi ia adalah sesuatu yang sukar untuk diterima.”

Pemain tengah Arsenal itu juga menambah: “Sukar untuk disimpulkan, sejujurnya. Kami tidak bermain dengan hebat tetapi saya fikir kami mengawal segala-galanya secara bertahan tanpa bola, tetapi mereka [Scotland] tidak mencipta apa-apa.”

“Kami mendahului, jadi ia tidak sepatutnya berlaku.”

“Ya, sangat, sangat sukar untuk diterima, jadi sukar untuk dijelaskan.”

Ketika ditanya apakah harapan kelayakan pasukannya, dia tidak terlalu berharap: “Ia kelihatan sangat sukar sekarang pada masa ini, kami perlu jujur ​​dengan diri sendiri.”