Patrick Viera: Itali Kurang Intensiti, Kurang Laju Dan Kurang Power

Itali muncul pasukan pertama mengesahkan tempat ke pusingan kalah mati selepas menumbangkan Switzerland 3-0 di stadium Olimpik Roma pada pagi tadi.

Dua jaringan Manuel Locatteli dan jaringan minit akhir Ciro Immobille melebarkan rekod tanpa kalah sejak 29 perlawanan lepas.

Skuad bimbingan Roberto Mancini juga tidak bolos sejak 10 perlawanan terakhirnya.

Namun bekas bintang Perancis, Patrick Viera masih belum melihat pasukan ini merupakan pilihan kuat untuk ke final Piala Eropah 2020.

Malah Viera melihat Itali masih belum sempurna dan mempunyai beberapa kekurangan.

“Saya fikir (pada) dua perlawanan pertama yang mereka hadapi adalah perlawanan mudah,” kata Vieira kepada ITV

“Tentu saja, Anda perlu mengalahkan pasukan yang perlu dihadapi, tapi saya masih ragu mereka boleh mara ke perlawanan akhir,”

“Saya yakin mereka kurang intensiti, kurang kuat, (kurang) pantas untuk menjadi lebih bahaya untuk meluru ke atas. Jadi, saya masih akan menunggu (melihat).”

“Saya fikir masih terlalu awal untuk mengatakan Itali boleh mara ke peringkat akhir.” kata Vieira kepada ITV

Pada edisi 2016 Itali bermula cemerlang apabila mencatat dua kemenangan awal di peringkat kumpulan.

Itali menewaskan pasukan ranking pertama dunia, Belgium 2-0 pada perlawanan pembukaan sebelum menundukkan Sweden 1-0.

Selepas itu Itali tergenlincir apabila tewas kepada Ireland Utara 0-1 pada perlawanan terakhir.

Itali menewaskan Sepanyol dan kemudiannya kalah kepada Jerman diperingkat suku akhir.

Sementara itu Perancis mara ke final sebelum dikejutkan Portugal.

Edisi kali ini Perancis diletakkan sebagai pasukan pilihan utama dan mula menunjukkan kemampuannya dengan menewaskan Jerman 1-0 dalam kumpulan maut.

Pasukan Perancis mempunyai kelajuan di unit serangan berbanding Itali terutamanya melalui larian Kylian Mbappe.

Baca juga

Jerman 0 Perancis 1: Unit Serangan Perancis Lebih Bijak

LOCATELLI ATAU VERRATTI?

Dua jaringan Locattelli bakal memeningkan kepala Mancini. Jaringan tersebut meletakan nama Locattelli sebagai pemain terbaik perlawanan.

Peluang Loccattelli berada di dalam kesebelasan utama banyak dibantu dengan kecederaan yang dialami oleh Marco Verratti.

Walaupun Verratti masih belum pulih dari kecederaan namun Mancini tetap menyenaraikan namanya untuk menghadapi kejohanan kali ini, menunjukkan pemain ini cukup penting baginya.

“Dimana Verratti akan bermain nanti” seloroh majalah terkenal Itali, La Gazzetta dello Sport

“Ada satu masalah apabila Verratti kembali bermain (pulih dari kecederaan),

“Itali mempunyai 4 pemain tengah (Loccatelli, Veratti, Nicola Barella dan Jorginho),

“2 gol dan permainan sempurna dari Locattelli. Personalitinya semakin meningkat,

“Rembatan kaki kirinya pada babak ke-2 membunuh perlawanan.”

Baca juga

Itali 3 Switzerland 0: Itali Hilang Rentak Namun Masih Menang Bergaya

 

 

 

Baca yang lain