Kalvin Phillips mencuri tumpuan para peminat selepas mempamerkan aksi memukau ketika England menewaskan naib juara Dunia, Croatia 1-0.
Larian dan hantaran Phillips mendapat pujian yang membuka ruang kepada Raheem Sterling menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-57.
Kemenangan itu meningkatkan keyakinan pasukan dan pengurus pasukan Gareth Southgate yang mahu pasukannya layak sekurang-kurang ke peringkat separuh akhir.
Phillips berusia 25 tahun dibesarkan di Leeds menyertai akademi kelab tersebut sejak usia 14 tahun. Selepas 5 tahun berada di akademi, Phillips diberi kontrak profesional pada usia 19 tahun.
Memasuki musim ke-3 bersama skuad senior, di bawah pengurus Gary Monk, Phillips mula diberikan status pemain utama kelab.
Pengurus Leeds selepas itu Thomas Christiansen dan Paul Heckingbottom terus percaya kepada kemampuan Phillips. Marcelo Bielsa juga percaya dengan kemampuan pemain ini.
Prestasi baik Leeds di Liga Perdana Inggeris mengangkat nama Phillips ke dalam skuad kebangsaan England.
Pada September 2020, Southgate memanggilnya bagi menghadapi Denmark dalam perlawanan UEFA Nation League.
Phillips menembusi kesebelasan utama mengenepikan Harry Winks yang kerap digunakan Southgate di bahagian defensive midfielder.
Penampilannya ketika menewaskan Croatia merupakan aksi ke-9 bersama England, dalam tempoh 9 bulan.
Baca juga
England 1 Croatia 0: ‘Brilliant’ Phillips Bantu England Tewaskan Crotia
Namun disebalik pencapaian manis itu, Phillips tidak datang dari keluarga yang sempurna.
Dia mempunyai seorang ayah bermasalah dengan kehidupan tetapi tetap menyayanginya.
“Dia datang dan pergi dalam hidup saya sejak saya masih kecil. Dia keluar masuk penjara.
“Dia bercampur dengan orang salah, ambil dadah, bergaduh atau apa-apa yang anda boleh sebut.
“Saya melihat latar belakang ayah saya. Dia tidak dibesarkan dalam suasana yang baik.
“Dia tidak pernah kenal ayahnya. Dia mendapat gelaran Chalky kerana dia satu-satunya lelaki berkulit hitam di sekolah dan tempat tinggalnya.
“Ada sesuatu perkara dia okay dengan ibu saya tetapi dia suka melakukan perkara yang dia suka sahaja.
“Ibu saya hilang sabar dengannya dan kemudiannya masuk penjara, keluar penjara, kembali kepada ibu dan mengulangi perkara sama.” Kalvin Phillips
Beberapa media melaporkan Phillips mula dipantau oleh gergasi Sepanyol, Real Madrid. Menurut satu laporan di Sepanyol harga Phillips di pasaran kini benilai £26 juta (€30 juta).
Pemain yang mula diberi jolokan Pirlo baharu ini mempunyai kontrak di Leeds sehingga tahun 2024 selepas memperbaharui kontrak pada 2019.
Phillips menerima bayaran £30,000 seminggu, jika England dan Phillips terus menunjukkan prestasi baik di kejohanan kali ini, sudah pasti kontraknya akan disemak semula.