Pengurus Terbaik Tahunan: Guardiola Menyamai Rekod Wenger Dan Mourinho

Pep Guardiola, Marcelo Bielsa, Ole Gunnar Solksjaer, Brendan Rodgers dan David Moyes telah dicalonkan sebagai pengurus terbaik tahunan.

Pada musim ini, masing-masing mempunyai pencapaian tersendiri. Guardiola meraih 2 trofi major, Rodgers menang Piala FA. Gunnar Solksjaer dan Bielsa mempamerkan prestasi baik di liga.

Moyes pula mengenepikan 2 kelab besar Tottenham dan Arsenal untuk menamatkan kempen liga di tempat ke-6.

Skuad Moyes dan Rodgers akan layak secara terus ke pertandingan kelab eropah berbanding Tottenham yang perlu bermain dalam pusingan kelayakan.

Arsenal nampaknya semakin hari semakin teruk dan mungkin tersingkir ke Championship dalam tempoh 5 musim lagi jika terus begitu.

PENGURUS JUARA LIGA OTOMATIK JADI PENGURUS TAHUNAN

Sejarah sering mengatakan pengurus yang membawa pasukannya menjuarai liga pasti akan menjadi pengurus terbaik tahunan.

Ternyata ia benar belaka seperti lagu nyanyian Umbrella yang tersohor satu masa dulu ramalan ku benar belaka.

Guardiola dipilih menjadi pengurus terbaik tahunan, ini merupakan kali anugerah ke-3 buat pengurus yang tidak suka menyimpan rambut ini selepas pernah menang pada musim 2017/18 dan 2018/19.

Rekod itu menyamai Arsene Wenger dan Jose Mourinho.

Arsene Wenger kelihatan sangat hensem bersama jejaka hitam manis, Patrick Viera

Man City mempunyai musim cemerlang apabila menang dua trofi major dalam saingan domestik kali ini.

Pasukan biru muda dari bandar Manchester ini meninggalkan pesaing terdekat dengan perbezaan 12 mata.

Pesaing itu juga dari bandar Manchester yang dikenali sebagai syaitan merah.

Selepas ini Guardiola dijangka akan memenangi beberapa kali lagi gelaran pengurus tahunan di England. Sejak menyertai Man City, kelab yang dimiliki oleh orang kaya Arab ini sudah meraih 8 kejuaraan major dalam tempoh 5 musim.

3 Liga Perdana, 1 Piala FA dan 4 Piala Liga menjadi koleksinya, hebat bukan?

Man City kembali bangkit menguasai liga selepas memperbaiki barisan pertahanannya yang menjadi masalah utama pada musim lepas.

Pertahanan baharu, Ruben Dias memandu pasukan di bahagian itu dan pemain ini juga dinobatkan sebagai pemain terbaik tahunan 2020/21.

Namun dalam sejarah 28 tahun Liga Perdana Inggeris, seramai 4 pengurus yang dianugerahkan sebagai pengurus tahunan walaupun tidak menang liga.

GEORGE BURNLEY (IPSWICH)

George Burnley melakukannya pada musim 2000/01 ketika mengurus Ipswich Town.

Burnley sudah menunjukkan kehebatannya di Championship bersama beberapa pasukan termasuk Ipswich.

Bersama Colchester, Burnley membina pasukan yang menghiburkan dibarisi oleh ramai pemain muda.

Musim 1996/97 Burnley memacu Sheffield United ke pusingan playoff bagi meraih slot terakhir ke Liga Perdana, namun tewas.

3 musim seterusnya Burnley membawa Ipswich bermain 3 kali di pusingan sama, kalah pada percubaan pertamadan ke-2. Kali ke-3 akhirnya Burnley berjaya mempromosi Ipswich.

Ipswich melakukan kejutan besar apabila menamatkan kempen Liga Perdana di tempat ke-5 dan mendapat slot ke pertandingan eropah pada musim pertama.

Disebabkan faktor itu Burnley diangkat menjadi pengurus tahunan. Malangnya Ipswich kembali ke Championship selepas mempunyai 1 musim cemerlang.

Juara liga pada ketika itu ialah Sir Alex Ferguson.

HARRY REDKNAPP (TOTTENHAM)

Sepatutnya pengurus terbaik tahunan diberikan kepada Chelsea kerana pasukan ini merupakan juara liga. Namun ada sebab kenapa ia tidak menjadi milik mereka.

Sebelum itu, 3 musim awal Redknapp di Tottenham, pengurus ini sentiasa kekal di tangga 5 teratas, 2 kali ditempat ke-4.

Kejayaan itu tidaklah besar tetapi situasi di Chelsea pada musim 2009/10 agak panik. Roman Abramovic memecat Guus Hiddink dan digantikan oleh Carlo Ancelotti.

Tidak seperti Malaysia, FA Inggeris agak susah memberi anugerah kepada individu yang tidak mempunyai musim penuh.

Maka Redknapp dinobatkan sebagai pengurus tahunan.

Berapakah Pecahan Pemain Malaysia, Mengikut Pasukan Domestik Dalam Setiap Perlawanan Kelayakan Piala Asia

ALAN PARDEW (NEWCASTLE) DAN TONI PULIS (C.PALACE)

Tidak dapat dipastikan kenapa Alan Pardew dipilih menjadi pengurus terbaik tahunan bagi musim 2011/12.

Newcastle United sememangnya mempunyai sedikit pencapaian pada musim itu tetapi tidaklah terlalu besar mana.

Ia merupakan musim ke-3 Newcastle bermain di Liga Perdanan selepas menjuarai Championship. Pardew membimbing Newcastle menamatkan kempen liga di tangga ke-5.

Dalam pertandingan Piala FA, Pardew membawa pasukan dari pantai timur England itu ke peringkat separuh akhir.

2 pencapaian itu sudah cukup mengenepikan mengenepikan Arsene Wenger yang menjadi juara bersama Arsenal.

Situasi ini berulang 2 musim selepas Pardew meraih gelaran tersebut.

Crystal Palace naik ke Liga Perdana pada musim 2013/14, Toni Pulis dilantik sebagai pengurus baharu pasukan.

Cystal Palace kekal di Liga apabila menamatkan musim di tempat ke-11.

Dalam pertandingan piala tiada apa-apa pencapaian menarik, hanya mara ke pusingan ke-4 Piala FA dan pusingan ke-2 Piala Liga.

Seharusnya pengurus tahunan tersebut diberikan kepada Manuel Pellegrini yang menjuara liga pada musim pertamanya di Man City.

RUMUSAN

Walau siapapun yang sudah dipilih menjadi menjadi pengurus terbaik tahunan, ia tidak boleh diubah lagi.

Anugerah kepada Pep Guardiola adalah wajar kerana majoriti pengurus yang berjaya meraih gelaran ini datang dari pasukan juara kecuali Burnley, Redknapp, Pardew dan Pulis.

Pengurus lagenda dalam bola sepak Inggeris, Sir Alex Ferguson akan terus menjadi pengurus paling banyak memenangi gelaran ini (11 kali), Guardiola berpeluang menjadi pengurus ke-2 terbaik jika menang liga lagi untuk memintas Mourinho dan Wenger.