Berapakah Pecahan Pemain Malaysia, Mengikut Pasukan Domestik Dalam Setiap Perlawanan Kelayakan Piala Asia

Pada perlawanan lepas (lawan UAE) Tan Cheng Hoe telah menurunkan 9 pemain JDT dalam kesebelasan utamanya.

Syafiq Ahmad dibawa masuk, menjadikan 10 pemain JDT bermain serentak.

Ia merupakan senarai paling ramai dari sebuah pasukan sepanjang kempen kelayakan berjalan.

Perlawanan itu mendapat kritikan selepas Malaysia mempamerkan aksi hambar dan mengalami kekalahan teruk.

Terdapat segelintir penyokong bola sepak tanah air memberitahu tentang angka itu kepada Tengku Mahkota Johor (TMJ).

TMJ menjawabnya ‘tanya Tan Cheng Hoe‘ kenapa dia memilih ramai pemain JDT.

Persoalan ini mungkin akan ditanya oleh wartawan selepas ketua jurulatih itu menyelesaikan tugasannya di tanah Arab.

Sebelum menanti kepulangannya mari kita lihat pecahan pemain mengikut pasukan yang diwakili dalam saingan domestik pada setiap perlawanan Malaysia dalam pusingan kelayakan Piala Dunia.

Malaysia menghadapi tugasan pertama menentang Timor Leste.

Malaysia perlu bermula di pusingan ke-2 kerana kedudukan Malaysia di dunia agak rendah.

JDT, PAHANG DAN PERAK

Dalam perlawanan pertama Tan Cheng Hoe menurunkan 5 pemain JDT, 3 Pahang, 2 Perak dan 1 dari PKNS.

Tambahan 1 pemain JDT, 1 Perak dan 1  dari Selangor yang dimasukkan ketika perlawanan berlangsung.

Ia menjadikan seramai 6 pemain JDT, 3 Pahang, 3 Perak, 1 PKNS dan 1 Selangor. Malaysia menang 7-1 dalam perlawanan itu.

Pada perlawanan kedua Tan Cheng Hoe menggunakan lebih ramai pemain Pahang berbanding JDT.

14 pemain telah diturunkan melibatkan 5 dari Pahang, 3 JDT, 3 Perak, masing-masing 1 dari Kedah, PKNS dan Selangor.

Malasia menang 5-1 untuk mengumpul agregat 12-2 melalui pemain yang mempunyai pasukan berbeza.

MASIH LAGI JDT, PAHANG DAN PERAK

2 bulan selepas itu Tan Cheng Hoe membuat panggilan seterusnya bagi menghadapi Indonesia dan UAE. Tan Cheng Hoe menbariskan 5 pemain JDT, 3 Pahang dan 2 Perak dan 1 Felda United dalam kesebelasan utama.

Hadin Azman dari Felda United adalah muka baharu yang digunakan oleh Tan Cheng Hoe. Brendan Gan pula merupakan pemain Perak.

Dalam perlawanan tersebut Malaysia dikejutkan 2 gol awal dari Indonesia, Malaysia bangkit mencatat kemenangan dramatik apabila Mamadaou Sumareh menjaringkan gol kemenangan pada masa kecederaan.

Pertemuan menentang UAE, Tan Cheng Hoe meningkatkan jumlah pemain JDT tetapi Pahang dan Perak masih menjadi penyumbang kepada pembentukan 11 pemain Malaysia. 6 Pemain JDT bersama 3 Pahang dan 2 Perak menampilkan aksi mengagumkan walaupun tumbang 1-2.

2 PANGGILAN TERAKHIR TAHUN 2019

Malaysia mempunyai 1 perlawanan kelayakan pada minggu antarabangsa bulan 10. Malaysia tewas kepada Vietnam 0-1 di gelanggang lawan.

Halim Shaari dari Selangor merupakan pemain muka baharu tunggal dibariskan oleh Tan Cheng Hoe dalam kesebelasan utamanya. Malaysia dibarisi oleh 5 pemain JDT, 3 Pahang, 2 Perak dan 1 Selangor.

Selain dari Syafiq Ahmad pemain seperti Farizal, Corbin, Davies, Brendan, Halim, Sumareh dan Safawi adalah pemain yang sering bermain di dalam saingan domestik.

Panggilan terkahir berlaku pada November, Malaysia bakal bertemu Indonesia dan Thailand. Disebabkan kesemua 7 perlawanan kelayakan ini berlaku pada tahun 2019, maka pecahan pemain mengikut pasukan adalah sama.

Tan Cheng Hoe tidak mempunyai masalah mengunakan pemain yang sama kerana mereka merupakan pemain kunci setiap pasukan yang mereka wakili.

Ketua jurulatih ini mempunyai pemain cukup minit untuk dijadikan barisan utamanya.

Separuh kekuatan skuad Malaysia masih lagi ditunjangi oleh pemain JDT. Ketika menumbangkan Indonesia Tan Chen Hoe menurunkan 6 pemain JDT, 2 dari Perak, 2 Pahang dan 1 Selangor.

Tan Cheng Hoe mengekalkan pemain ini dalam aksi paling cemerlang di sesi kelayakan 2 apabila menumbangkan Thailand 2-1.

TAHUN 2020 DAN 2021

Perpindahan pemain berlaku, pemain seperti Bredan Gan berpindah ke Selangor, Pahang mula bermasalah termasuk masalah dengan Sumareh.

Perak juga mempunyai masalah kewangan yang menyaksikan Shahrul menuju ke JDT.

Sumbangan Guilherme De Paula Cukup Mengecewakan

Selain itu, program naturalisasi beberapa pemain seperti Guilherme de Paula dan Liridon Krasniqi diserap masuk ke dalam skuad kebangsaan.

Gabungan masalah Pahang, Perak dan program naturalisasi maka terhasilah 9 pemain JDT dalam kesebelasan utama tempoh hari.

RUMUSAN

Tan Cheng Hoe hanya mempunyai 2 pilihan, terus memanggil pemain lamanya walaupun tidak mempunyai minit permainan yang cukup dan berada dalam pasukan sama, atau kembali melihat pemain yang mempunyai minit yang cukup di pasukan lain.

Jika Tan Cheng Hoe memilih pilihan pertama, maka Malaysia bakal menyajikan ramai pemain JDT dan jika Tan Cheng Hoe memilih pilihan kedua, jurulatih ini perlu berkerja dengan ramai muka baharu.

Tan Cheng Hoe mungkin terpaksa menyingkirkan beberapa pemain naturalisasi walaupun mungkin mendapat kemurkaan dari Yusof Mahadi.

Sepanjang tahun 2019 jurulatih ini meraih banyak manfaat dari pemain yang kerap bermain bersama JDT, Perak dan Pahang.

Baca yang lain