Pochettino Nekad Mahu Bantu Dele Alli Bangkit

Pengurus Chelsea, Mauricio Pochettino telah membuat pendedahan mengejutkan pada sidang media sebagai pengurus Chelsea.

Di mana dia menjelaskan bahawa bahawa dia berharap untuk berhubung dengan Dele Alli dalam masa terdekat. Mahu bercakap walau sekejap dengan pemain itu dan bertanya apa dah jadi dengan karier pemain itu?

Kerjaya Alli semakin merosot sejak dia di Spurs ketika berada di bawah bimbingan Jose Mourinho, yang terkenal dengan insiden pernah memberi amaran kepada pemain antarabangsa England itu tentang gaya hidupnya di luar padang.

Ketika itu Jose Mourinho tanpa berselindung memberikan amaran kepada Dele Alli, jika dia terlalu leka dengan bakatnya dan tidak bekerja lebih keras, dia akan berdepan dengan masalah dalam kariernya. Dan kata kata Jose itu benar benar berlaku.

[VIDEO] Mourinho Nasihati Dele Alli Secara ‘Sound Direct’: ‘Jangan Malas, Nanti Kau Menyesal’

Pada hari tarikh akhir jendela perpindahan Januari tahun lalu, Alli menamatkan karier selama tujuh tahun di Spurs untuk menyertai Everton, tetapi perpindahan ke Merseyside itu gagal mencetuskan perubahan ketara dari segi prestasinya.

Perjanjian Alli dengan The Toffees menyaksikan dia tiba dengan perpindahan percuma yang kemudiannya boleh meningkat setinggi £40 juta jika klausa berkaitan prestasi tertentu dicapai. Nampaknya itu tidak berlaku sama sekali.

Sebaliknya, dia dihantar secara pinjaman ke Besiktas hanya lapan bulan kemudian. Perpindahan pinjaman ke sana berakhir lebih cepat selepas Alli berselisih dengan pengurus Senol Gunes, yang secara terbuka mengisytiharkan bahawa bekas pemain Spurs itu “di bawah jangkaan mereka dari segi kecekapan.”

Gunes malah beberapa kali mengkritik dan mengaibkan Dele Alli secara terbuka di sidang media, menganggap kualiti Alli sangat teruk.

Awal minggu ini, Alli kembali ke Everton dan melaporkan diri untuk latihan pra-musim lebih awal berbanding beberapa pemain lain, walaupun masih tidak jelas sejauh mana dia berada dalam perancangan  pengurus Toffees, Sean Dyche, pemain tengah itu mengejutkan ramai pihak.

Ini kerana sangat jarang Alli memendekkan cutinya untuk kembali lebih awal ke pra musim pasukan.

Pochettino turut terbuka berkongsi pandangannya tentang kesukaran Alli baru-baru ini semasa sidang akhbar pertamanya sebagai pengurus Chelsea dan mengisytiharkan dia berhasrat untuk mengadakan pertemuan atau bercakap dengan pemain berusia 27 tahun itu untuk membantu pemain itu bangkit.

“Saya harap ada masa untuk menelefon dan melihat kerana dia seorang lelaki yang hebat dan saya mahu bercakap sedikit dengannya dan mendengar,” jelas pengurus asal Argentina itu.

“Saya mahu membantunya dan melihat apa sebenarnya yang sudah berlaku dengannya. Dia masih muda.”

“Dan pastinya dia masih mempunyai mentaliti. Sekarang sudah lama saya tidak bercakap dengannya tetapi saya mahu menghubunginya semula dan melihat apa yang berlaku.”

Ramai yang merasakan tindakan Pochettino itu agak pelik kerana dia cuba memikul tanggungjawab untuk membantu pemain kelab lain bangkit.

Namun harus diingat, Dele Alli adalah pemain yang pernah berjuang bermati matian untuknya ketika di Spurs satu ketika dahulu.

Sanggup melupakan tawaran kelab besar lain untuk menyertai Spurs sebaik sahaja bercakap dengan Pochettino.