Akhirnya rasmi Poco mengeluarkan telefon pintar pertama mereka yang benar-benar Poco dan tidak tertakluk di bawah jenama Xiaomi lagi.
Mereka melancarkan jenama Poco X2 di India. Dan macam yang aku cakap sebelum ini, nama fon dia adalah Poco X2 la.
#POCOIsHere and it'll give chills to others. IYKWWM π
Season 2 is live now! Brace yourself for the impact. pic.twitter.com/wJPWgDgwCnβ #POCOForIndia (@IndiaPOCO) January 21, 2020
Poco ni terkenal dengan label flagship killer dia. Menawarkan pengguna dengan spec flagship pada harga midrange.
Poco yang pertama dilancarkan pada 2018 sebagai rantaian jenama Xiaomi. Dengan tujuan utama dia adalah menghasilkan telefon berspeksifikasi tinggi dengan harga terendah.
Poco F1 sebelum ini dijual dengan tanda harga di bawah USD300 dengan dipacu Snapdragon 845.
Sekarang ini Poco adalah jenama bebas. Dan ini adalah spesifikasi Poco X2:
The X2 dipacu oleh Snapdragon 730G, dengan paparan 6.67-inci 20:9 1080p skrin LCD.
Namun ia memiliki refresh rate 120Hz. Kapasiti bateri pula besar iaitu 4,500mAh. Korang bole caj dengan pengecas pantas 27W β dengan USB Type C.
Poco X2 ada jack untuk headphone. Manakala pengimbas cap jari adalah pada bahagian power button.
Dari segi kamera, nampak sedap la. Menawarkan Sony 64-megapixel IMX686 sensor. Kamera ini merupakan legasi kepada 48-megapixel IMX586 yang mendominasi dunia kamera telefon pada 2019.
Selain daripada kamera utama itu, ia juga ada kamera ultralebar 8-megapixel , kamera modul makro 2-megapixel, serta depth sensor 2-megapixel.
Untuk kamera swafoto pula ianya ada dua kamera. Kamera swafoto yang utama adalah kamera 32-megapixel dengan 2-megapixel depth sensor β diletakkan pada punch hole.
Ini ringkasan dia:
β 120HzDisplay
β Qualcomm Snapdragon 730G
β LiquidCool technology
β 4500 mAh battery
β 27W charger in-box
β 64MP Quad camera Sony IMX 686
β 20 MP dual front camera
Poco X2 ini boleh dikatakan pesaing langsung kepada Realme X2. Kedua-duanya menggunakan Snapdragon 730G processors.
Namun Pocoβs X2 ada bateri yang besar sedikit. Sementara pada kamera ianya menggunakan Sony bukannya Samsung.
Here's a final list of the unbelievable specs that the #POCOX2 has to offer for an experience that's #SmoothAF!
β #120HzDisplay
β Qualcomm Snapdragon 730G
β LiquidCool technology
β 4500 mAh battery
β 27W charger in-box
β 64MP Quad camera Sony IMX 686
β 20 MP dual front camera pic.twitter.com/r6J55TkgVwβ #POCOForIndia (@IndiaPOCO) February 4, 2020
Kamera selfie pun ada dua. Poco memberitahu bahawa, pengecas pantas 27W mereka lebih pantas daripada pengecas pantas Reami 30W.
Berapa tanda harga dia? Di India ianya dilancarkan dengan tanda harga $225 untuk versi 6GB RAM/64GB-storan ataupun sekitar RM925.
Sementara untuk versi 6GB RAM/128 GB storan pada harga $239 ataupun sekitar RM982.
Untuk versi tertinggi iaitu 8GB RAM/ Storan 256 ianya sekitarr $281 ataupun dalam RM1,155.
Dari segi perbandingan harga, kesemua model itu jauh lebih rendah daripada Realme X2 untuk varian yang sama. Kena banding dengan X2 la kan, sebab Poco India pun bandingkan terus.
We think we should compare the prices too. RT if you agree. pic.twitter.com/k7jIjGfqOO
β #POCOForIndia (@IndiaPOCO) February 4, 2020
So, korang boleh la buat perkiraan jika ia masuk Malaysia kelak.
Ianya mulai dijual di India pada 11 Februari ini.
So apa komen korang? Dari segi cip dia ada sedikit downgrade la kan, dan tiada skrin Super Amoled β yang ada pada Realme β untuk Poco X2.
Jurucakap Poco di India menyatakan Poco X2 ni bukan kesinambungan daripada F1. Jadi, apakah mereka akan tampil dengan model lanjutan untuk F1 selepas ini?