Polis Dubai Bakal Pakai Cybertruck Tesla

Polis Dubai menerusi Twitter rasmi pada selasa lalu, mereka telah memuat naik gambar Cybertruck dengan konsep tema mereka iaitu warna putih dengan hijau.

Ia memberikan isyarat bahawa mereka sudah menjadi sebahagian daripada pihak yang melakukan pra tempah model Cybertruck oleh Tesla ini.

Tweet tersebut telah mendapat perhatian ramai pihak kerana ianya daripada akaun rasmi.

Sebelum ini Elon Musk mengumumkan bahawa lebih 200,000 pra tempahan mereka terima sejak pengumuman oleh beliau pada majlis pelancaran Khamis minggu lalu.

Dan kini mereka sudah menerima kira-kira 250,000 pra tempahan untuk Cybertruck.

Polis Dubai memang antara jabatan polis di dunia yang terkenal dengan kesukaan mereka untuk menggunakan kereta kereta mewah.

Sebelum ini mereka sudah pernah menggunakan Bugatti Veyron, Aston Martin One-77, Bentley Continental GT, Dan 3 hybrid Porsche Panameras, serta 2 BMW i8s.

jadi secara tak langsung mereka kini sedang berusaha menambah Cybertruck ke dalam koleksi mereka.

Cybertruck merupakan produk yang menjadi bualan ramai. Setiap tempahan, memerlukan penempah membayar pendahuluan $100  sahaja, ataupun sekitar RM400 macam tu la. Dan deposit ini diberikan jaminan untuk dipulangkan jika ada isu.

Cybertruck ini hadir dengan beberapa varian. Untuk jenis yang jarak 250 batu, ianya berharga $39,900; dual motor – all-wheel drive – dengan jarak 300 batu pada harga $49,900; dan tri motor all-wheel drive dengan jarak 500 batu pada harga $69,900.

Korang tengok dia tapau Ford F-150 kat bawah ni.

Musk memberitahu, varian yang paling popular setakat ini adalah jenis dual motor. Ianya menerima lebih 42% tempahan. Manakala tri motor menerima 41% tempahan dan selebihnya adalah jenis single motor.

Musk kemudian menambah: “Tanpa pengiklanan dan endorsement berbayar.”

Namun bagi korang yang sudah menempah Cybertruck ini, anda kenalah bersabar kerana, untuk single dan dual motor korang, pengeluarannya hanya akan bermula pada lewat tahun 2021. Sementara korang yang dah tempah untuk tri motor pula kena tunggu sehingga akhir tahun 2022.

Walaupun ramai memperlekehkan rekaannya dan juga kegagalan ketika demonstrasi nak test cermin tingkap, ia tetap menerima banyak tempahan. Dan brader bawah ni ada penjelasan.

Korang yang nak tempah Cybertruck ni, boleh la klik pautan kat bawah ni.

Sumber: The Verge

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di